Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komuniti 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
communitykomunitiBiologiEkologi1. Satu unit vegetasi yang jelas, yang mengandungi dua bilangan spesies atau lebih, misalnya komuniti tumbuhan tepi pantai berpasir. 2. Kumpulan yang terdiri daripada dua populasi atau lebih di suatu tempat tertentu yang saling berhubungan antara satu sama lain. Lihat juga biosinos.
communitykomunitiSejarahTiada1. Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama dalam sesuatu tempat dengan peraturan atau cara hidup tertentu.,2. Masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan.
communalkomunal; perkaumanSejarahTiada1. Sesuatu yang dimiliki, dikongsi, digunakan dan dikerjakan bersama-sama oleh semua orang dalam sesebuah komuniti, biasanya sebuah ladang seperti di negara komunis.,2. Sesuatu yang berkaitan dengan kaum atau perkauman sama ada semangat atau sikap masyarakat.
sexuparousseksuparusBiologiGenetik1. Perihal menghasilkan anak melalui pembiakan seks. 2. Sekumpulan spesies tumbuhan dan haiwan yang tinggal bersama sebagai satu komuniti dalam sesuatu habitat.
radiolarianradiolariaSains MarinTiadaProtozoa berdiameter 0.1-0.2 mm yang menghasilkan rangka mineral kompleks. Rangka tersebut dipanggil "testa" dan biasanya terhasil daripada silika. Radiolaria biasanya mempunyai kapsul tengah yang membahagikan sel kepada bahagian dalaman dan bahagian luaran endoplasma dan ektoplasma. Radiolaria sebahagian daripada komuniti zooplankton dan boleh dijumpai di seluruh lautan dan tinggalan rangka radiolaria ini membentuk ooz bersilika yang menutupi sebahagian besar dasar laut. Radiolaria juga penting sebagai fosil diagnostik yang ditemui dari zaman Cambrian dan selepasnya. Beberapa fosil radiolaria yang biasa ditemui termasuk Actinomma, Heliosphaera dan Hexadoridium.
defensible spaceruang sanggaKesenianSeni Bina1. Kawasan persekitaran seperti bangunan atau kediaman yang direka bentuk bagi mengurangkan risiko kebakaran. Kawasan persekitaran tersebut dipastikan perlu mempunyai kemudahan perintang api dan menyediakan kawasan selamat bagi memastikan kebakaran tidak merebak lebih cepat ke kawasan lain. 2. Teori yang diasaskan oleh arkitek dan perancang bandar, Oscar Newman tentang pertahanan diri. Pemikirannya merangkumi idea-idea tentang ruang peribadi dan komuniti dalam pencegahan jenayah dan keselamatan kejiranan. Teori ini dibangunkan pada awal tahun 1970. Defensible Space ialah buku pertama beliau yang ditulis pada tahun 1972.
common effective preferential tariff schemeskim tarif keutamaan efektif umum (CEPT)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaSkim dalam Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang mewajibkan tarif dikurangkan secara beransur-ansur kepada kadar 0 hingga 5 peratus bagi barangan yang didagangkan antara negara AFTA. Skim ini bermula pada 1 Januari 1993 dan sepatutnya dilaksanakan sehingga sempurna pada tahun 2003. Terdapat tiga pengecualian dalam skim ini, iaitu pengecualian sementara, produk pertanian sensitif dan pengecualian umum. Skim CEPT diganti oleh Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) pada tahun 2010, yang membentuk sebahagian daripada Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Kembali ke atas