Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ni.fer] | کونيفر

Definisi : (Bio) tumbuhan (spt damar minyak, sempilor, podo, dll) dlm order Coniferales, divisi Gymnospermae, yg menghasilkan kon dan mempunyai daun yg menyerupai jarum atau sisik (banyak terdapat di Eropah dan Amerika Utara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ni.fer] | کونيفر

Definisi : jenis tumbuh-tumbuhan (spt pain) yg mengeluarkan atau yg menghasilkan buah berbentuk kon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konifer


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coniferkoniferPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTumbuhan yang tergolong dalam order Coniferales dalam divisi Gymnospermae. Tumbuhan ini menghasilkan kon, dan mempunyai daun yang menyerupai jarum atau sisik. Konifer menjadi sumber kayu dagangan, dan lebih dikenali sebagai kayu lembut. Kayu konifer dagangan dari Malaysia ialah damar minyak, sempilur, dan podo.
coniferous foresthutan koniferGeografiTiadaSejenis hutan yang terdapat di bawah iklim yang berjenis tidak semestinya malar hijau, mempunyai daun yang berbentuk jarum dan berbuahkan kon. Hutan konifer membekalkan kayu lembut dan pulpa.
damar minyakdamar minyakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanMGR kayu Konifer. Nama piawai bagi kayu Agathis borneensis daripada famili Araucariaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah malayan kauri, di Sabah ialah mengilau, dan di Sarawak ialah bindang. Gubal kayu damar minyak tidak berbeza daripada teras kayunya, dan warna krim atau kadangkala coklat keemasan. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 385 hingga 580 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu konifer yang lembut dan ringan. Kayu damar minyak merupakan satu daripada kayu dagangan yang utama di Malaysia, dan digunakan dengan meluas dalam pembuatan venir hiasan, papan panel, kerja tanggaman yang bemutu tinggi, perabot, papan lukisan, dan kemasan dalaman.
coniferkoniferGeografiTiadaTiada
coniferouskonifer; berkoniferGeografiTiadaTiada
coniferouskonifer; berkoniferGeologiTiadaPerihal tumbuh tumbuhan yang berbuahkan kon.
coniferkoniferPerhutananTiadaTiada
coniferkoniferPertanianTiadaTiada
lightwoodkayu konifer banyak damarPerhutananTiadaTiada
softwoodskayu koniferPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanLihat kayu lembut
123456

Kembali ke atas