Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.tak] | کونتک

Definisi : 1. kenalan yg melaluinya seseorang boleh mendapatkan pertolongan, maklumat, sokong­an, dsb dlm sesuatu urusan: Kadri mengaku kononnya dia mempunyai ~ dgn beberapa orang atasan; 2. hubungan antara satu dgn lain: kami hilang ~ sejak beberapa tahun yg lalu; 3. perihal atau keadaan bersentuh, sentuhan, hubungan; mengontakkan mengenakan (menyambung­kan, menyentuhkan) pd, menghubungkan (mengaitkan) dgn. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kontak (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan sentuhan: geselan, geseran,

2. Bersinonim dengan hubungan: kaitan, pertalian, persahabatan.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud kontak-kontak sosial dari aspek pengurusan kerja sosialSila rujuk bahan Ini : Kontrak sosial asas penting perpaduan kaum" [Diwawancara oleh Radzi Ismail] Liow Tiong Lai Dewan Masyarakat 01/10/2005 Terperinci Ekonomi unsur penting kontrak sosial A. Kadir Jasin Dewan Masyarakat 01/10/2005 Terperinci Kontrak sosial antara kaum di Malaysia Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/04/2004 Terperinci Kontrak sosial eratkan perpaduan Ibrahim Musing Dewan Siswa Petualang kontrak sosial H.M. Jajuli Dewan Budaya 01/12/2006 Pengurusan sebagai fungsi sosial dan seni yang liberal Drucker, Peter F Dewan Ekonomi 01/07/1997 TerperinciLain-lain07.09.2007
Walaupun mereka tidak ada kontak rapat, tiga daripada mereka adalah positif virus berkenaan. Walaupun mereka tidak ada kontak rapat, tiga daripadanya adalah positif virus berkenaan. Daripada mereka atau daripadanya lebih betul tatabahasanya? Yang manakah lebih mantap?

Ayat yang betul ialah "Walaupun tidak mempunyai kontak rapat, tiga orang daripada mereka positif virus berkenaan."

Tatabahasa09.11.2020
Salam sejahtera, Saya ingin mohon bantuan pihak tuan/puan untuk menyemak sama ada istilah yang digunakan adalah betul. Untuk maklumat 'contact' yang dimaksudkan dalam ayat di bawah merupakan individu. Contact Phone Number = Nombor Telefon Kontak atau Nombor Telefon Orang Hubungan Contact address = Alamat Kontak atau Alamat Orang Hubungan. Terima kasih atas kerjasama pihak tuan/puan. Yang benar, R AzizFrasa yang betul ialah "Nombor telefon kenalan"Tatabahasa10.10.2022
maksud komunikasi non verbal dan komunikasi verbal?

Komunikasi verbal : komunikasi secara lisan (bercakap, berdialog, berbual, dsb.)

Komunikasi non-verbal: komunikasi bukan secara lisan, bukan ujaran (bahasa isyarat, bahasa tubuh, kontak mata, penggunaan objek, dsb.)

Makna20.08.2009
Najib Noorashid Ubd THURS 17:42 Assalamualaikum dan selamat petang, Saya Najib Noorashid, seorang graduan lepasan ijazah dari Universiti Brunei Darussalam, ingin menemubual mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Dr Awang Sariyan, sebagai sebahagian dari tesis pengajian kedoktoran saya. Namun, saya gagal memperolehi kontak e-mel atau telefon beliau. Bolehkah saya mendapatkannya melalui pihak Tuan/Puan di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia? Kerjasama anda sangat-sangatlah dihargai. Terima kasih Tuan/Puan.Tuan boleh menghubungi melalui Facebook beliau iaitu Awang SarianLain-lain23.02.2017
sila betulkan ayat-ayat berikut besertapenerangannya. 1. Bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan dahulu. 2. Akibat kurangnya pengetahuan agama, banyak belia yang tersesat. 3. Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan antarabangsa.Oleh itu tidak hairanlah di kota-kota banyak digunakan.

1. Ayat yang dikemukakan ayat lisan. Dalam kontak ayat lisan, ayat ini betul. 2. Ayat ini betul. kata banyak merujuk kepada kata bilangan. 3. Bahasa Inggeris (ialah) bahasa pertuturan antarabangsa...

 

Tatabahasa29.09.2011

Kembali ke atas