Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kompréhénsif) luas liputannya dan lengkap atau banyak butiran dll yg terkandung di dalamnya, tuntas: sebuah kamus yg ~ sangat diperlukan; menyediakan laporan-laporan yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /kompréhénsif/ luas liputannya dan lengkap atau banyak butiran dll yg terkandung di dlmnya: Sebuah kamus yg ~ sangat diperlukan. laporan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
komprehensif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan lengkap, sempurna, tuntas, luas liputannya.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah satu jemahan berikut adalah betul dari segi bahasa. Eng: The most comprehensive one-stop wholesale city in south-east asia 1. Pusat pemborong sehentian yang paling komprehensif di asia tenggara 2. Pusat pemborong sehenti yang paling komprehensif di asia tenggara 3. Pusat pemborong satu perhentian yang paling komprehensif di asia tenggaraTerjemahan yang betul untuk  "The most comprehensive one-stop wholesale city in south-east asia" ialah   Pusat pemborong sehentian yang paling komprehensif di Asia Tenggara .Penyemakan dan penterjemahan09.04.2014
PERBEZAAN ANTARA PENYUNTINGAN NASKHAH DAN PENYUNTINGAN KOMPREHENSIFPenyuntingan naskhah adalah sama dengan penyuntingan kopi, iaitu menyunting dari aspek bahasa dan teknikal. Penyuntingan komprehensif adalah penyuntingan menyeluruh yang melibatkan penyuntingan dari aspek subsantantif dan naskhah.Makna16.06.2014
6.0. FUNGSI PENGURUSAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN OHS Komprehensif hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: (penerangan sila rujuk kepada carta aliran dalam Lampiran I dan II)FUNGSI PENGURUSAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN OHS: Komprehensif hendaklah mengandungi perkara yang berikut: (penerangan sila rujuk kepada carta aliran dalam Lampiran I dan II)Tatabahasa21.10.2015
Panduan pelaksanaan pdpr menggunakan routine tools atau panduan pelaksanaan pdpr dengan menggunakan routine tools sekiranya hendak menggunakan tajuk ini "Panduan komprehensif penggunaan routine tools", kalau nak masukkan juga perkataan pdpr, apakah bentuk ayat yang lebih sesuai? Terima kasihAyat yang betul:
1. Panduan pelaksanaan konsep pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan menggunakan peralatan rutin.
2. Panduan komprehensif konsep pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan menggunakan peralatan rutn.
Tatabahasa24.06.2021
Apakah ejaan sebenar untuk " warahmatullahi wabarakatuh "? Dan apakah betul ayat ini " Pelan ini merupakan satu rangka kerja yang komprehensif .." Ini adalah kerana dalam dewan eja "satu rangka" ditanda dengan warna biru iaitu tiada penjodoh bilangan dan warna merah bagi "warahmatullahi wabarakatuh". Mohon bantuan

        1. Menurut Kamus Dewan Perdana ejaan sebenar ialah  “warahmatullahi wabarakatuh” ungkapan ini ditandai dengan warna merah dalam perisian Dewan Eja kerana ungkapan ini adalah kata pinjaman bahasa Arab.

2. Ayat yang betul ialah  " Pelan ini merupakan rangka kerja yang komprehensif .." Tidak semua kata nama perlukan penjodoh bilangan.

Lain-lain17.09.2021
Ejaan persisiran atau pesisiran. Berdasarkan Kamus Komprehensif Bahasa Melayu oleh Arbak Othman disemak oleh Nik Safiah Karim ejaannya ialah pesisiran manakala di dalam khidmat nasihat DBP ialah persisiran. Harap mendapat maklumbalas.Ejaan yang betul ialah pesisiran. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 127.Ejaan09.09.2008
Tuan/Puan, Saya ingin menterjemahkan "Comprehensive Medical Coverage" kpd "Perlindungan Medikal Komprehensif", iaitu menggunakan "medikal" sbg perkataan alternatif utk "Perubatan". Bolehkah penggunaan terma "medikal" diterima di dlm frasa tersebut? Terima kasih.Puan digalakkan menggunakan perkataan perubatan yang merupakan padanan istilah bagi medical. Hal ini kerana istilah medikal tidak diterima dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Untuk makluman puan, penggubalan/peminjaman sesuatu istilah perlu melalui peraturan yang khusus yang digubal oleh suatu jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar bidang masing-masing.Istilah08.06.2009
1)Pemanasan global yang berlaku adalah akibat daripada kekhilafan dan kesalahan manusia yang sangat begitu rakus sekali membaham segala-galanya kekayaan yang ada demi untuk memenuhi tuntutan duniawi. 2)senaman adalah salah satu daripada aspek yang termat penting sekali di dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang.Apa yang perlu kita tahu terdapat pelbagai rawatan-rawatan untuk kesakitan kronik itu seperti makan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti. 3)Bila menyentuh tentang kecantikan tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan adalah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan makeup untuk menutup kulit yang rosak yang sekaligus tidak diperlukan oleh kita menghabiskan banyak wang dan masa 4)guru sehahrusnya dapat mempamirkan sepenuhnya komitmen yang dengan seikhlas mungkin.murid-murid boleh menilai diri guru samada pengajaran yang guru lakukan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja di samping mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.Berikut ayat yang telah disemak.

1)Pemanasan global yang berlaku merupakan kesan daripada kekhilafan manusia yang sangat rakus sekali membaham semua kekayaan yang ada demi memenuhi tuntutan duniawi.

2)Senaman ialah salah satu daripada aspek yang amat penting sekali dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang. Kita perlu mengetahui terdapat pelbagai rawatan untuk penyakit kronik itu seperti memakan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti.

3)Apabila  menyentuh mengenai kecantikan, tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan ialah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan mekap bagi menutup kulit yang rosak serta mengelakkan pembaziran banyak wang dan masa.
 
4) Guru seharusnya dapat mempamerkan sepenuh komitmen dengan ikhlas. Murid-murid boleh menilai guru sama ada pengajaran yang diberikan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja atau mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.
Tatabahasa04.03.2013
Salam. Boleh pihak DBP menyemak penggunaan Bahasa di bawah? Berbekalkan pengalaman yang luas, pelbagai keupayaan dalam infrastruktur dan penyelenggaraan bangunan, pengurusan kemudahan serta perkhidmatan pembersihan industri - kami membina hari esok anda. Kami merupakan rakan kongsi anda yang boleh dipercayai, amanah serta berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami. K; kami juga menawarkan satu portfolio perkhidmatan yang komprehensif merangkumi semua fasa projek untuk semua pelbagai modul perkhidmatan kami. Membina berdasarkan teras kecekapan kami dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, kami amat sistematik dalam mengembangkan perkhidmatan kami untuk menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat global yang berdaya saing dalam perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan yang bersepadu.Berbekalkan pengalaman yang luas dalam penyelenggaraan bangunan, pengurusan kemudahan serta perkhidmatan pembersihan industri, kami membina hari esok yang lebih gemilang untuk anda. Kami merupakan rakan kongsi anda yang boleh dipercayai, amanah serta berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami. Kami juga menawarkan satu portfolio perkhidmatan yang komprehensif merangkumi semua fasa projek untuk pelbagai modul perkhidmatan. Membina berdasarkan teras kecekapan kami dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, kami amat sistematik dalam mengembangkan perkhidmatan kami untuk menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat global yang berdaya saing dalam perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan yang bersepadu. Tatabahasa07.09.2011
tuan, harap tuan tidak marah dengan persoalan saya. Saya sedang mencari istilah yg terbaik utk bangunan saya. Apa kata kalau saya letak Nama ANJUNG menggantikan WISMA?Anjung ialah bahagian rumah (di tengah atau di sisi) yang lantainya ditinggikan. Wisma pula ialah satu blok bangunan perdagangan atau perusahaan, Wisma merangkumi pembanguanan komprehensif dalam deretan lot rumah kedai /kedai pejabat (pembangunan melibatkan tiga lot sedia ada dan lebih).

Untuk lebih lanjut, saudara boleh merujuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengenal pasti kriteria bangunan yang sesuai untuk dinamakan berdasarkan ciri-ciri fizikal yang telah ditetapkan oleh PBT.
Tatabahasa10.04.2013
12

Kembali ke atas