Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kong.gruen] | کوڠݢروءين

Definisi : (Mat) mempunyai bentuk dan saiz yg sama (bkn rajah): segi tiga ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kongruen


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kongruen(Mat) mempunyai bentuk dan saiz yg sama (bkn rajah): segi tiga ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
sudut sepadansudut yg sama besar dan sama kedudukannya pd dua segi tiga yg kongruen;Kamus Dewan Edisi Keempat
sudut1. penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll): sesudah sem­bahyang maghrib, sesetengah orang berang­kat pulang atau pindah duduk ke ~ akan bercakap-cakap sampai tiba waktu isyak; 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu: satuan ukuran ~ ialah darjah; ~ 90°; 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah menge­lilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi: beliau telah mengkritik mahaguru itu dr ~ agama bukan dr ~ sastera; ~ bersebelahan sudut yg berada di sebelah sudut yg lain; ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak di sebelah bertentangan titik persilangan; ~ bucu sudut bertentangan; ~ cakah sudut yg besarnya lebih drpd 90° tetapi kurang drpd 180°; ~ hati = ~ jantung ki jantung hati, hati sanubari; ~ lurus sudut yg besarnya 180°, spt yg terbentuk pd garis lurus; ~ mata ekor (hujung) mata; ~ pelengkap sudut yg apabila ditambah dgn sudut sebelahnya menjadi sudut tegak atau 90°; ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180°; ~ sama sudut­sudut yg sama besarnya dlm sebuah rajah satah; ~ sepadan sudut yg sama besar dan sama kedudukannya pd dua segi tiga yg kongruen; ~ tegak sudut yg besarnya 90°; ~ tirus sudut yg besarnya kurang drpd 90°; menyudut 1. merupakan sebuah sudut; 2. pergi ke sudut, duduk di sudut.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas