Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.ték.stual] | کونتيکستوال

Definisi : (kontékstual) berkaitan dgn atau menurut konteks: penyelidikan sastera dr segi ~ dapat merencanakan perkembangan sastera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kontekstual


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
contextual datadata kontekstualArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPengamatan yang dilakukan terhadap data arkeologi berdasarkan konsep ruang dan masa. Kepentingan data ini untuk melihat hubungan artifak dalam bentuk tunggal dan/atau pelbagai sama ada daripada satu spit, petak penggalian, lapisan tanah dan/atau pengamatan lingkungan. Kajian ini melibatkan pengamatan esosiasi dan himpunan artifak secara menegak dan mendatar, sehingga data konstekstual artifak tersebut berkembang secara tempatan atau dipengaruhi oleh unsur luaran seperti perdagangan atau perpindahan teknologi. Contohnya, penemuan tembikar kaki tiga di Semenanjung Malaysia dan di Thailand.
contextual family structurestruktur keluarga kontekstualKejururawatanTiadaDimensi keluarga yang merangkumi etnik, bangsa, kelas sosial, agama, adat dan persekitarannya.
autotelicautotelikKesusasteraanTiadaKarya sastera yang tiada makna kontekstual dan tiada matlamat di luar teks.
seriationseriasiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSusunan artifak mengikut bentuk, hiasan, material, kontekstual dan atribut lain untuk tujuan analisis statistik. Analisis ini digunakan untuk melihat perkembangan dan perubahan atribut pada sekumpulan artifak mengikut kronologi, tempat, cita rasa pengguna dan artisan. Analisis ini juga boleh berasaskan ilustrasi dan lukisan yang terperinci dan lengkap. Sinonim penderetan.
ceramic analysisanalisis seramikArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah analisis khusus terhadap seramik yang dibahagikan kepada 5 kaedah. 1) Analisis kualitatif yang terdiri daripada analisis ukuran lebar, tinggi, tebal, teknologi pembuatan, suhu pembakaran, atribut, warna dan hiasan. 2), Analisis kontekstual, perkaitan jumpaan dengan persekitarannya. 3) Analisis kimia untuk mengetahui komposisi bahan komposisi bahan 4) Analisis mineral untuk mengetahui kandungan mineral dan batuan, dan 5) Analisis radiografi untuk mengetahui struktur bahan.
artifactual stratigraphystratigrafi artifakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKedudukan artifak yang ditemui pada lapisan tanah dalam petak ekskavasi. Kedudukan ini dapat diketahui dengan mengambil ukuran kedudukan artifak dan dilukis secara keratan rentas. Melalui lukisan ini, taburan artifak, kekerapan penggunaan sesuatu artifak, kontekstual antara artifak dan kronologi perkembangan teknologi serta hubungan budaya dapat di kenal pasti.
literary criticismkritikan sasteraKesusasteraanTiadaKaedah kritikan atau cabang pengajian yang berkaitan dengan hal-hal mendefinisi, mengklasifikasi, menghuraikan dan menilai karya kesusasteraan. Kritikan ini biasanya terbahagi kepada dua bahagian bahagian utama, iaitu kritikan amali dan kritikan teoritis. Kritikan amali memberikan tumpuan pada tkes semata-mata tanpa merujuk faktor luaran, ekstrinsik atau kontekstual, iaitu sejarah, keadaan sosial, biografi pengarang dan sebagainya. Tumpuan kritikan ini adalah pada unsur dalaman atau intrinsik teks, iaitu tema, plot, imejan dan ciri-ciri teks formal yang lain. Bentuk kritikan amali memberikan penekanan pada asktek tekstual dan menghasilkan ungkapan seperti �yang tertera di muka surat�, �bacaan teliti�, dan analisis teks. Antara pengkritik yang menonjolkan kaedah kritikan ini ialah Richards dan Cleanth Brooks. Kritikan amali dikenali juga sebagai kritikan terapan. Kritikan teoritis (teoritikal) pula merumuskan prinsip yang asasi untuk menentukan perbezaan antara bidang kesusasteraan dengan disiplin lain. Kritikan ini berperanan sebagai �kayu pengukur� bagi menentukan mutu sastera. Kedua-dua bidang kritikan di atas memanfaatkan teori kritikan, sama ada secara implisit atu eksplisit. Teori kritikan menyediakan kerangka untuk membaca dang menganalisis teks. Antara teori kritikan ialah Marxisme, feminisme, historisisme baru, pascastrukturalisme dan lain-lain. Kritikan berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �penghakiman�. Lihat juga historisme baru, kritikan Marxis, kritikan pascastrukturalis.

Kembali ke atas