Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.vén.sio.nal] | کونۏينسيونل

Definisi : (konvénsional) 1. berdasarkan konvensi, mengikut atau sebagaimana yg ditentukan oleh konvensi, sebagaimana kebiasaannya: cerpen yg bersifat ~; 2. tidak melibatkan penggunaan tenaga nuklear, kimia, biologi dsb (bkn peperangan, senjata dsb): senjata ~; peperangan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.vén.sio.nal] | کونۏينسيونل

Definisi : /konvénsional/ 1 berdasarkan yg biasa dilakukan atau diamalkan; mengikut atau sebagaimana yg ditentukan oleh konvensi: cerpen yg bersifat ~. 2 tidak melibatkan penggunaan tenaga nuklear, kimia, biologi dsb (bkn peperangan, senjata dsb): senjata ~; peperangan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konvensional


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definisi perbankan,definisi konvensional dan definisi perbankan konvensional menurut kamus dewan bahasa dan pustakaPerbankan bermaksud aktiviti atau hal yg berkaitan dgn bank atau urus niaga bank, konvensional bermaksud  berdasarkan yang biasa dilakukan atau diamalkan, manakala perbankan konvensional merujuk kepada urus niaga bank berdasarkan amalan biasa. Di Malaysia lazimnya merujuk kepada bukan sistem perbankan Islam.Makna22.11.2010
Manakah anatara berikut jawapan yang betul? a. Pra-konvensional b. Pra konvensional atau ada jawapan lain.

Ejaan yang betul ialah "Prakonvensional".

Ejaan22.11.2023
maksud bagi konvensional?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat konvensional bermaksud berdasarkan konvensi , mengikut atau sebagaimana yang ditentukan oleh konvensi, sebagaimana kebiasaan. Makna08.02.2008
Apakah maksud reka bentuk konvensional?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, reka bentuk bermaksud rancangan (corak, bentuk, dan sebagainya) yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan dan sebagainya). Konvensional pula bermaksud berdasarkan konvensi, mengikut atau sebagaimana yang ditentukan oleh konvensi atau sebagaimana kebiasaannya 2. tidak melibatkan penggunaan tenaga nuklear, kimia, biologi dan sebagainya (berkenaan dengan peperangan, senjata dan sebagainya).

Oleh itu, reka bentuk konvensional merujuk “rancangan, struktur atau binaan berdasarkan amalan biasa”.
Makna16.12.2021
Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan konvensional sebagai pengangkutan awam.Adakah ayat ini mempunyai kesalahan bahasa?Jika ada, mengapakah itu adalah salah.Ayat yang betul ialah “Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan konvensional sebagai pengangkutan awam.” Frasa “kenderaan yang moden” kurang tepat kerana pasangan kata dalam ayat tersebut ialah kenderaan konvensionalTatabahasa09.12.2021
Mengapakah kenderaan yang moden yang salah? Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan konvensional sebagai pengangkutan awam.

Ayat yang betul ialah “Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan konvensional sebagai pengangkutan awam.” Frasa “kenderaan yang moden” kurang tepat kerana pasangan kata dalam ayat tersebut ialah kenderaan konvensional


Tatabahasa13.10.2021
Assalamualaikum. Setelah mengadakan perbincangan dengan pakar kewangan dalam kumpulan telegram Lariba, mereka mempersoalkan perkataan 'pinjaman' dan 'pembiayaan'. Dakwa mereka bahawa perkataan pinjaman digunakan untuk perbankan konvensional untuk memberi ansuran terhadap pinjaman. Sementara, pembiayaan digunakan untuk perbankan Islam untuk memberi ansuran pinjaman berasaskan syariah. Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai ketepatan istilah ini. Sekian terima kasih.Perkataan "Pinjaman" ialah  padanam daripada  "loan'" yang bermaksud  pinjaman dalam bentuk wang tunai. Pihak institusi kewangan memberi pinjaman  sejumlah wang tunai dan pihak peminjam perlu membayar balik  secara ansuran.  Manakala "pembiayaan"  pula padanannya "financing"  ialah pinjaman bukan  bentuk tunai  tetapi untuk pembelian aset contohnya rumah dan kereta dan peminjam juga akan membayar secara ansuran. Terpulang kepada pihak bank untuk   membezakannya terma "pinjaman" dan "pembiayaan" tersebut untuk kaedah konvensional atau islamik.Istilah07.08.2019
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk istilah "takaful contribution" (padanan istilah kewangan Islam untuk istilah kewangan konvensional "insurance premium")? Adakah "sumbangan takaful" atau "caruman takaful"? Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

takaful contribution - sumbangan takaful


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain28.06.2021
Mohon pengesahan samada penggunaan ayat Kempen Penggunaan Plastik Secara Mampan adalah tepat bagi tujuan kempen kesedaran masyarakat untuk mengurangkan penggunaan plastik konvensional dan menggalakkan penggunaan bahan alternatif lain seperti plastik bio-degeredable,beg kitar semula,kertas dan lain-lain dalam aktiviti harian.Perkataan mampan lazimnya digunakan dalam konteks ekonomi dan pembangunan. Kami cadangkan slogan tersebut diubah menjadi Kempen Tidak Menggunakan Plastik, bermakna pengguna harus mengurangkan dan kemudian tidak menggunakan plastik dalam urusan harian.Tatabahasa01.08.2012
Apakah kaedah penerbitan yang digunakan oleh DBP dari segi bidang penerbitan, kos bayaran penulisan? Ada skala tertentu dalam menentukan bayaran berkenaan?DBP menerbitkan manuskrip yang dirancang dan yang tidak dirancang berpaksikan Dasar Penerbitan DBP. Manuskrip ini boleh diterbitkan secara konvensional (bercetak) dan elektronik bergantung pada kesesuaian. Bagi manuskrip yang dirancang, penulis akan diberi insentif penulisan sebanyak RM1,000.00 setelah manuskrip itu siap ditulis dan diluluskan untuk diterbitkan oleh DBP.Lain-lain25.11.2008
12

Kembali ke atas