Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.plot] | کومڤلوت

Definisi : rancangan atau pa­katan sulit bertujuan melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): segala rancangan ~ yg hendak menimbulkan kekacauan itu telah diketahui polis; beliau mendakwa ada ~ yg berusaha menimbulkan permusuhan antara kita semua; berkomplot bermuafakat utk melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): kesemua yg ditangkap itu dituduh menjalankan gerakan haram dgn bermuafakat atau ~; pengkomplot orang yg berkomplot. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.plot] | کومڤلوت

Definisi : , 1 = komplotan kumpulan orang yg bertujuan melakukan kejahatan; kumpulan sulit yg berniat jahat; kumpulan samseng. 2 rancangan atau pakatan sulit bertujuan melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan dsb): Satu ~ yg hendak menimbulkan kekacauan telah diketahui polis. Beliau mendakwa ada ~ yg berusaha menimbulkan permusuhan antara kita semua. berkomplot bermuafakat utk melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): Kesemua yg ditangkap itu dituduh menjalankan gerakan haram dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
komplot (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pakatan sulit, konspirasi, kumpulan jahat;,
Kata Terbitan : berkomplot,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan perkataan 'scam' dalam bahasa melayu betul? Dalam laporan media bahasa melayu banyak yang menggunakan perkataan 'scam'. Jika tidak betul, apakah terjemahan yang tepat bagi 'scam'? Konteks: Online scamPenggunaan perkataan scam dalam bahasa Melayu tidak betul kerana perkataan tersebut merupakan perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud komplot. Cadangan padanan terjemahan bagi perkataan scam dalam konteks yang dimaksudkan ialah penipuan dalam talian.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2021

Kembali ke atas