Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
konsep (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pengertian, idea, pendapat, makna, rang, draf, rencana, tanggapan, gagasan, idea, teori, kepercayaan, landas, buram, rengrengan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puan,bolehkah saya tanya “mempengaruhi konsep kendiri”betul atau “mempengaruhi konsep sendiri”?Bolehkah memberi penjelaskan dan sebab-sebab memilih rangkaian kata itu?

Ayat mempengaruhi konsep kendiri adalah betul bergantung pada konteks dan penggunaanya dalam ayat.

Berdasarkan Kamus Dewan Keempat, kendiri bermaksud sendiri; kekendirian keadaan atau sifat kendiri; kediri. Dalam data rujukan kami juga, terdapat istilah konsep kendiri dalam bidang psikologi dan komunikasi. Konsep kendiri dalam bidang psikologi ialah pengamatan individu terhadap trait personaliti diri mereka sendiri. Konsep ini mempunyai semua idea, pengamatan dan perasaan tentang siapa sebenarnya seseorang itu. Contohnya, individu menganggap atau menyatakan bahawa dirinya seorang yang segak, rajin bekerja atau mudah bergaul.

Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk pautan berikut konsep+kendiri">https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=konsep+kendiri

Tatabahasa15.07.2021
dalam psikologi sukan,konsep kendiri salah satunya di pengaruhi oleh "self-vulnerability". Apakah istilah yg sesuai digunakan untuk "self-vulnerability"?Tidak ada padanan self-vunerabilty dalam bahasa Melayu dalam sumber rujukan kami.  Pada makna biasa vulnerable bermaksud mudah dipengaruhi dan dalam konteks yang saudara nyatakan self-vulnerabilty boleh membawa maksud mudah untuk dikalahkan.Istilah08.05.2009
Selamat malam Tuan, Baru-baru ini, saya telah melalui proses viva, terdapat persoalan tentang istilah pembelajaran regulasi kendiri. Mengikut panel saya sepatutnya menggunakan istilah pembelajaran beregulasi kendiri. Saya memohon pandangan tuan mengenai istilah manakah yang sesuai digunakan. Kebanyakkan jurnal dan artikel menggunakan istilah pembelajaran regulasi kendiri. Jadi saya ingin kepastian tentang istilah tersebut. Kerjasama tuan didahalui dengan ucapan terima kasih. M.Kananmmah 0194416000Untuk makluman, istilah "pembelajaran regulasi kendiri" dan "pembelajaran beregulasi kendiri" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Dari aspek pembentukan istilah, kedua-duanya adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan "regulasi" atau "beregulasi" bergantung pada konsep istilah tersebut.Istilah11.11.2013
Maksud 'self-injury' dalam istilah sasarnya adalah cedera kendiri. Bagaimana pula dengan istilah 'self-harm', adakah boleh ditakrif dengan istilah mudarat kendiri? [Konteks perubatan/kesihatan mental]Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

self-harm - mudarat kendiri

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Lain-lain28.08.2021
Saya ingin bertanya jika ada istilah dalam bidang psikologi self talk? Saya ingin mencadangkan BICARA KENDIRI. Segala perhatian dan cadangan amat saya hargai.Kami mencadangkan "self talk" diterjemahkan sebagai "bicara diri", "bicara sendiri" atau "bicara kendiri". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah08.03.2022
Plenary and breakout sessions adakah sesi pleno dan perbincangan kendiri?Padanan bahasa Melayu bagi istilah plenary session ialah sidang/sesi pleno. Manakala, cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah breakout session ialah sesi sampingan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah04.07.2023
Salam sejahtera, bolehkah tuan mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk "self-media"? Adakah media kendiri sesuai untuk digunakan? Berikut merupakan definisi self-media dalam bahasa Inggeris: Independently operated accounts run by individual users posting self-produced content on social media platforms. Konteks ayat: I'll expose you through self-media platforms. The accounts that I know have millions of followers and they are highly influential. Saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas bantuan tuan terlebih dahulu.Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:


self-media
- swamedia


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain03.06.2021
Saya mohon pencerahan untuk terjemah "rating of perceived exertion" yang membawa maksud "a subjective measure used to assess an individual perception of how hard they feel they are working during physical activity or exercise", adakah sesuai jika saya terjemah kepada "penilaian upaya yang dirasai"?Padanan perkataan “rating of perceived exertion” ialah penilaian kekuatan kendiri atau penilaian tenaga kendiri bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Makna18.07.2023
Saya ingin bertanya dua perkataan yang masih tiada dalam istilah bahasa melayu, iaitu (i) pendekatan Heutagogy dan (2) Self-determined. Apakah istilah bahasa melayu yang boleh digunakan untuk dua perkataan ini.Tiada maklumat tentang istilah berkenaan dalam pangkalan data kami. Istilah pedagogy dan andragogy telah diterjemahkan kepada pedagogi dan andragogi, berdasarkan bentuk yang ada heutagogy boleh diterjemahkan kepada heutagogi, manakala self-determined boleh diterjemahkan kepada penentuan kendiri jika bersesuaian dengan konsep penggunaanya.Istilah05.04.2018

Kembali ke atas