Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pé.ten] | کومڤيتن

Definisi : (kompetén) IB 1. cekap, layak, dapat menjalankan tugas dgn sempurna; 2. berhak (berkuasa) melakukan atau memutuskan sesuatu; kekompetenan keadaan atau hal kompeten: keakuran dan ~ sains. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.pé.ten] | کومڤيتن

Definisi : (kompéten) (Udg) layak atau berkuasa di sisi undang-undang utk memberikan keterangan, membicarakan dsb (bkn mahkamah, saksi atau hakim): Mahkamah Rayuan tersilap apabila memutuskan Mahkamah Syariah bukan mahkamah yg ~ utk membicarakan kes berkenaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.pé.ten] | کومڤيتن

Definisi : /kompéten/ mempunyai kebolehan, pengetahuan dan kemahiran utk melakukan sesuatu dgn cekap atau dgn jayanya: Para pelajar yg ~ akan diberi sijil pengiktirafan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kompeten


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
integrity -makna kompeten -maknaintegriti - kejujuran, ketulusan kompeten - cekap, layak atau sempurnaMakna03.04.2007
MAKNA KOMPETEN DAN MAKNA KOMITEDMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kompeten ialah cekap, layak, dapat menjalankan tugas dgn sempurna; 2. berhak (berkuasa) melakukan atau memutuskan sesuatu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima kasih.

 

Makna22.05.2008
Apa terjemahan yang disarankan bagi 'cervical incompetence' (perubatan)?Terjemahan yang boleh digunakan bagi istilah 'cervical incompetence' ialah serviks tak kompeten.
Penyemakan dan penterjemahan13.12.2019
Apakah saranan terjemahan bagi 'cervical incompetence' (Perubatan)?

Terjemahan yang boleh digunakan bagi istilah "cervical incompetence" ialah serviks tak kompeten atau kelemahan serviks, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya.

Istilah17.12.2019
Assalamualaikum,saya ingin bertanya tentang komen tuan berkenaan 6 ayat dibawah,adakah betul penyusunan,penggunaan "dan" dan "dalam",serta penggunaan koma.jika salah,saya mohon pencerahan dan ayat yang betul. 1-ke arah menjadi sebuah syarikat yang kompeten,berintegriti,dan antara yang terbaik menjelang 2030. 2-memastikan setiap perkhidmatan dan produk yang ditawarkan berkualiti dan bermutu. 3-konsisten dalam melaksanakan kajian dalam usaha penambahbaikan dan meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan. 4-memberi komitmen yang terbaik kepada para pelanggan,pelabur dan rakan kongsi. 5-memanfaatkan penggunaan teknologi terkini dalam penghasilan produk dan perkhidmatan. 6-memasarkan dan memperkenalkan produk secara aktif dan konsistenWaalaikumussalam,

Penggunaan "dan", "dalam" dan tanda koma dalam 6 ayat yang diberi adalah betul. Cuma berikan jarak selepas tanda koma.
Lain-lain14.10.2016

Kembali ke atas