Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.trak.tor] | کونترکتور

Definisi : orang atau syarikat yg mengikat kontrak utk menjalankan sesuatu perkhid­matan, membekalkan bahan atau buruh, dsb terutamanya utk kerja pembinaan: hanya ~ yg berdaftar sahaja yg dibenarkan membuat tawaran utk mendirikan bangunan kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.trak.tor] | کونترکتور

Definisi : orang atau syarikat yg mengurus sesuatu (spt mendirikan bangunan, membekalkan makanan) dgn ikatan perjanjian: Hanya ~ yg berdaftar saja yg dibenarkan membuat tawaran utk mendirikan bangunan kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kontraktor (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pembekal, pemborong, jurubina, pengilang.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan selamat pagi, saya ingin bertanya sama ada ejaan bagi "subkontraktor"@"sub-kontraktor"@"sub kontraktor"? sila bantu saya dengan kadar yang segera! terima kasih PN.MAIZAEjaan yang betul ialah subkontraktor.Ejaan21.06.2007
PEJABAT KONTRAKTOR PEMBERSIHAN



untuk pengesahan iklan sila layari laman web
http://dbpsahbahasa.my/

Lain-lain05.06.2017
PEJABAT URUSAN KONTRAKTOR MARIN, SIVIL DAN ELEKTRIK. DIMILIKI OLEH BENCHMARK MARINE SDN. BHD. (805493-A)Sila kemukakan permohonan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. Klik menu 'e-Perkhidmatan' dan kemudian klik 'Khidmat Pengesahan Bahasa DBP'. Skrin 'Daftar Masuk' akan dipaparkan. Sila daftar terlebih dahulu  dan semak e-mel untuk mendapatkan 'Kod Pengaktifan'. Klik menu 'Permohonan' untuk menghantar permohonan.Lain-lain14.09.2011
Pejabat ini sentiasa berkomunikasi dengan pihak luar khususnya kontraktor dan juruperunding bagi melaksanakan projek. Malangnya sesetengah kontraktor ingkar menggunakan bahasa kebangsaan dalam surat rasmi mereka kepada Jabatan. Apakah tindakan yang boleh diambil dan wujudkah sebarang peruntukan untuk mewajibkan mereka menggunakan bahasa kebangsaan dalam setiap surat menyurat?Dalam  Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967  (Akta 32) melalui Seksyen 5, 6, 7 dan 8. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara manakala bahasa rasmi ialah bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan sehari-hari negara. Sesuatu bahasa itu tidak boleh dianggap bahasa rasmi hanya kerana terdapat undang-undang dan peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan taraf tersebut. Sesungguhnya bahasa itu sendiri haruslah dapat berfungsi sebagai bahasa rasmi apabila memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:
  • Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara;
  • Sebagai media segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan kerajaan;
  • Digunakan dalam semua rekod kerajaan;
  • Sebagai media untuk menulis semua undang-undang dan peraturan negara; dan
  • Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.

Sebagai Bahasa kebangsaan yang digunakan dalam semua rekod kerajaan, sewajarnyalah semua urusan dengan pejabat kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan. Walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk mengatasi sikap pelanggan seperti yang saudara hadapi, pemakaian Akta Bahasa Kebangsaan adalah kepada semua warganegara Malaysia.

Lain-lain30.09.2010
Adakah ayat di bawah betul? Jika salah, tolong betulkan. 1) Kontraktor ingin membentuk sebuah hotel lima bintang di tengah bandar TerengganuAyat yang betul ialah:  Kontraktor ingin membina sebuah hotel lima bintang di tengah bandar Terengganu.Tatabahasa07.07.2022
Bolehkah perkataan HANYA dan SAHAJA berada dalam satu ayat. Sebagai contoh : Bagaimanapun, bayaran pendahuluan ini HANYA dibenarkan kepada kontraktor kerja tempatan SAHAJA dan tidak terpakai kepada kontraktor pusat, kontrak yang dibuat secara berpusat oleh mana-mana agensi Kerajaan dan perkhidmatan perunding. Pada pandangan Ketua Pejabat saya, ia tidak boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama.Pandangan Ketua pejabat tuan adalah betul. Perkataan hanya dan sahaja tidak boleh digunakan dalam satu ayat. Dalam satu ayat yang baik, penggunaan 'hanya' dan 'sahaja' tidak disekalikan. Sekiranya menggunakan 'hanya', tidak disusuli dengan 'sahaja'  kerana dianggap lewah.Tatabahasa27.02.2014
Soalan 1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :- 2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini. 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 4) Goreng pisang / pisang goreng 5) Sos tomato / tomato sos 6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin 7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan Rujuk 7 soalan di atas, mana satu perkataan yang betul dan sesuai. Terima kasih.1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :
Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Antaranya ialah ...

2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini.
Tuan-tuan dijemput hadir dalam mesyuarat ini.

 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 
 Hal-hal lain berkaitan

4) Goreng pisang / pisang goreng
pisang goreng

5) Sos tomato / tomato sos
Sos tomato

6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin
Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.


7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan
Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.


Tatabahasa23.04.2013
Mengapakah dalam ayat "Kontraktor Sivil, Mekanikal, Elektrikal dan Pemaju Perumahan", perlu menukar perkataan Elektrikal kepada Elektrik? Saya merujuk perkataan Elektrikal kepada Electrical Contractor dalam bahasa Inggeris.Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk "electrical" ialah elektrik. Tidak ada perkataan "elektrikal" dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah yang betul ialah Kontraktor Elektrik.Istilah25.08.2016
Mohon bantuan untuk memberi definasi 'kontraktor yang dinamakan' atau 'Nominated sub contractor (NSC)' ayat tersebut biasanya digunakan untuk kontrak atau surat perjanjian jabatan kerajaan (teknikal) sebagai contoh Syarikat yang dilantik oleh Jabatan Kerajaan menamakan syarikat lain sebagai 'NSC'Istilah yang dikemukakan tidak ada dalam pangkalan data DBP.Makna24.06.2016
Terima Kasih. Frasa "Master Builders" yang kami ingin sampaikan membawa maksud yang berikut - "master" bermaksud pekerja mahir (seperti dalam kamus dwibahasa) dan "builders" bermaksud Kontraktor/ Pembina (Master Builders - Mahir dalam bidang pembinaan) Soalan : 1. Apakah cadangan tuan? 2. Adakah cadangan berikut boleh diterima "Persatuan Pembina-Pembina Malaysia" dan ia tepat pada maknanya? Nota: Sekiranya boleh, kami ingin mengelak daripada menggunakan perkataan "Kontraktor" kerana terdapat persatuan lain yang menggunakan perkataan tersebut. TK

1. Perkataan yang dikemukakan adalah betul maknanya.

2. Cadangan kami : Persatuan Jurubina Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain08.01.2009
12

Kembali ke atas