Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.sép.si] | کونسيڤسي

Definisi : (konsépsi) pengertian, pendapat yg terbentuk dlm fikiran (seseorang, sesuatu kumpulan dsb) tentang sesuatu idea, gagasan: ~ hidup mereka yg tidak mementingkan mata benda harus diubah supaya tercapai kemajuan; mengkonsepsikan membayangkan (menggambarkan) sesuatu konsep dlm fikiran, mengkonseptualisasikan: sekiranya penguasaan bahasa baik, mudah seseorang itu ~ sesuatu benda; pengkonsepsian perihal atau perbuatan mengkonsepsikan: gangguan pd sistem saraf otak menyebabkan prestasi pembelajaran individu terjejas, khususnya dlm aspek penanggapan dan ~; ®konsep. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konsepsi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud 'conception' dalam konteks bidang Psikologi PerkembanganDalam bidang psikologi, konsepsi bermakna pengertian atau pemahaman atau tanggapan tentang sesuatu atau idea yang digarap dalam pemikiran manusia, yang kemudiannya diberi makna melalui lambang.Makna09.07.2008
Antara gagasan dan wawasan yang mana lebih utama@lebih hebatWawasam membawa maksud: 1. fahaman atau tanggapan berkenaan sesuatu hal, pandangan, konsepsi 2. pandangan jauh (terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi. Manakala, gagasan membawa maksud buah fikiran yg dijadikan saranan, idea. Jika melihat dari segi makna, wawasan ialah pandangan yang jauh.Makna19.03.2015
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: (1) cultural infusion between the north and south – pengharmonian budaya @ penerapan / asimilasi budaya antara bahagian utara dengan bahagian selatan?? (2) artistic conception @ artistic mood - konsepsi artistik?? (3) put oneself into others’ shoes – memikirkan dari sudut orang lain?? (4) Classical Prose Movement – Kempen / Gerakan Prosa Klasik @ Kempen/gerakan reformasi susastera?? (5) modes of ancient Chinese music - mod muzik China purba? (6) literary creation – penciptaan karya sastera @ pengkaryaan sastera? (7) conditions for life – syarat kehidupan? Keadaan kehidupan? Keperluan kehidupan? (8) great man – insan yang hebat/ unggul/ terpuji/ mulia @ personaliti unggul? (“Great man” di sini merujuk kepada seseorang yang berkeperibadian tinggi dan mempunyai aspirasi yang jitu, jujur dan lurus serta mengamalkan cara hidup yang ringkas dan sederhana) Terima kasih.

Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan:



1. cultural infusion between the north and south: pemaduan budaya utara dan selatan

2. artistic conception: konsepsi seni/konsepsi artistik

3. artistic mood: suasana seni/suasana artistik

4. put oneself into others’ shoes: meletakkan diri pada situasi orang yang berkaitan 

5. Classical Prose Movement: Gerakan Prosa Klasik

6. modes of ancient Chinese music: mod muzik China purba 

7. literary creation: penciptaan karya sastera 

8. conditions for life: keadaan kehidupan

9. great man: insan hebat/insan unggul 



Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.

Makna30.07.2021

Kembali ke atas