Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kong.krit] | کوڠکريت

Definisi : 1. campuran batu kelikir dgn simen (pasir dll) yg digunakan utk pembinaan bangunan dll (terutamanya utk asas, tiang alang bangunan, dll): asas rumah itu dibuat drpd ~; 2. bersifat (berupa) sesuatu yg dapat digambarkan (dirasai, dilihat, dll), bersifat kebendaan (tidak abstrak), nyata ada (kelihat­an dsb), maujud: pembukaan tanah baru merupakan suatu langkah yg ~ ke arah pembangunan ekonomi negara; 3. pasti (tidak samar-samar dsb), positif: mereka diminta mengemukakan cadangan-cadangan yg ~; tidak satu pun fakta ~ yg dapat diperjelas tanpa kajian; mengkonkritkan ki menambahkan kepastian (tidak diragui) tentang sesuatu, memperlihat­kan kemaujudan: konsep takwa dikonkritkan dgn jelas; kekonkritan perihal (keadaan) konkrit, kemaujudan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kong.krit] | کوڠکريت

Definisi : 1 campuran simen, pasir batu kelikir dsb utk membuat rumah dll. 2 ki tidak diragui lagi; ternyata ada; berwujud dan dpt dilihat atau diraba; maujud: Mereka menerima cadangan yg ~ bagi membentuk satu sistem yg baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
konkrit (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan pasti: positif, jelas,

2. Bersinonim dengan maujud: benar-benar ada, sungguh ada, berwujud, nyata.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
retaining walltembok penahanKesenianSeni BinaStruktur binaan sama ada bersifat sementara atau kekal yang didirikan khusus untuk menyokong atau menahan tanah secara menegak supaya tanah tidak runtuh. Struktur ini boleh dibina sama ada menggunakan kayu, batu, bata, blok konkrit, konkrit, konkrit tetulang, kepingan keluli dan sebagainya. Selain bertujuan untuk menahan tanah, tembok penahan juga dibina untuk tujuan landskap. Sinonim lapis lindung.
kickerpenonjol;banir konkritKejuruteraanTiadaBanir konkrit: Bahagian konkrit, sekurang-kurangnya 7 cm lebih tinggi daripada lantai konkrit, yang membentuk permulaan tiang atau dinding konkrit.
lightweight concretekonkrit ringanKejuruteraanTiadaKonkrit tak halus, konkrit berudara dan konkrit yang diperbuat daripada batu baur ringan, atau gabungan dua daripadanya.
in-situ concretekonkrit di-situKejuruteraanKejuruteraan BangunanKonkrit yang dituangkan di tempat peletakan dan bertindak sebagai satu struktur kekal. Konkrit ini berbeza dengan konkrit pratuang yang akan dipindahkan ke tempat pembinaan apabila konkrit tersebut cukup keras. Ia juga dikenali sebagai konkrit tuang di-situ.
beton brut/beton bruttkonkrit kasarKesenianSeni BinaKonkrit yang dibentuk supaya mempunyai permukaan yang kelihatan kasar dan tidak ditutup dengan sebarang lepaan. Bagi memastikan permukaan konkrit menjadi kasar, cetakan mukaan kayu atau acuan papan lapis akan digunakan untuk mencurahkan konkrit. Apabila konkrit telah mengeras, permukaannya akan mencerminkan balikan permukaan kasar acuan. Kaedah sebegini bertujuan untuk mengekalkan rupa tampak konkrit dengan menyerlahkan kemasan kasar yang diperoleh daripada mukaan acuan. Permukaan konkrit seperti ini telah digunakan pada bangunan seperti d�Habitation pada awal abad ke-20. Ia juga berkembang sebagai sebahagian daripada seni bina Brutalisme pada tahun 1960-an dan 1970-an. Perintis bagi kaedah ini ialah tokoh arkitek, Auguste Perret dan tokoh-tokoh arkitek moden yang lain.
concrete structurestruktur konkritKejuruteraanKejuruteraan BangunanStruktur yang diperbuat daripada konkrit atau konkrit tetulang.
air entrained concretekonkrit perangkap udaraKejuruteraanKejuruteraan BangunanKonkrit yang dihasilkan dengan mencampurkan agen perangkap udara kepada konkrit yang baru disediakan. Konkrit perangkap udara penting untuk menjaga ketahanan struktur lebih-lebih lagi di negara-negara yang beriklim sejuk serta mempunyai perubahan suhu yang amat tinggi seperti di United Kingdom, Eropah juga di Timur Jauh seperti Jepun dan Australia.
coreteras; gelendongKejuruteraanTiada3. Tembok pemotong daripada tanah liat atau konkrit atau bahan-bahan lain.,4. Sesuatu yang ditempatkan dalam dalam acuan konkrit sebelum konkrit dituang demi membentuk geronggang padanya untuk bolt, kabel prategasan, dll.,5. Bahagian tengah tembok atau tiang, tempat bertindak mampatan paduan pada seluruh keratan.,6. Konkrit dalam kawasan garis tengah tetulang pilin pada tiang bertetulang.,7. silinder batuan atau tanah atau konkrit yang dipotong oleh gerudi intan, pensampel tanah dsb.,8. Pengalir di dalam kabel, termasuk tebatannya.,9. Istilah yang digunakan pada suatu masa dahulu untuk merujuk kepada stor utama atau ingatan utama komputer.
autoclaved concretekonkrit autoklafKejuruteraanKejuruteraan BangunanKonkrit yang disediakan dengan cara wap bertekanan tinggi. Konkrit sedemikian dapat mengeras dengan cepat dan mencapai tempoh kematangan yang lebih singkat. Konkrit autoklat digunakan dalam proses pengeluaran komponen struktur daripada konkrit pratuang.
slip form paverpenurap jalan konkritKejuruteraanKejuruteraan BangunanJentera yang menurap jalan dengan menggunakan konkrit sebagai bahan binaan jalan. Penggunaan penurap jalan konkrit menghasilkan turapan konkrit yang sekata.
12345678910...

Kembali ke atas