Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kong.krit] | کوڠکريت

Definisi : 1. campuran batu kelikir dgn simen (pasir dll) yg digunakan utk pembinaan bangunan dll (terutamanya utk asas, tiang alang bangunan, dll): asas rumah itu dibuat drpd ~; 2. bersifat (berupa) sesuatu yg dapat digambarkan (dirasai, dilihat, dll), bersifat kebendaan (tidak abstrak), nyata ada (kelihat­an dsb), maujud: pembukaan tanah baru merupakan suatu langkah yg ~ ke arah pembangunan ekonomi negara; 3. pasti (tidak samar-samar dsb), positif: mereka diminta mengemukakan cadangan-cadangan yg ~; tidak satu pun fakta ~ yg dapat diperjelas tanpa kajian; mengkonkritkan ki menambahkan kepastian (tidak diragui) tentang sesuatu, memperlihat­kan kemaujudan: konsep takwa dikonkritkan dgn jelas; kekonkritan perihal (keadaan) konkrit, kemaujudan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kong.krit] | کوڠکريت

Definisi : 1 campuran simen, pasir batu kelikir dsb utk membuat rumah dll. 2 ki tidak diragui lagi; ternyata ada; berwujud dan dpt dilihat atau diraba; maujud: Mereka menerima cadangan yg ~ bagi membentuk satu sistem yg baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
konkrit (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan pasti: positif, jelas,

2. Bersinonim dengan maujud: benar-benar ada, sungguh ada, berwujud, nyata.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah beza untuk dan demi cikgu saya cakap beza mereka ialah abstrak dan konkrit jika belakang ialah konkrit guna untuk jika belakang ialah abstrak guna demi betul tak demi belakang boleh diletakkan kata kerja?

Kata sendi nama “demi” bertugas membawa makna tujuan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya Anggota tentera sanggup berkorban “demi kesejahteraan negara. Manakala kata sendi nama "untuk"  digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan makna (i) menunjukkan kegunaan sesuatu, (ii) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Contohnya: Asrama untuk penuntut-penuntut Sabah sedang dibinadan  Ayah membeli kereta untuk ibu”. Berdasarkan kedua-dua contoh ayat di atas kata sendi nama “untuk” tidak boleh bertukar ganti dengan “demi”. Selepas kata “demi” boleh dikuti dengan kata kerja contohnya “Demi menjaga kemakmuran negara, rakyat mesti bekerjasama dan bersatu padu”. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 276 – 277).

Tatabahasa21.10.2021
kata nama am abstrak atau konkrit? kematian , penyayang, sambutan , pertama , minyak, bapa, bulan , orang , anak-anak Di antara perkataan-perkataan di atas, boleh dikategorikan sebagai KN am konkrit dan KN am abstrak. Terima kasihKematian, penyayang, sambutan, pertama ialah kata nama am abstrak. Bapa, bulan, orang, anak-anak pula ialah kata nama am konkrit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 86.Tatabahasa16.09.2008
mohon penerangan dan contoh tentang kata nama konkrit dan penjodoh bilangan (aras murid tahun 4)Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat seperti rumah, guru dan pistol. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit seperti sebuah rumah, seorang guru dan sepucuk pistol.Tatabahasa17.03.2014
Standard, stor, kompleks, konkrit berasal dari bahasa inggeris, phonic inggeris kr, st.... ialah consonant blends. Kenapa konkrit dalam jelasan DBP ialah dipisahkan oleh n,k , kalau ikut bahasa inggeris sepatutnya ialah kr. adakah konsonan bergabung sama dengan bahasa inggeris consonant blends saya amat keliru. http://blog.maketaketeach.com/teaching-blends-and-digraphs/#_Pihak kami telah merujuk Munsyi Dewan berkenaan permasalahan bahasa ini. Sebarang perkembangan terkini mengenai digraf dan konsonan bergabung akan kami maklumkan kepada pihak puan. Sehingga kini, dalam data kami,  konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.

Tatabahasa14.05.2014
Adakah penggunaan kata bahasa yang betul PEKERJA BINAAN MAHIR 1 Pemasang Konkrit Pratuang 2 Pemasang Sistem Acuan 3 Pemasang Sistem Blok 4 Pemasang Kekuda Bumbung 5 Jurulepa 6 Pemasang jubin 7 Penerap Bata 8 Jurubengkok Besi Tetulang 9 Tukang Kayu 10 Tukang Konkrit 11 Pemasang Dinding 12 Pemasang Siling 13 Tukang Cat 14 Operator Jentera 15 Pemasang Perencah 16 Operator Kren 17 Juruambin dan Jurutali 18 Tukang Paip 19 Penjaga Jentera 20 Penyambung Kabel 21 Pendawai 22 Jurukimpal 23 Jurugegas Petrokimia 24 Jurubagas & Jurucat 25 Juru Penyaman Udara & Pengudaraan Mekanikal 26 Penyiasat Tanah?Sila berikan istilah bahasa Inggeris untuk kami memastikan sama ada padanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul. Hal ini kerana kebanyakan istilah yang diberikan tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP.Istilah22.11.2016
Saya sebagai Arkitek ingin mendapat pengesahan daripada pihak DBP untuk menentukan terjemahan perkataan "R.C Coping" kepada Bahasa Malaysia "Konkrit bertetulang ?". Niat saya adalah untuk mengemukakan pelan dalam BM kepada pihak berkuasa. Tapi saya tidak dapat menerjemahkan perkataan "Coping".Untuk makluman belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "R.C. Coping". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "R.C. Coping" ialah kepala tembok konkrit bertetulang atau tukup konkrit bertetulang.Istilah10.06.2016
Cikgu, 1. "di dalam keluarga" atau "dalam keluarga"? 2. Kata nama "keluarga" ialah objek abstrak atau objek konkrit? Tolong berikan jawapan berserta dengan penjelasan. Terima kasih.Frasa yang betul ialah "dalam keluarga", keluarga bukanlah objek konkrit yang mempunyai ruang fizikal yang jelas seperti rumah atau kotak seperti frasa "di dalam rumah" dan "di dalam kotak".Tatabahasa11.05.2014
Brdasarkan pengalaman saya, kata sendi nama 'dalam' digunakan merujuk kepada unsur yang abstrak sementara 'di dalam' pula merujuk unsur yang konkrit (dapat dipegang dan dirasa). Namun, saya terkeliru dengan contoh ayat yang berikut. Dia terbaca berita itu di dalam akhbar. (salah) Dia terbaca akan berita itu di dalam akhbar (betul) Pertanyaan saya, akhbar ialah sesuatu yang konkrit (dapat dipegang) kerana itu digunakan kata sendi 'di dalam' tetapi dalam masa yang sama, akhbar tidak ada ruang. Oleh itu kenapa tidak digunakan sahaja kata sendi nama 'dalam'.Penggunaan yang betul ialah dalam akhbar.Tatabahasa30.08.2017
Adakah perkataan 'usang' hanya boleh diguna pakai dalam ayat berkaitan benda-denda konkrit seperti rumah, bangunan, jambatan dan sebagainya tetapi bolehkah "usang" diguna untuk pakaian atau kain?Mengikut kamus usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan: tikar mengkuang yg sudah begitu ~; 3. sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dll), kuno. Oleh itu tidak terhad makna usang untuk benda konkrit sahaja.Makna13.08.2008
Salam sejahtera saya ucapkan kepada pihak DBP yang saya hormati. Saya ingin menunjuk ajar tentang penggunaan kata sendi "terhadap" dan "tentang/mengenai" dalam penggunaan kata sendi dengan benda abstrak dan benda konkrit. Apa yang saya kelirukan adalah seperti ayat di bawah: Soalan 1: a) Kesan terhadap pertanian b) Kesan tentang/mengenai pertanian Guru saya mengajar saya bahawa jika selepas kata sendi "terhadap" mestilah ada objek konkrit dan selepas kata sendi "tentang/mengenai" mesti mempunyai objek abstrak. Tetapi saya telah banyak merujuk buku lain dan saya mendapati penulis suka sangat menggunakan "terhadap" dengan objek abstrak. Sehubungan dengan itu, saya ingin menanyakan soalan yang kedua. Soalan 2: Pertanian, negara, negeri, daerah, wilayah dan kawasan ialah objek abstrak atau objek konkrit? Jadi apabila kita menggunakan perkataan "dalam" yang berfungsi untuk hadir sebelum objek abstrak, kita menggunakan "di dalam negeri/daerah/wilayah/kawasan, atau dalam negeri/daerah/wilayah/kawasan" ? Sekian sahaja soalan dan masalah saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menganalisis soalan saya walaupun sibuk.

Kata sendi nama “terhadap” digunakan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh: i. Seorang ketua harus bersikap adil “terhadap”  anak buahnya. ii.  Tanamilah rasa belas kasihan “terhadap” binatang. Kata sendi nama “tentang” digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: i. Mereka berbincang “tentang” masalah negara. ii. Kami perlu merujuk ketua kami dahulu “tentang” kelewatan bayaran. Perkataan “mengenai” tergolong sebagai kata kerja yang bermaksud kena pada. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang berfungsi sebagai kata sendi nama. Contoh:  Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.  Perkataan pertanian, negara, negeri, daerah, wilayah dan kawasan ialah objek konkrit. Oleh itu, perlu digunakan “di dalam”.

Tatabahasa27.04.2014
12345678

Kembali ke atas