Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.vén.syen] | کونۏينشن

Definisi : (konvénsyen) 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb); berkonvensyen menyertai atau menghadiri konvensyen: berita gembira itu diterima ketika saya sedang ~ di Kuala Lumpur; mengkonvensyenkan membincangkan atau membahaskan sesuatu perkara, isu dsb dlm konvensyen: soal kelemahan prestasi akademik pelajar Melayu itu perlu dipandang serius dan dikonvensyenkan segera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.vén.syen] | کونۏينشن

Definisi : /konvénsyen/ persidangan atau perjumpaan anggota atau wakil pertubuhan politik dll utk membincangkan sesuatu. berkonvensyen menyertai atau menghadiri konvensyen: Berita itu diterimanya ketika sedang ~ di Pulau Langkawi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konvensyen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SALAM. ISTILAH YANG BETUL UNTUK MINI CONVENTION BAGI TERJEMAHAN DALAM BAHASA MELAYU.. MINI KONVENSYEN ATAU KONVENSYEN MINI.Terjemahan yang betul ialah Konvensyen Mini.Penyemakan dan penterjemahan11.08.2016
konvensyenTidak ada soalan yang dikemukakan. Walau bagaimanapun jika makna perkataan ini yang diperlukan , maknanya ialah persidangan ahli pertubuhan politik(perniagaan dll) untuk membincangkan sesuatu perkara. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.    Lain-lain20.01.2009
APAKAH MAKSUD KONVENSYEN BELIA DAN BAGAIMANA HENDAKLAH MENGANJURKAN SESUATU KONVENSYEN.ADAKAH SAMA DENGAN FORUM ATAU DIALOGKonvensyen belia ialah satu persidangan yang diadakan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan belia dan melibatkan pembentangan kertas kerja. Persediaan untuk menganjurkannya sama juga dengan persediaan untuk menganjurkan forum atau dialog. Forum dan dialog biasanya tidak melibatkan pembentangan kertas kerja.Lain-lain26.09.2008
Mohon semak susunan dan ejaan yang betul dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris bagi perkataan nama bangunan : Pusat Konvensyen CIDB Sarawak atau Pusat Konvensyen CIDB Negeri Sarawak? Kalau dalam bahasa Inggeris bagaimana?Kedua-dua penamaan bangunan tersebut adalah betul penggunaannya. Walau bagaimanapun, penggunaan penamaan seperti PUSAT KONVENSYEN CIDB SARAWAK lebih kerap digunakan.Lain-lain26.04.2018
Apakah beza ayat berikut? ; 1) konvensyen kebangsaan sukarelawan 2) kovensyen sukarelawan kebangsaan Yang manakah paling tepat penggunaan??Frasa yang betul ialah konvensyen sukarelawan kebangsaan.Tatabahasa11.10.2016
Saya ingin tahu perbezaan definasi perkataan persidangan, konvensyen dan seminar. Adakah perkataan ini digunakan berdasar jumlah saiz penyertaan ? Sekian, terima kasih.

 

 Encik Rosli terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

 

Konvensyen - Perjumpaan yang diwakili oleh berbagai-bagai negara untuk membincangkan masalah antarabangsa dan menentukan dasar umum seperti Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu. (SEJ)

persidangan  - ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb);

séminar - perjumpaan utk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu: pd tahun lepas, ia telah pergi menghadiri ~ utk membincangkan kedudukan

Makna18.11.2009
Mohon tuan/puan nyatakan yang mana satukah sebutan yang betul bagi pernyataan berikut, sebagai contoh. Malaysia telah menandatangani 1. Konvensyen PBB, atau 2. Deklarasi PBB, atau 3. Artikel PBB. Terima kasih.Selamat petang

1.  Konvensyen  bermaksud persidangan atau perjumpaan anggota atau wakil pertubuhan politik dll utk membincangkan sesuatu.
2. Deklarasi bermaksud pernyataan (pengumuman) rasmi.
3. Artikel bermaksud 1. bahagian atau fasal drpd sesuatu undang-undang. 2. karangan atau tulisan ttg sesuatu perkara yg disiarkan dlm akhbar dsb; makalah.

Oleh itu, pernyataan yang betul ialah Deklarasi PBB.
Lain-lain26.09.2016
maksud persatuan , pusat konvensyen , pusat persidangan , perancang mesyuarat korporat , perancang mesyuarat bebas , tour operator , pameran perdagangan dan eksposisi ,penaja pameran perdagangan dan kontarktor perkhidmatan dalam maksud pelanconganMaksud persatuan ialah 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata. Konvensyen ialah 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb). Maklumat selanjutnya, Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna11.02.2007
Berikut adalah tema konvensyen yang akan kami adakan. Mohon untuk menyemak tema mengikut bahasa melayu yang betul. a. Inovasi Kreatif Menjana Transformasi. ( ayat macam tergantung?) b. Inovasi Kreatif Penjana Transformasi.( inovasi kreatif menjadi subjek) c. Inovatif Penjana Transformasi(inovasi+ kreatif = inovatif?) D. Lain cadangan dari pihak tuan jika ada.Tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu wacana. Tema boleh dihasilkan dalam bentuk ayat atau frasa. Pada pandangan kami, tema  'Inovasi Kreatif Menjana Transformasi' dan 'Inovasi Kreatif Penjana Transformasi', kedua-duanya adalah betul.Tatabahasa12.04.2011
Apakah tepat penggunaan ayat berikut; Konvensyen kebangsaan sukarelawan IPT

Menurut data kami, ayat tersebut betul.
Lain-lain10.10.2016
123

Kembali ke atas