Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mu.nis.me] | کومونيسمى

Definisi : fahaman politik yg (hendak) menjadikan faktor pengeluaran dan barang­barang pengguna milik negara atau milik ber­sama rakyat: ~ diamalkan dgn luasnya sbg falsafah hidup di negeri China dan beberapa negeri Eropah Timur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.mu.nis.me] | کومونيسمى

Definisi : faham politik yg hendak menjadikan semua harta dan barang pengguna sbg hak milik negara atau kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komunisme


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, dalam bahasa Melayu, perkataan "-isme" atau "-isma" yang betul?Untuk makluman saudara, isme' digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala 'isma' digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma.Tatabahasa09.04.2012
Ejaan perkataan metabolisme/metabolisme: 1. Pada bahagian khidmat nasihat, terdapat jawapan: Untuk makluman saudara, akhiran "isme" digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala akhiran "isma" digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma. Berdasarkan dapatan yang tersebut, ejaan yang betul metabolisma dan mikroorganisma. 2. Tetapi pada bahgian kamus, hanya perkataan metabolisme yang mempunyai definisi dan bulan metabolisma. Mohon pencerahan.Terdapat kekeliruan maklumat dalam domain kamus DBP, maklumat berkenaan yang betul boleh diperoleh melalui carian metabolisma dan pilih domain Istilah Bahasa Melayu, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=metabolisma&d=28648&#LIHATSINI. 
 
Istilah16.06.2020
Apakah perbezaan penggunaan -isme dan -isma. Contoh: mekanisma dan saintisme. Terima kasih.Untuk makluman saudara, isme' digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala 'isma' digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma.Ejaan18.05.2012
apakah maksud ismeBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, -isme ialah akhiran asing kepercayaan, gerakan politik, atau keagamaan, dan juga sikap serta perlakuan, mis radikalisme dan komunisme.Makna21.02.2010
Bagi perkataan yang berakhir dengan -isme, bilakah kita perlu menghurufbesarkannya? Contoh: Konfusianisme Dalam sistem prpm, kadang kala dimulakan dengan huruf besar, kadang kala ia dimulakan dengan huruf kecil, bergantung kepada kamus yang berlainan.Ejaan yang betul ialah konfusianisme sama seperti komunisme, nasionalisme dan sebagainya. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Ejaan21.06.2012
Salam sejahtera, soalan saya berkaitan dengan ejaan 'metabolisme' dan ' mikroorganisma'. Pelbagai rujukan telah dibuat tetapi saya tidak dapat menentukan ejaan yang tepat. Sila rujuk bahan yang saya lampirkan. terima kasih.Untuk makluman saudara, akhiran "isme" digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala akhiran "isma" digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma. Berdasarkan dapatan yang tersebut, ejaan yang betul metabolisma dan mikroorganisma.Ejaan04.08.2013
Assalamualaikum, Dalam bukunya Sains Matematik dalam acuan bahasa Melayu dan Islam , Shaharir Mohamad Zain ada kemukakan istilah - istilah seperti barangkalianisme, nyataisme, hubunganisme, kebendaanisme, kejasmanisme. Saya tidak pernah dengar istilah - istilah ini dan saya ingin tahu jika DBP menerima pakai istilah tersebut dan mempunyai entri di PRPM?Akhiran "-isme" digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme.Untuk makluman tuan, buku  Sains Matematik dalam Acuan Bahasa Melayu dan Islam karya Shaharir Mohamad Zain,bukan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Istilah yang tuan senaraikan, iaitu  barangkalianisme, nyataisme, hubunganisme, kebendaanisme, kejasmanisme tidak ada dalam pangkalan DBP.Makna16.10.2017

Kembali ke atas