new historicism | persejarahan baru | Kesusasteraan | Tiada | Kajian sastera yang berfahaman bahawa karya sastera yang diberi makna baharu berdasarkan interpretasi dua konteks, iaitu konteks sejarah pengarang dan konteks zaman yang dikritik. |
context of implementation | konteks pelaksanaan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Skop, aspek atau pendekatan yang digunakan oleh sesebuah organisasi untuk melaksanakan dan menjayakan projek atau program. Konteks pelaksanaan merangkumi tindakan menyeluruh bermula dari peringkat perancangan sehinggalah ke peringkat pemantauan bagi menilai dan mengenal pasti kejayaan sesuatu projek atau program yang dibuat. Konteks pelaksanaan juga berfungsi sebagai garis panduan terhadap sistem pengurusan dan pentadbiran organisasi. Contohnya, konteks pelaksanaan sesebuah projek mega mungkin akan dipecahkan kepada beberapa fasa tertentu bagi memastikan setiap aktiviti dapat memenuhi matlamat dan justifikasi yang ditetapkan. |
homonym | homonim | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan yang sama dari segi bentuk dan ejaannya, namun apabila digunakan dalam sesuatu baris sesebuah puisi maknanya berbeza. Contohnya, kata bisa dalam konteks racun atau kesan disengat oleh ikan sembilang dengan kata bisa dalam konteks boleh atau dapat. Ataupun kata buku dalam konteks kitab dengan kata buku dalam konteks ruas tebu. |
decontexualised language | bahasa luar konteks | Pendidikan | Tiada | Bahasa yang digunakan untuk merujuk kejadian dahulu atau masa akan datang pada perkara abstrak ataupun perkara-perkara di luar konteks pengucap. |
indeterminacy | ketidaktetapan | Kesusasteraan | Tiada | Ketidakstabilan makna dalam teks sastera. Hal ini berlainan dengan pegangan tradisi lama yang begitu yakin bahawa makna wujud dalam teks dan dijana oleh konteks. Menurut persepsi baharu ini, konteks dianggap sebagai keadaan yang mencipta tekstualiti dan sesuatu yang telah dibuktikan tidak stabil. Oleh itu, konteks tidak boleh digunakan sebagai petunjuk makna yang mutlak dalam sesebuah teks. Istilah ketidaktetapan muncul daripada kritikan pascastruktural. |
transfer of learning | pemindahan pembelajaran | Pendidikan | Tiada | Pembelajaran dalam sesuatu situasi atau konteks yang boleh digunakan dalam situasi atau konteks yang berlainan. |
historical criticism | kritikan historis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah menganalisis teks dengan melihat sesebuah karya sastera dalam konteks zaman penulisannya. Kaedah ini menstrukturkan kembali iklim pemikiran, ideologi, sistem nilai serta konvensi sosial dan sastera yang menjadi konteks penulis. Kaedah ini bertujuan memungkinkan karya pelbagai zaman menjadi lebih mudah dicapai oleh pembaca moden yang kelak akan lebih menghayati karya tersebut. Tujuan lain adalah untuk melihat karya sebagai artifak sejarah yang mencermintkan ciri-ciri zamannya. Lihat juga historisisme baru. |
exact division | pembahagian tepat | Matematik | Tiada | Pembahagian yang tidak menghasilkan baki, iaitu dengan bakinya 0. Dalam konteks nombor bulat, 9 tidak dapat dibahagikan tepat dengan 2 sebab hasil bahagi ialah 4 dan baki 1. Dalam konteks nombor nisbah pula, hasil membahagikan 9 dengan 2 ialah . |
archaelogical context | konteks arkeologi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Keadaan fizikal tapak arkeologi, lingkungannya dan budaya yang berhubungan dengan data artifak, ekofak dan fitur yang dianalisis dan dibuat interpretasi dengan kaedah arkeologi. Di tapak Pangkalan Bujang, ditemui jumpaan pelbagai seramik asing seperti biru-putih, Tang, Yuan, seramik Parsi serta struktur bangunan bersama pecahan tembikar tanah, relikuari dan arca. Dari sudut konteks arkeologi, bahan ini memperjelaskan perkembangan candi dan keagamaan Hindu atau Buddha secara bersama melalui perdagangan. |
analogy | analogi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Perbandingan data arkeologi yang sama dengan jumpaan di tapak lain untuk mengetahui fungsi, pentarikhan dan konteks budayanya. Perbandingan susunan data arkeologi antara petak ekskavasi boleh diuji berdasarkan konteks budaya. Contohnya, pisau tembeling yang dijumpai di Hulu Tembeling (Pahang) dibandingkan dengan Jenderam Hilir (Selangor). Sinonim bandingan. |