Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.duk.tor] | کوندوکتور

Definisi : 1. orang yg menjual tiket dan mengutip tambang dlm bas; 2. (Fiz) bahan atau medium yg melaluinya tenaga haba atau elektrik dapat mengalir; ~ elektrik bahan (dlm bentuk larutan, leburan, atau pepejal) yg melaluinya arus elektrik dapat mengalir; 3. (Muz) orang yg memimpin sesuatu persem­bahan koir, simfoni atau orkestra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konduktor


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
konduktor kilatlightning conductorBahan yang dipasangkan pada bangunan tinggi bagi melindungi bangunan tersebut daripada pancaran kilat. Tiang logam dipasang pada kedudukan tertinggi sesuatu bangunan dan disambung terus ke bumi dengan jalur logam yang tebal.Menengah Rendah
konduktorconductorBahan yang membolehkan tenaga haba atau arus elektrik melaluinya. Contohnya, dawai kuprum.Menengah Rendah
konduktor habaheat conductorBahan yang boleh mengalirkan haba. Contohnya, besi, aluminium dan tembaga. Lihat RajahSekolah Rendah
konduktor elektrikelectric conductorBahan yang boleh mengalirkan arus elektrik. Contohnya, tembaga, perak dan emas.Sekolah Rendah
konduktorconductorBahan yang boleh mengalirkan haba atau arus elektrik.Sekolah Rendah
konduktor membawa aruscurrent-carrying conductorBahan yang sedang mengalirkan arus elektrik.Menengah Atas
arus aruhaninduced currentArus elektrik yang mengalir dalam konduktor yang terhasil daripada gerakan relatif magnet dan konduktor.Menengah Atas
hukum OhmOhm lawHukum yang menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir melalui konduktor Ohm adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan yang merentasi konduktor Ohm tersebut dengan syarat suhu dan semua sifat fiziknya malar.Menengah Atas
bahan bukan konduktornon-conductorBahan yang tidak dapat mengalirkan arus elektrik dan haba.Sekolah Rendah
elektrodelectrodeKonduktor pepejal biasanya logam atau karbon yang diletakkan dalam elektrolit untuk membenarkan arus elektrik keluar masuk semasa elektrolisis.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas