Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.voi] | کونۏوي

Definisi : 1. sekumpulan kapal perang yg meng­iringi kapal-kapal lain utk melindunginya drpd serangan: senjata-senjata ~ menembak ke langit menentang serangan kapal-kapal terbang musuh; 2. kumpulan kapal per­dagangan dll yg dilindungi kapal lain: beberapa buah kapal drpd ~ tersebut telah ditenggelamkan; 3. sekumpulan kenderaan darat yg berjalan bersama-sama; berkonvoi berjalan bersama-sama, beriring-­iringan atau bersaingan dgn menaiki sekum­pulan kereta, motosikal dsb: hari kedua perjalanan rombongan secara ~ memulakan perjalanan selepas bersarapan pagi; lima buah bas ~ membawa para penyokong pasukan bola sepak negeri itu ke stadium pd petang ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.voi] | کونۏوي

Definisi : 1 sekumpulan kapal perang yg mengiringi kapal-kapal lain utk melindunginya drpd serangan. 2 sekumpulan kenderaan darat (kereta, motosikal dsb) yg berjalan atau bergerak bersama-sama: Sempena kempen itu, beliau melepaskan ~ sekumpulan penunggang motosikal yg turut disertai pengiring. berkonvoi berjalan atau bergerak bersama-sama atau beriring-iringan: 70 kenderaan pacuan empat roda ~ ke Jalan Segamat-Labis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konvoi


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Konvoi Dari SempadanOthman PutehDewan Pelajar1 May 1976
Konvoi Jet Ski Batang BaramRusilawati KamarudinDewan Budaya1 December 2002

Kembali ke atas