Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.sép] | کونسيڤ

Definisi : (konsép) 1. pengertian am atau idea yg mendasari sesuatu: ~ demokrasi tidak bererti kebebasan yg tidak terbatas; 2. rancangan (rencana, surat, dll), draf (surat dll), rang: ~ surat; berkonsepkan mempunyai sesuatu sbg konsep: rumah saya ~ seni bina timur dan barat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.sép] | کونسيڤ

Definisi : /konsép/ pendapat yg terbentuk dlm fikiran mengenai sesuatu; gagasan; tanggapan: ~ hidup mereka yg tidak mementingkan harta benda mesti diubah supaya kemajuan dpt dicapai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
konsep (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pengertian, idea, pendapat, makna, rang, draf, rencana, tanggapan, gagasan, idea, teori, kepercayaan, landas, buram, rengrengan.,


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kamiranintegralKonsep asas dalam kalkulus yang merupakan satu proses songsangan kepada pembezaan. Simbol kamiran ialah ∫. Kamiran digunakan untuk mencari persamaan lengkung, luas di bawah graf dan isi padu kisaran.Menengah Atas
tatatandanotationPenggunaan simbol untuk melambangkan konsep matematik.Menengah Rendah
tatatanda setset notationPenggunaan simbol tertentu untuk mewakili pelbagai konsep berkaitan dengan operasi sesuatu set. Lihat ContohMenengah Atas
tatatanda setset notationPenggunaan simbol tertentu untuk mewakili pelbagai konsep yang berkaitan dengan operasi set.Menengah Rendah

Kembali ke atas