Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.ser.va.si] | کونسرۏاسي

Definisi : pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi ke­rosakan (kemusnahan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konservasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adakah perkataan konservasi (conservation) atau pemuliharaan? 2. Yang mana satu betul, garispanduan atau garis panduan? diusahasilkan atau diusaha hasilkan? mengenalpasti atau mengenal pasti? Apa cara terbaik tahu atau peraturan mengenai perkataan-perkataan ini? 3. Yang mana satu betul, penzonan atau pengezonan?1. Terjemahan perkataan conservation ialah pemuliharaan, tidak ada perkataan konservasi dalam bahasa Melayu. 
2. Ejaan yang betul ialah garis panduan dan mengenal pasti. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Kata majmuk dieja sebagai dua perkataan, kecuali kata majmuk yang mantap dieja sebagai satu perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu.
3. Ejaan yang betul ialah pengezonan.
Tatabahasa13.04.2012
EJAAN JAWI BAGI; PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU CHERATING KM 45, JALAN KUANTAN-KEMAMAN, 26080 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.Sekiranya ini untuk papan iklan, ejaan jawi yang perlu dibuat hanya untuk keterangan sahaja:

Ejaan jawinnya:             

PUSAT = ڤوست
KONSERVASI = کونسرۏاسي
DAN = دان
PENERANGAN = ڤنرڠن
PENYU = ڤڽو
CHERATING =  چراتيڠ

       

 

 

Lain-lain06.09.2019

Kembali ke atas