Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.tan] | کونتن

Definisi : IB 1. tidak bertangguh (bkn bayaran), tunai: tuan-tuan toko telah percaya utk memberikan barang-barang kepadanya utk dijual walaupun dgn bayaran yg tidak ~; membayar ~ membayar tunai; 2. bp dgn serta-merta, segera (menjawab dll); ~ keras pd saat itu juga (dijawab, dibalas, dsb); kontan-kontanan bp pd ketika itu juga; mengontan 1. membayar tunai; 2. bp menjawab (membalas dll) dgn segera (tidak ber­tangguh-tangguh atau berfikir-fikir dahulu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.tan] | کونتن

Definisi : tidak bertangguh (bkn bayaran); tunai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kontan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Cash cropsTanaman kontanPertanianAgronomi

Jenis tanaman yang diusahakan untuk mendapat pulangan melalui penjualan hasil tanaman kepada pihak luar, sama ada di pasaran tempatan atau untuk dieksport. Istilah ini digunakan untuk membezakan dengan tanaman yang diusahakan untuk memenuhi keperluan sendiri sebagai makanan atau keperluan haiwan yang diternak oleh pengusaha. Kebanyakan pertanian moden mengusahakan tanaman kontan dan hanya sedikit yang menghasilkan tanaman untuk saradiri.

cash croptanaman kontanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
cash croptanaman kontanPerhutananTiadaTiada
cash croptanaman kontanGeografiTiadaTiada
cash croptanaman kontanPertanianTiadaTiada
cash croptanaman kontanPertanianTiadaTiada
cash croptanaman kontanSejarahTiadaTanaman tertentu yang ditanam secara besar-besaran khusus untuk dijual atau dieksport.
row cropstanaman barisanPertanianAgroteknologiTanaman kontan yang ditanam secara dalam barisan dengan jarak tertentu bagi memudahkan operasi ladang menggunakan jentera, seperti penggemburan tanah dan pengawalan rumpai. Biasanya, tanaman ini ditanam di atas batas. Contoh tanaman berbaris termasuk jagung, keledek, ubi kayu, kacang soya dan sengkuang.
agroindustryagroindustriBiologiEkologiPerusahaan pertanian, misalnya penanaman pokok koko sebagai tanaman kontan di ladang kelapa sawit untuk meningkatkan pendapatan petani.
histosolhistosolPertanianAgroteknologiTanah yang mengandungi bahan organik yang tinggi, iaitu antara 40 hingga 80 sentimeter kedalaman. Tanah ini mempunyai 12 hingga 18 peratus kandungan organan karbon organik mengikut berat, bergantung pada kandungan liat tanah. Kawasan tanah ini termasuklah tanah gambut. Jenis tanah gambut sesuai ditanam dengan nanas atau tanaman kontan tetapi kurang sesuai untuk tanaman kelapa sawit kerana mudah tumbang atau rebah disebabkan pengakaran yang kurang dan tidak mendalam.
12

Kembali ke atas