Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.tak] | کونتک

Definisi : 1. kenalan yg melaluinya seseorang boleh mendapatkan pertolongan, maklumat, sokong­an, dsb dlm sesuatu urusan: Kadri mengaku kononnya dia mempunyai ~ dgn beberapa orang atasan; 2. hubungan antara satu dgn lain: kami hilang ~ sejak beberapa tahun yg lalu; 3. perihal atau keadaan bersentuh, sentuhan, hubungan; mengontakkan mengenakan (menyambung­kan, menyentuhkan) pd, menghubungkan (mengaitkan) dgn. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kontak (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan sentuhan: geselan, geseran,

2. Bersinonim dengan hubungan: kaitan, pertalian, persahabatan.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
physical contactkontak fizikalSukanTiadaPerlakuan pemain yang melakukan kontak fizikal, seperti bergaduh dan mencerca pengadil, yang mengakibatkan pemain digantung terus daripada bermain.
contact herbicideracun herba kontakPertanianAgronomi

 Jenis racun herba yang bertindak hanya kepada bahagian tumbuhan yang disentuh oleh racun tersebut. Pada amnya, racun jenis ini memberi kesan yang cepat dengan melecurkan bahagian yang disentuh tetapi tidak meresap kepada bahagian akar atau batang yang tidak terkena racun. Contohnya, racun herba kontak jenis Paraquat. Oleh itu, racun herba kontak tidak begitu berkesan dalam jangka masa panjang untuk mengawal rumpai yang mempunyai rizom seperti lalang.

contactkontakUmumTiadaTiada
peripheral contactkontak pinggirGeografiTiadaTiada
intimate contactkontak rapatPerubatanTiadaTiada
social contactkontak sosialSosiologiTiadaTiada
tertiary contactkontak aras ketigaSosiologiTiadaTiada
categorical contactkontak kategorisSosiologiTiadaTiada
contactpertembungan/kontakSosiolinguistikTiadaPerihal kesinambungan geografi atau kerapatan hubungan sosial (pengaruh bersama) antara bahasa atau dialek yang dapat dilihat daripada kata-kata pinjaman.
casual contactkontak biasaKesihatan AwamTiadaIndividu yang pernah bersemuka dengan individu yang sah bergejala dalam apa-apa persekitaran, atau berkongsi ruang tertutup.
12

Kembali ke atas