Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.sép] | کونسيڤ

Definisi : (konsép) 1. pengertian am atau idea yg mendasari sesuatu: ~ demokrasi tidak bererti kebebasan yg tidak terbatas; 2. rancangan (rencana, surat, dll), draf (surat dll), rang: ~ surat; berkonsepkan mempunyai sesuatu sbg konsep: rumah saya ~ seni bina timur dan barat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.sép] | کونسيڤ

Definisi : /konsép/ pendapat yg terbentuk dlm fikiran mengenai sesuatu; gagasan; tanggapan: ~ hidup mereka yg tidak mementingkan harta benda mesti diubah supaya kemajuan dpt dicapai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
konsep (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pengertian, idea, pendapat, makna, rang, draf, rencana, tanggapan, gagasan, idea, teori, kepercayaan, landas, buram, rengrengan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puan,bolehkah saya tanya “mempengaruhi konsep kendiri”betul atau “mempengaruhi konsep sendiri”?Bolehkah memberi penjelaskan dan sebab-sebab memilih rangkaian kata itu?

Ayat mempengaruhi konsep kendiri adalah betul bergantung pada konteks dan penggunaanya dalam ayat.

Berdasarkan Kamus Dewan Keempat, kendiri bermaksud sendiri; kekendirian keadaan atau sifat kendiri; kediri. Dalam data rujukan kami juga, terdapat istilah konsep kendiri dalam bidang psikologi dan komunikasi. Konsep kendiri dalam bidang psikologi ialah pengamatan individu terhadap trait personaliti diri mereka sendiri. Konsep ini mempunyai semua idea, pengamatan dan perasaan tentang siapa sebenarnya seseorang itu. Contohnya, individu menganggap atau menyatakan bahawa dirinya seorang yang segak, rajin bekerja atau mudah bergaul.

Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk pautan berikut konsep+kendiri">https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=konsep+kendiri

Tatabahasa15.07.2021
Konsep ayat aktif kepada ayat pasif. Soalan : Pihak bomba telah berjaya memadamkan kebakaran di rumah itu. Jawapan yang manakah paling tepat? Jawapan 1 : Kebakaran di rumah itu telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba. Jawapan 2 : Kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba di rumah itu. Jawapan yang lebih tepat ialah "Kebakaran di rumah itu telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba"Tatabahasa23.02.2023
Konsep ini membawa aspirasi untuk membaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Salam Tuan/Puan,saya nak bertanyakan soalan.Apakah kesalahan tatabahasa di atas?Perkataan ‘membaiki’ rasanya salah atau betul? Bidang ekopelancongan mampu dimajukan kerana mengayakan sumber alam semula jadi di negara ini. Apakah kesalahan imbuhan di atas?Kenapa perkataan ‘mengayakan’ salah sepatutnya‘kekayaan’?

Bagi ayat pertama, perkataan membaiki ditukar kepada memulihkan.

Bagi ayat kedua, perkataan mengayakan ditukar kepada kaya dan ayatnya dibetulkan kepada:
Bidang ekopelancongan mampu dimajukan kerana negara ini kaya dengan sumber alam semula jadi.

Lain-lain14.01.2021
Konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumi pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat amannya. Tuan/Puan,saya nak tanya kata sendi nama ‘untuk’ tidak sesuai digunakan di sini atau betul digunakan?Kata sendi nama "untuk" sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa06.01.2021
Apakah terjemahan yang tepat bagi "equivalent". Apakah penggunaan yang paling tepat, sama ada "konsep kesepadanan dalam penterjemahan" atau "konsep kesetaraan dalam penterjemahan"?Penggunaan yang paling tepat ialah "konsep kesepadanan dalam penterjemahan".Makna27.08.2019
Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin bertanya tentang konsep "one belt one road", adakah sudah ada padanannya dalam bahasa Melayu? Terima kasih.Salam Sejahtera. Konsep “one belt one road” belum ada padanannya dalam bahasa Melayu. Jika konsep itu hendak digunakan dalam penulisan, perkataan tersebut perlu ditulis dengan tanda petikan atau dalam huruf condong (“one belt one road” atau one belt one road). Sekian. Terima kasih.  Istilah21.06.2017
Dalam konsep qazaf, ada beberapa pendapat bercanggah dalam memberi makna qazaf tersebut. Versi pertama, qazaf bermaksud menuduh perempuan suci berzina (berdasarkan buku teks pendidikan islam kssm tingkatan 5). Versi kedua, menuduh perempuan solehah/baik berzina(melalui enjin carian Google). Adakah kedua-dua versi ini membawa kepada makna yang sama?Khidmat Nasihat DBP tidak dapat menentukan takrif yang paling tepat antara kedua-dua sumber yang diberikan. Walau bagaimanapun, berdasarkan himpunan fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, qazaf dari segi istilah ialah tuduhan berzina pada tempat celaan dan mengaibkan (Mukhtar al-Sihah), dan sebahagian ulama lagi mendefinisikan qazaf sebagai menuduh seseorang melakukan zina, liwat atau menafikan nasab.


Tatabahasa16.04.2022
Apakah konsep kepada pelan pensampelan?Mohon berikan tentang persoalan bahasa Melayu agar pihak kami dapat berikan jawapan yang diperlukan.Lain-lain25.11.2021
apakah konsep dan proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan?Terdapat tiga proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu, iaitu proses pengimbuhan, pemajmukan dan juga proses penggandaan. Proses ini bertujuan untuk memperbanyak bilangan perkataan.

Proses pengimbuhan ialah proses pembentukan perkataan dengan meletakkan imbuhan pada kata dasar, sama ada di hadapan kata dasar, di belakang, di celah atau dengan cara mengapitkan kata dasar untuk menghasilkan perkataan baharu. Perkataan yang baharu intu dikenali sebagai kata terbitan.  Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu yang berfungsi untuk membentuk perkataan baharu, iaitu; i) awalan, ii) akhiran, iii) apitan dan iv) sisipan.

Perkataan dalam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses pemajmukan. Pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang berlainan makna untuk membentuk perkataan baharu yang mempunyai satu makna sahaja, Kata majmuk, lazimnya, dieja terpisah tetapi terdapat juga beberapa kata majmuk yang dieja bercantum.    

Selain proses pengimbuhan dam proses pemajmukan, perkataan alam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses penggandaan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar untuk membentuk perkataan baharu. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu: i) Penggandaan penuh, ii) Penggandaan separa dan, iii) Penggandaan berentak

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 57-78.
Tatabahasa28.07.2018
Adakah konsep "Hidden Verb" atau "normalization" dalam tatabahasa Inggeris digunakan dalam tatabahasa Bahasa Melayu? Contoh: Setibanya di hospital, pemeriksaan telah dijalankan ke atas pesakit oleh Dr Abd Halim , atau Setibanya di hospital, Dr Abd Halil telah memeriksa pesakit tersebut. Terima kasih.Untuk makluman tuan, dalam pangkalan data kami tiada maklumat mengenai Hidden Verb dan normalization ini. Kedua-dua ayat yang diberikan ini adalah betul.Tatabahasa25.01.2017
12345678910...

Kembali ke atas