Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kong.krit] | کوڠکريت

Definisi : 1. campuran batu kelikir dgn simen (pasir dll) yg digunakan utk pembinaan bangunan dll (terutamanya utk asas, tiang alang bangunan, dll): asas rumah itu dibuat drpd ~; 2. bersifat (berupa) sesuatu yg dapat digambarkan (dirasai, dilihat, dll), bersifat kebendaan (tidak abstrak), nyata ada (kelihat­an dsb), maujud: pembukaan tanah baru merupakan suatu langkah yg ~ ke arah pembangunan ekonomi negara; 3. pasti (tidak samar-samar dsb), positif: mereka diminta mengemukakan cadangan-cadangan yg ~; tidak satu pun fakta ~ yg dapat diperjelas tanpa kajian; mengkonkritkan ki menambahkan kepastian (tidak diragui) tentang sesuatu, memperlihat­kan kemaujudan: konsep takwa dikonkritkan dgn jelas; kekonkritan perihal (keadaan) konkrit, kemaujudan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kong.krit] | کوڠکريت

Definisi : 1 campuran simen, pasir batu kelikir dsb utk membuat rumah dll. 2 ki tidak diragui lagi; ternyata ada; berwujud dan dpt dilihat atau diraba; maujud: Mereka menerima cadangan yg ~ bagi membentuk satu sistem yg baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
konkrit (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan pasti: positif, jelas,

2. Bersinonim dengan maujud: benar-benar ada, sungguh ada, berwujud, nyata.,



Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
concrete roofatap betonbumbung konkrit/ atap konkritbumbung konkrit/ atap konkritKejuruteraan
concrete blockblok betonbongkah konkrit/ blok konkritbongkah konkrit/ blok konkritKejuruteraan
precast concretekonkrit prapasangkonkrit prapasangkonkrit prapasangPertanian
concrete thinkingpemikiran konkritpemikiran konkritpemikiran konkritPerubatan
in situ concretekonkrit in situkonkrit in situkonkrit insituPertanian
concrete operational stagetahap operasi konkritperingkat operasi konkritperingkat operasi konkritPerubatan
concrete containerpot semen, pot betonbekas konkrit/kontena konkritpot beton, pot semenPertanian
concretebetonkonkritkonkritKejuruteraan
sociology, concretesosiologi konkritTiadasosiologi konkritSosiologi
clinical concrete sociologysosiologi konkrit/klinikTiadasosiologi konkrit/klinikSosiologi
12345

Kembali ke atas