Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.ta.mi.na.si] | کونتاميناسي

Definisi : pencemaran: keracunan dan ~ drpd racun perosak boleh dielakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kontaminasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
microbial contaminationkontaminasi mikrobHerbaTiadaPencemaran mikroorganisma seperti bakteria, fungus, yis dan kulapuk yang terkandung dalam herba akibat kontaminasi. Kontaminasi mikrob boleh berlaku apabila herba terdedah kepada tanah, semasa pemprosesan dan penstoran yang tidak bersih. Penentuan kandungan mikrob berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan kontaminasi mikrob dalam bahan herba yang melebihi had nilai piawai boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Kontaminasi mikrob dikesan secara mikrobiologi menggunakan kaedah kiraan aerob viabel total. Secara umumnya, kebanyakan farmakopoeia dan WHO telah menetapkan had piawai tertentu bagi bahan herba. Contohnya, British dan European Pharmacopoeia mengehadkan nilai kontaminasi mikrob bagi kanji jagung, ubi kentang, beras dan gandum tidak melebihi 103 bakteria dan 102 fungus untuk untuk setiap gram sampel. Menurut WHO, bahan herba mestilah bebas daripada kontaminasi Salmonella.
contaminationkontaminasiBioteknologiTiadaKewujudan benda atau organisma asing dalam sampel atau kultur. Misalnya, kontaminasi kimia akan menimbulkan masalah perencatan metabolisme atau pertumbuhan sel. Kontaminasi makanan oleh mikroorganisma pula dapat menyebabkan penyakit. Manakala kontaminasi kultur fermentasi akan memberi hasil yang rendah dan mengandungi bahan-bahan sampingan yang toksik serta berbahaya.
radioactive contaminationkontaminasi radioaktifHerbaTiadaPencemaran bahan isotop radioaktif seperti strontium-90, iodin-131, caesium-134, caesium-137 dan plutonium-239 yang terkandung dalam herba. Kontaminasi radioaktif boleh berlaku apabila herba terdedah kepada kemalangan nuklear, herba ditanam di kawasan tanah dan air yang tercemar dengan bahan radio isotop dan semasa herba disteril secara radiasi. Penentuan kandungan radioaktif berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan kontaminasi radioaktif dalam bahan herba boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Kontaminasi radioaktif dikesan dengan mengukur radiasi yang dipancarkan oleh bahan radio isotop menggunakan meter radiasi seperti alat pembilang Geiger. Secara umumnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kebanyakan farmakopeia menetapkan bahawa bahan herba mestilah bebas daripada kontaminasi radioaktif.
internal contaminationkontaminasi dalamKejuruteraanTiadaKontaminasi oleh bahan radioaktif yang telah memasuki organisma.
heavy metal contaminationkontaminasi logam beratHerbaTiadaPencemaran bahan logam seperti arsenik, merkuri, plumbum, kadmium, kuprum, ferum, nikel dan zink yang terkandung dalam herba. Kontaminasi logam berat boleh berlaku disebabkan oleh pencemaran persekitaran secara sengaja atau tidak sengaja, penggunaan pestisid seperti plumbum arsenat dan penggunaan alat pemprosesan yang dibuat daripada bahan logam seperti kuprum dan besi. Penentuan kandungan logam berat berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan logam berat dalam bahan herba yang melebihi nilai piawai boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Logam berat dikesan menggunakan kaedah spektroskopi penyerapan atom. Secara umumnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengehadkan nilai plumbum dan kadmium piawai bagi bahan herba tidak melebihi 10 ppm dan 0.3 ppm masing-masing.
herbal cross-contaminationkontaminasi silang herbaHerbaTiadaPencemaran bahan mula, produk antara atau produk akhir dengan bahan mula atau produk lain semasa proses pengilangan herba. Kontaminasi ini boleh berlaku akibat kecuaian pengendalian semasa penyampelan, penimbangan, pencampuran dan pemprosesan.
contaminationkontaminasi/pencemaranHerbaTiadaKemasukan bahan tak dikehendaki seperti mikroorganisma, residu pestisid, logam berat, bahan radioaktif atau aflatoksin ke dalam bahan mentah atau sediaan herba secara tidak sengaja. Kontaminasi boleh berlaku pada bahan pemula atau bahan perantaraan semasa proses pengeluaran, pensampelan, pembungkusan atau pembungkusan ulang, penstoran atau pengangkutan. Produk yang terkontaminasi akan hilang nilai kualiti dan tidak selamat untuk digunakan.
contaminationkontaminasiFizikTiadaTiada
contaminationkontaminasiKimiaTiadaTiada
contaminationkontaminasiPertanianTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas