Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.sé.si] | کونسيسي

Definisi : (konsési) 1. hak atau keizinan yg diberikan kpd syarikat dll utk menggunakan sesuatu kawasan bagi tujuan melombong (membalak dll): dua buah syarikat asing telah diberi ~ utk melombong besi di beberapa kawasan; pihak berkuasa negeri boleh juga memberi ~ kawasan kayu balak; 2. tolak ansur (dlm tuntutan, perundingan, dll): persetujuan akhirnya tercapai setelah kedua-dua pihak membuat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
konsesi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan hak: keizinan, keistimewaan, pengecualian,

2. Bersinonim dengan tolak ansur: tolak raih, kompromi.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIANJIN

Tianjin (pend. 5 300 000) ialah pusat perdagangan

di utara China. Nama bandar raya ini juga dieja

Tientsin atau T’ien-chin . Pada tahun 1860, pihak

berkuasa China membuka bandar raya ini dan

pelabuhannya bagi perdagangan antarabangsa.

Sembilan negara menerima konsesi (pembalikan

kepada) China. Semua tanah ini telah dikembalikan

semula kepada China.

UMUM 

Kembali ke atas