Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.flik] | کونفليک

Definisi : perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll: beliau memberi amaran kpd orang-orang yg hendak menimbulkan ~ antara kaum di negeri ini; cerita itu penuh dgn ~ jiwa, antara kasih dan tanggungjawab; berkonflik berselisihan, bertentangan, ter­libat dlm sesuatu konflik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konflik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conflictkonflikKesusasteraanTiadaPertentangan antara kuasa, kepentingan, idea dan sebagainya yang terdapat dalam drama atau naratif. Pertentangan ini perlu untuk menimbulkan dan mengekalkan ketegangan dalam karya, seterusnya untuk menentukan aksi dan perjalanan plot dalam karya tersebut. Terdapat empat jenis konflik yang lumrah ditemui. Pertama, konflik yang bersifat fizikal atau alamiah, yakni konflik antara manusia dengan alam semesta, iaitu ribut petir, banjir dan sebagainya. Kedua, konflik yang bersifat sosial, iaitu konflik antara manusia dengan manusia. Ketiga, konflik yang bersifat dalaman atau psikologikal, iaitu konflik antara manusia dengan runtunan hati, perasaan atau fikirannya sendiri, dan keempat, konflik yang berlaku antara manusia dengan takdir. Karya yang baik biasanya menggabungkan beberapa jenis konflik. Konflik berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �pergaduhan atau pertembungan�. Lihat juga ketegangan, struktur dramatik.
international armed conflictkonflik bersenjata antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKonflik yang berlaku apabila dua atau lebih negara menggunakan kekuatan senjata terhadap satu sama lain. Faktor penyebab atau kekuatan penggunaan senjata tidak penting bagi menentukan konflik ini berlaku. Pengisytiharan rasmi peperangan juga tidak diperlukan bagi memulakan konflik tersebut. Konflik ini juga merangkumi konflik bersenjata yang melibatkan perjuangan bagi mendapatkan pemerintahan sendiri menentang penjajahan, pendudukan asing atau rejim yang bersifat perkauman. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa terpakai dalam konflik ini.
political conflictkonflik politikPentadbiranPentadbiran Awam

Pertentangan politik antara individu, kelompok atau organisasi kerana kepentingan yang berbeza. Konflik boleh meletus apabila wujud perselisihan yang tidak dapat dibendung berkembang menjadi konflik yang lebih serius. Konflik pada peringkat krisis hanya melibatkan berbalas kenyataan dan tindakan memboikot. Namun apabila keadaan ini tidak berubah, konflik boleh menjadi lebih besar dan serius kepada peperangan atau konflik terbuka. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan konflik seperti perebutan sumber yang terhad, perbezaan etnik dan kelas serta faktor ideologi. Namun rata-rata kesemua asas konflik ini dapat dirumus sebagai pertentangan kepentingan.

peacebuilderpenggerak keamananUmumTiadaIndividu atau organisasi yang menyokong, menggalakkan dan membawa kepada keamanan. Individu atau organisasi ini berusaha untuk melaksanakan langkah-langkah yang dapat mewujudkan dan mempertahankan keamanan dalam sesebuah negara yang terjejas akibat perang atau konflik-konflik lain melalui sokongan terhadap ekonomi, politik dan pembangunan sosial.
functional conflictkonflik fungsianPengurusanPerancangan1.����� Percanggahan yang timbul antara fungsi atau jabatan yang berbeza dalam organisasi, yang didorong oleh perbezaan matlamat masing-masing. Konflik ini boleh berlaku disebabkan oleh sumber yang terhad dan jangkaan prestasi yang tinggi sehingga mewujudkan persaingan antara fungsi dan jabatan. Contohnya, jabatan kewangan yang berfungsi mengawal belanjawan dan kos operasi sesebuah perniagaan mungkin menghadapi konflik dengan jabatan pengeluaran apabila jabatan pengeluaran menuntut tambahan peruntukan untuk membeli mesin baharu bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran perniagaan tersebut. Lihat juga pengurusan konflik. 2. Percanggahan membina yang timbul dalam kalangan ahli dalam satu kumpulan kerja, yang membawa kepada penghasilan yang lebih baik dari segi kualiti keputusan kerana cetusan kreativiti dan inovasi yang berlaku dalam kumpulan. Contohnya, dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, ahli kumpulan digalakkan memberikan pendapat dan membahaskan pandangan sesama mereka sehingga tercapai suatu idea yang bernas. Lihat juga pengurusan konflik, konflik gugatan.
Arab-Israeli conflictkonflik Arab-IsraelSains PolitikHubungan AntarabangsaKonflik yang berpanjangan sehingga kini antara Arab dengan Israel. Konflik ini melibatkan pelbagai dimensi seperti dimensi politik, wilayah, dan agama. Menurut sejarah, Palestin merupakan wilayah dalam Empayar Uthmaniyah sehingga akhir perang Dunia Pertama apabila Liga Bangsa- Bangsa Bersatu memberi mandat kepada British untuk mengurus tadbir Palestin. Di bawah urus tadbir British dan deklarasi Balfour (1917), migrasi orang Yahudi ke Palestin meningkat secara mendadak. Hubungan penduduk Arab Palestin dan Yahudi yang sedia berkonflik ini bertambah tegang dengan kebanjiran pendatang Yahudi. Konflik ini terus memuncak dengan kemunculan gerakan zionisme yang mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat. Konflik ini menjadi isu utama dalam perhubungan antarabangsa apabila pihak Arab Palestin mendapat sokongan negara jiran Arab dan Liga Arab serta simpati daripada Rusia. Pada tahun 1947, Suruhanjaya Khas PBB berkaitan Palestin telah mencadangkan pembahagian wilayah Palestin. Pada tahun 1948, pembahagian de facto Palestin telah dibuat apabila negara Israel ditubuhkan. Konflik dan keganasan dalam hubungan antara Israel dengan negara jiran Arab boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama, perang konvensional seperti yang berlaku pada tahun 1956, 1967 dan 1973. Kedua, peperangan untuk pembebasan seperti yang berlaku pada tahun 1948, kekejaman antara tahun 1970 hingga 1973, dan campur tangan Israel dalam perang saudara di Lubnan pada tahun 1978.
social conflictkonflik sosialPentadbiranPentadbiran Awam

Pergaduhan, perbalahan atau konfrontasi yang wujud dalam kalangan masyarakat. Konflik sosial sering kali dilihat dalam bentuk perebutan kuasa, pertindihan autoriti, perbezaan ideologi, percanggahan maklumat, dan pertikaian pendapat dan fahaman. Konflik sosial akan membawa kesan negatif kepada kestabilan politik, kedudukan ekonomi dan kesejahteraan awam. Antara contoh konflik sosial adalah ialah pertelingkahan melibatkan jawatan, konflik kepentingan, persaingan yang tidak sihat serta pertelingkahan melibatkan peranan sosial.

armed conflictkonflik bersenjataUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPersengketaan yang melibatkan penggunaan senjata, sama ada bersifat domestik atau antarabangsa. Konflik bersenjata domestik berlaku antara pihak dalam sesebuah negara atas sebab perbezaan agama, ideologi dan etnik. Konflik bersenjata antarabangsa pula berlaku antara dua atau lebih negara. Konflik bersenjata domestik boleh bertukar menjadi perang saudara sekiranya pihak-pihak yang bersenjata menguasai wilayah tertentu. Dalam keadaan ini, mereka telah menjadi pihak yang berperang dan boleh diberikan hak dan dikenakan tanggungjawab oleh undang-undang antarabangsa.
non-international armed conflictkonflik bersenjata bukan antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKonflik yang berlaku dalam sempadan sesebuah negara, yang melibatkan antara angkatan bersenjata dengan kumpulan pemberontak bersenjata, atau antara kumpulan bersenjata yang berlawan sesama sendiri. Satu rangkaian peraturan yang lebih terhad diguna pakai dalam konflik sedemikian. Peraturan tersebut terkandung dalam Perkara 3 Lazim Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan II yang mempunyai skop yang lebih kecil. Terdapat juga undangundang lazim yang diguna pakai kepada konflik bersenjata bukan antarabangsa.
conflict resolutionpenyelesaian konflikPentadbiranPentadbiran Awam

Pendekatan, kaedah dan langkah yang diambil bagi menamatkan atau menghentikan sesuatu pertentangan, kekeliruan, perselisihan serta perbezaan pendapat dalam organisasi. Konflik timbul apabila wujud tanggapan yang menyatakan mereka adalah benar dan orang lain adalah salah dalam sesuatu situasi. Pendapat dan pandangan orang lain susah untuk diterima. Oleh itu satu langkah penyelesaian perlu diambil menerusi pelbagai pendekatan seperti perbincangan, mesyuarat bagi mendengar masalah dan pandangan orang lain, penyelesaian struktur seperti penyepaduan peranan, cara perhubungan individu dan lain-lain lagi. Cara ‘pengelakan’ merupakan pendekatan yang paling berkesan dalam menghadapi konflik. Penyelesaian konflik ini banyak bergantung kepada kebijaksanaan dan tolak ansur antara pemimpin dengan kakitangan bawahan.

12345678910...

Kembali ke atas