Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pléks] | کومڤليک‌‌س

Definisi : (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai­-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewu­judkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum men­jadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ ‘aku pengarang’ dan ‘aku wartawan’; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg me­nyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) ke­adaan fikiran yg memperlihatkan sikap se­seorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh; kekompleksan sifat atau keadaan kompleks: ayat-ayat yg diterbitkan mempunyai ~ yg tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.pléks] | کومڤليک‌‌س

Definisi : /kompléks/ 1 tidak mudah; tidak sederhana; rumit; sukar: sistem yg ~. 2 terdiri drpd komponen atau bahagian yg berhubungan. 3 sesuatu yg terdiri drpd bahagian-bahagian lain yg serupa atau yg berhubungan: ~ membeli-belah bangunan yg terdiri drpd beberapa banyak kedai tempat orang ramai membeli-belah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kom.pléks] | کومڤليک‌‌س

Definisi : /kompléks/ ist keadaan fikiran seseorang yg dipengaruhi perasaan megah, rendah diri dll yg menyebabkan sikap, perangai atau keperibadian seseorang menjadi tidak wajar: Setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ ‘aku pengarang’ atau ‘aku wartawan’. ~ rasa bersalah keadaan fikiran seseorang yg diganggu perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan. ~ rendah diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya kurang penting, tidak bijak dsb hingga boleh mendorong dia menyisihkan diri atau melakukan sesuatu yg tidak wajar. ~ tinggi diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung utk bersikap sombong atau angkuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kompleks
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan rumit
( sulit, sukar, kusut, celaru, ruwat, ruwet, sukar, payah, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan bangunan
( gedung, hotel, istana, puri, kondominium, flat, mahligai, pangsapuri, vila, wisma, )
(kata nama:)

3. Dalam konteks psikologi
bersinonim dengan rasa bangga diri, rasa rendah diri, perasaan tidak yakin, obsesi, mania, fobia.,
(kata nama:)



Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
occupancyn (fml) 1. act of occupying, (house, building, land, etc) penghunian, menghuni; (hotel etc) penginapan: the ~ rate of such commercial complexes, kadar penghunian di kompleks-kompleks perdagangan begitu; 2. period of occupying house, building, land, etc, tempoh penghunian; (of house) masa [sso] /menghuni, mendiami, tinggal di, menduduki/ (rumah): the renovation was done during their ~ (of the building), pengubahsuaian dibuat semasa tempoh penghunian mereka (di bangunan itu).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
complexn 1. group of things, buildings, etc that are intricately connected, kompleks: a sports ~, kompleks sukan; 2. (chem) kompleks; 3. (psychol) kompleks: inferiority ~, kompleks rendah diri; 4. (colloq) obsessive concern, takut sangat: he’s got a ~ about his weight; dia takut sangat kalau gemuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
complexadj 1. composed of interconnected parts, kompleks: a ~ network of roads, suatu rangkaian jalan yg kompleks; a ~ structure, struktur yg kompleks; 2. difficult to understand, deal with, explain, etc, rumit, kompleks; (of person) sukar difahami, kompleks: a ~ problem, masalah yg rumit; 3. (gram.) kompleks; 4. (math) kompleks;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uncomplicatedadj tdk /rumit, kompleks/; (of person) tdk kompleks: she writes in clear ~ sentences, dia menulis dgn ayat-ayat yg jelas dan tdk kompleks.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
complicatedadj 1. made up of closely related parts, kompleks, rumit: a ~ machine, mesin yg rumit; 2. difficult to understand, deal with, rumit; (of person) kompleks: a ~ question, pertanyaan yg rumit; the situation is getting more and more ~, keadaan menjadi semakin rumit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intricateadj 1. difficult to understand, resolve, rumit: the ~ details of the report, butir-butir yg rumit dlm laporan itu; the ~ processes of government, proses-proses pentadbiran yg rumit; ~ puzzles, teka-teki yg rumit; an ~ problem, masalah yg rumit; 2. entangled and elaborate, berjalin-jalin dan kompleks: an ~ pattern, corak yg berjalin-jalin dan kompleks; ~ carvings, ukiran yg berjalin-jalin dan kompleks; 3. complex, kompleks: an ~ mechanism, mekanisme yg kompleks; the story has an ~ plot, cerita itu mempunyai plot yg kompleks.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
superiority complex n kompleks tinggi diri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inferiority complexn kompleks rendah diri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
guilt complexn kompleks rasa bersalah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Electra complexn kompleks /Elektra, berahi-bapa/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas