Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
konsep (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pengertian, idea, pendapat, makna, rang, draf, rencana, tanggapan, gagasan, idea, teori, kepercayaan, landas, buram, rengrengan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
self-conceptkonsep kendiriPsikologiPsikologi UmumPengamatan individu terhadap trait personaliti diri mereka sendiri. Konsep ini mempunyai semua idea, pengamatan dan perasaan tentang siapa sebenarnya seseorang itu. Contohnya, individu menganggap atau menyatakan bahawa dirinya seorang yang segak, rajin bekerja atau mudah bergaul. Konsep kendiri seseorang individu tidak semestinya konsisten dengan sudut pandangannya. Terdapat individu yang cuba mengubah suai pengakuannya supaya menepati dengan apa yang ditanggapi tentang dirinya. Menurut Rogers, jurang antara konsep kendiri dengan keadaan sebenar adalah berdasarkan darjah tak kongruen.
self-conceptkonsep kendiriPsikologiTiadaTiada
positive self-conceptkonsep kendiri positifSosiologiTiadaTiada
self-conceptkonsep kendiriKomunikasiKorporatKaedah seseorang memberi makna terhadap diri sendiri. Melalui kaedah ini, seseorang akan dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri. Kaedah ini digunakan sebagai rujukan untuk menjual barangan dalam pengiklanan. Watak dalam pengiklanan yang berfungsi sebagai pengguna diperlukan untuk membuat penilaian terhadap barangan yang berbeza berasaskan cara watak berkenaan bertindak balas dan memberi makna terhadap barangan tanpa dipengaruhi unsur lain. Pendekatan pengiklanan ini mengutamakan kewibawaan watak sebagai alat untuk meyakinkan khalayak dengan kepercayaan bahawa sekiranya watak mampu melakukan penilaian kendiri, bermakna watak mampu menilai perkara baik atau sebaliknya untuk diri sendiri.
demographic prediction;ramalan demografiPsikologiPsikologi UmumTelahan yang melibatkan pemboleh ubah populasi seperti taburan geografi, statistik penting, status sosial, situasi fizikal dan mental. Contohnya, ramalan terhadap satu ciri psikologi seperti konsep kendiri berhubung kait dengan status sosioekonomi keluarga.
garden citybandar tamanKesenianSeni BinaSebuah kawasan yang dirancang secara teliti untuk pembangunan sebuah bandar berkomuniti kendiri yang dikelilingi oleh persekitaran hijau untuk pertanian, dan sebahagian yang lain dibangunkan untuk kediaman dan perindustrian. Contohnya, bandar Putrajaya yang telah dibangunkan daripada konsep bandar taman. Lihat juga gerakan bandar taman.
gurindamgurindamKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang berangkap dengan setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris sejajar yang berpasangan dan berirama. Panjang baris gurindam tidak tetap seperti pantun dan syair. Setiap rangkap gurindam mengandungi satu tema atau idea yang lengkap. Baris pertama mengandungi semacam soalan atau syarat dan baris kedua jawapannya. Walaupun setiap pasangan baris bersifat utuh kendiri, tetapi makna gurindam menjadi lebih sempurna apabila dikembangkan dalam rangkaian yang berikutnya. Gurindam biasanya bersifat serius, isinya mengandungi nasihat, teguran dan pengajaran yang disebut secara langsung. Contoh yang popular ialah �Gurindam Dua Belas� karya Raja Ali Haji: Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Sehingga hari ini, konsep gurindam seperti yang diberi oleh Raja Ali Haji masih diguna pakai. Contoh gurindam semasa dapat dilihat dalam �Gurindam Dulu dan Kini� karya Khadijah Hashim: Dulu anak faham dijeling, Kini melawan ayah ditengking, Dulu ibu tiri jahat tak terkira, Kini ibu sendiri yang mendera. Dulu dilihat luas kebunnya, Kini dipandang banyak sahamnya. Dulu teruna riang di bendang, Kini mereka sibuk di kilang. Dulu mengkudu melacak di tanah, Kini dibotol minuman mewah.

Kembali ke atas