Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.flik] | کونفليک

Definisi : perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll: beliau memberi amaran kpd orang-orang yg hendak menimbulkan ~ antara kaum di negeri ini; cerita itu penuh dgn ~ jiwa, antara kasih dan tanggungjawab; berkonflik berselisihan, bertentangan, ter­libat dlm sesuatu konflik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konflik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Konflik dalam cerita dikatakan termasuk di dalam teknik plot namun sesetengah pendapat mengatakan konflik hanya hadir dalam perkembangan plot. Sila perjelas tentang konsep plot dan teknik plot.

Konflik dalam cerita dikatakan termasuk di dalam teknik plot namun sesetengah pendapat mengatakan konflik Konflik hanya hadir dalam perkembangan plot. Sila perjelas tentang konsep plot dan teknik plot.

Secara umum, konflik ialah perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll. Dalam cereka, konflik adalah salah satu unsur penting dalam menggerakkan plot, kerana harus dingat bahawa plot ialah jalinan cerita yang  berasaskan sebab dan akibat. Justeru, untuk menjalinkan sebuah cerita yang baik, pengarang mesti menciptakan konflik untuk mengembangkan plot ceritanya. Tanpa konflik tidak akan ada cerita dan tanpa konflik yang rencam, tidak mungkin sesebuah cerita itu dapat berkembang dan menarik. Sebagai contoh mudah, lihat sahaja dalam setiap drama (baca: drama juga ialah salah satu genre dalam sastera) bersiri di televisyen yang mengaplikasikan konflik untuk meneruskan cerita agar penonton terus mengikuti siri-siri cerita tersebut.

Manakala teknik plot pula ialah atau lebih tepat teknik penceritaan ialah elemen-elemen yang membantu pengarang dalam membina ceritanya. Teknik penceritaan ini ialah yang dapat menunjukkan kreativiti pengarang dalam mempelbagaikan gaya dalam menyamapaikan ceritanya. Antara teknik penceritaan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya. Elemen-elemen ini teknk penceritaan ini juga menyebabkan konflik sessuatu cerita itu akan lebih menarik dan rencam.

Oleh itu, konflik adalah asas penting yang menggerakkan sesebuah cerita yang akan diikuti dengan suspens dan kejutan. Ketiga-tiga unsur itu (konflik, suspens dan kejutan) akan digunakan oleh pengarang (cerpen, novel dan drama)  untuk menggerakkan plot ceritanya dengan dibantu oleh teknik penceritaaan. Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

Lain-lain08.02.2010
Tuan, apakah terjemahan Personal Conflict dalam BM ialah Konflik Kendiri atau Konflik Diri

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'personal conflict' ialah konflik peribadi atau konflik diri.

Istilah10.11.2009
Tuan, Kami sebagai guru sering berhadapan dengan konflik kerana pihak JPN selalu memberikan keterangan bahasa yang bertentangan dengan DEP. Misalnya, perkataan jarang mengikut Kamus Dewan ialah tidak selalu, sekali-sekala; Jadi, ayat yang berbunyi 'Ali jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar' . betul atau sebaliknya? Mengikut jawapan daripada JPN, ialah jarang-jarang. Bukankah jarang-jarang bermaksud tidak rapat untuk gigi atau rambut? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jarang bermaksud 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai. Berdasarkan makna tersebut, perkataan jarang-jarang yang diberikan oleh pihak JPN dalam ayat tersebut adalah betul, iaitu Ali jarang-jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar. Tatabahasa30.05.2010
Saya ingin menggunakan perkataan 'devian' sebagai tajuk kursus - Devians, konflik dan kawalan sosial'. apakah ejaan yang betul. Adakah devian atau devians?Ejaan yang betul ialah devian. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud devian ialah seseorang yg pe­rangai­nya menyimpang daripada normal.Makna13.08.2018
Mohon untuk mendapatkan karya-karya sasterawan tempatan yang bertemakan keamanan, khususnya yang berkaitan dengan peperangan dan konflik. Sekian, terima kasih.Kami cadangkan tuan berhubung terus dengan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP untuk mendapatkan karya tersebut. Sila hubungi pustakawan Encik Hiezam Hashim, 03-21479657/izmmh@dbp.gov.my, Puan Aimi Umaimah, 03-21479632/aimi@dbp.gov.my dan Puan Che'Ros Rahim, 21479631/ros@dbp.gov.my.Lain-lain04.03.2014
Naim Al-Kalantani Oct 8th, 6:53pm Selamat petang. Setahu saya DBP sudah mula mencetak kembali buku-buku yang dulunya tidak dicetak kerana ada 'konflik' dengan DAWAMA. Saya ingin tanya, di mana boleh saya lihat katalog buku-buku terbitan yang baru ini seperti Hikayat Iskandar Zulkarnain?Terima kasih tuan. Tuan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya tuan akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasihLain-lain08.10.2015
"Apakah perbezaan antara 'digraf' dan "konsonan bergabung'?" Adakah digraf sama dengan konsonan bergabung? Jawapan yang diberikan pada 06.05.2014 dan jawapan yang diberikan pada 12.09.2011 adalah bercanggah/konflik dan mengelirukan. Terima kasih.Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.

Puan boleh merujuk majalah Pelita Bahasa November 2013 untuk rujukan kekeliruan ini.
Tatabahasa06.01.2015
Tuan,tolong jelaskan cara membina yata dramatik?Ayat dramatik tidak ada dalam pangkalan data kami. Adakah saudara maksudkan unsur dramatik?  Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu, dan seumpamanya. Sebuah drama yang baik juga harus mempunyai unsur saspens dan ketegangan.
Tatabahasa11.07.2012
Tuan,bagaimanakah cara membina ayat dramatik? Sekian terima kasih.Ayat dramatik tidak ada dalam pangkalan data kami. Adakah saudara maksudkan unsur dramatik? Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu, dan seumpamanya. Sebuah drama yang baik juga harus mempunyai unsur saspens dan ketegangan.
Tatabahasa11.07.2012
Assalamualaikum/SalamSejahtera, Pihak kami ingin meminta bantuan bagi terjemahan yang tepat bagi ayat ini di dalam versi Bahasa Melayu: ' CONFLICT OF INTEREST' Mohon respon dengan kadar yang segera. Terima KasihPadanan conflict of interest dalam bahasa Melayu ialah konflik kepentingan.Istilah06.03.2009
12

Kembali ke atas