Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pléks] | کومڤليک‌‌س

Definisi : (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai­-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewu­judkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum men­jadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ ‘aku pengarang’ dan ‘aku wartawan’; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg me­nyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) ke­adaan fikiran yg memperlihatkan sikap se­seorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh; kekompleksan sifat atau keadaan kompleks: ayat-ayat yg diterbitkan mempunyai ~ yg tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.pléks] | کومڤليک‌‌س

Definisi : /kompléks/ 1 tidak mudah; tidak sederhana; rumit; sukar: sistem yg ~. 2 terdiri drpd komponen atau bahagian yg berhubungan. 3 sesuatu yg terdiri drpd bahagian-bahagian lain yg serupa atau yg berhubungan: ~ membeli-belah bangunan yg terdiri drpd beberapa banyak kedai tempat orang ramai membeli-belah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kom.pléks] | کومڤليک‌‌س

Definisi : /kompléks/ ist keadaan fikiran seseorang yg dipengaruhi perasaan megah, rendah diri dll yg menyebabkan sikap, perangai atau keperibadian seseorang menjadi tidak wajar: Setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ ‘aku pengarang’ atau ‘aku wartawan’. ~ rasa bersalah keadaan fikiran seseorang yg diganggu perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan. ~ rendah diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya kurang penting, tidak bijak dsb hingga boleh mendorong dia menyisihkan diri atau melakukan sesuatu yg tidak wajar. ~ tinggi diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung utk bersikap sombong atau angkuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kompleks
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan rumit
( sulit, sukar, kusut, celaru, ruwat, ruwet, sukar, payah, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan bangunan
( gedung, hotel, istana, puri, kondominium, flat, mahligai, pangsapuri, vila, wisma, )
(kata nama:)

3. Dalam konteks psikologi
bersinonim dengan rasa bangga diri, rasa rendah diri, perasaan tidak yakin, obsesi, mania, fobia.,
(kata nama:)



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan ikonik dalam ayat di bawah:- Terdapat dua buah Kompleks Kraf yang menjadi ikonik kepada perkembangan industri kraf negara iaitu Kompleks Kuala Lumpur dan Kompleks Kraf Langkawi.Kami berpendapat bahawa penggunaan "ikonik" dalam ayat tersebut tidak sesuai digunakan bagi merujuk kepada Kompleks Kuala Lumpur dan Kompleks Kraf Langkawi. Hal ini disebabkan 'ikonik' bermaksud mempunyai sifat menyerupai sesuatu ikon (gambar, lukisan, imej gambaran), memang tiada kena-mengena dengan struktur yang didirikan. Sehubungan dengan itu, dicadangkan supaya digunakan mercu tanda atau lambang kerana lebih sesuai.Istilah07.07.2015
Kompleks membeli-belah atau kompleks beli-belah. Pusat membeli-belah atau pusat beli-belah. Apa maksud sebenar perkataan "beli-belah".?Yang betulialah kompleks beli-belah, beli-belah bermaksud membeli berbagai-bagai jenis barang.Tatabahasa14.10.2008
Salam tuan/puan, Bolehkah tuan/puan klasifikasikan setiap satu daripada contoh yang saya berikan sama ada betul ialah kata nama am tak hidup institusi atau tidak. - makmal (cth: pihak makmal menyediakan kelengkapan untuk menjalankan uji kaji) - kompleks kraf - kompeks sukan - kompleks beli-belah - kompleks kebudayaan - stesen bas - stesen komuter - stesen teksi - bengkel - klinik - restoran (cth: Chef Arzuk menerima penghargaan daripada pihak restoran atas sumbangannya selama ini) - rumah orang tua - rumah anak yatim - kafe siber (cth: Pengunjung membuat aduan kepada pihak kafe siber tentang kerosakan komputer) - kilang roti - kilang buku Bolehkah tuan/puan nyatakan beberapa lagi contoh lain selain yang terdapat di dalam tatabahasa dewan? Terima kasih. Jasa baik tuan/puan amat saya hargai.Kata nama am tak hidup institusi :
makmal (cth: pihak makmal menyediakan kelengkapan untuk menjalankan uji kaji) - kompleks kraf - kompeks sukan - kompleks beli-belah - kompleks kebudayaan - stesen bas - stesen komuter - stesen teksi - bengkel - klinik - restoran (cth: Chef Arzuk menerima penghargaan daripada pihak restoran atas sumbangannya selama ini) - rumah orang tua - rumah anak yatim - kafe siber (cth: Pengunjung membuat aduan kepada pihak kafe siber tentang kerosakan komputer) - kilang roti - kilang buku
Tatabahasa08.09.2014
"Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Jalan Duta" atau "Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta" atau kedua-duanya sekali boleh digunakan?Perkataan pejabat tidak perlu diulang kerana perkataan 'kompleks' telah membawa makna 'kumpulan' atau 'banyak'. Perkataan yang betul ialah Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta.Tatabahasa22.01.2011
apakah maksud perkataan reduk sionis?Reduksionis bermaksud penyokong reduksionisme. Reduksionisme pula bermaksud 1. mencerakin data yg kompleks menjadi juzuk yang kurang kompleks; 2. teori yang menyatakan bahawa idea, sistem, dan lain-lain yang kompleks boleh difahami melalui bahagian atau komponennya yang kurang kompleks.Makna09.04.2007
manakah ayat yang betul.. 1. saya menyarankan agar dibina kompleks pelajar 2. saya menyarankan agar kompleks pelajar dibina soalan 2 1. di masa hadapan 2. pada masa hadapan1. Saya menyarankan agar kompleks pelajar dibina.
2. pada masa hadapan.
Tatabahasa22.07.2013
pihak kami ingin membuat papan tanda premis. Adakah betul sekiranya: CSR ROLLING STOCK CENTER (MALAYSIA) SDN.BHD. CSR Complex (Kompleks CSR),Jalan Kompleks CSR 1, 31000 Batu Gajah, Perak.Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain25.06.2015
bagi tajuk latar pentas berikut perlukah ada koma selepas perkataan Pudu< Majlis Pecah Tanah Kompleks Perniagaan ICC Pudu Kuala Lumpur atau Majlis Pecah Tanah Kompleks Perniagaan ICC Pudu, Kuala LumpurJawapan yang tepat ialah ada tanda "koma" selepas perkataan "Pudu", iaitu Majlis Pecah Tanah Kompleks Perniagaan ICC Pudu, Kuala Lumpur.Tatabahasa21.10.2014
Standard, stor, kompleks, konkrit berasal dari bahasa inggeris, phonic inggeris kr, st.... ialah consonant blends. Kenapa konkrit dalam jelasan DBP ialah dipisahkan oleh n,k , kalau ikut bahasa inggeris sepatutnya ialah kr. adakah konsonan bergabung sama dengan bahasa inggeris consonant blends saya amat keliru. http://blog.maketaketeach.com/teaching-blends-and-digraphs/#_Pihak kami telah merujuk Munsyi Dewan berkenaan permasalahan bahasa ini. Sebarang perkembangan terkini mengenai digraf dan konsonan bergabung akan kami maklumkan kepada pihak puan. Sehingga kini, dalam data kami,  konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.

Tatabahasa14.05.2014
Makna ayat kompleks serta contohnyaMenurut Kamus Dewan, ayat ialah satu perkataan atau (lebih kerap lagi) atau serangkai perkataan yg merupakan kesatuan yg membawa sesuatu maksud, kalimat. Ayat juga ditakrifkan sebagai beberapa kalimat yg merupakan kesatuan maksud. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan ayat ini, saudara boleh membuat rujukan pada buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Bab 16. Terima kasih.Lain-lain04.03.2007
12345678910

Kembali ke atas