Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.voi] | کونۏوي

Definisi : 1. sekumpulan kapal perang yg meng­iringi kapal-kapal lain utk melindunginya drpd serangan: senjata-senjata ~ menembak ke langit menentang serangan kapal-kapal terbang musuh; 2. kumpulan kapal per­dagangan dll yg dilindungi kapal lain: beberapa buah kapal drpd ~ tersebut telah ditenggelamkan; 3. sekumpulan kenderaan darat yg berjalan bersama-sama; berkonvoi berjalan bersama-sama, beriring-­iringan atau bersaingan dgn menaiki sekum­pulan kereta, motosikal dsb: hari kedua perjalanan rombongan secara ~ memulakan perjalanan selepas bersarapan pagi; lima buah bas ~ membawa para penyokong pasukan bola sepak negeri itu ke stadium pd petang ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.voi] | کونۏوي

Definisi : 1 sekumpulan kapal perang yg mengiringi kapal-kapal lain utk melindunginya drpd serangan. 2 sekumpulan kenderaan darat (kereta, motosikal dsb) yg berjalan atau bergerak bersama-sama: Sempena kempen itu, beliau melepaskan ~ sekumpulan penunggang motosikal yg turut disertai pengiring. berkonvoi berjalan atau bergerak bersama-sama atau beriring-iringan: 70 kenderaan pacuan empat roda ~ ke Jalan Segamat-Labis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konvoi


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Konvoi Cintai Bahasa 2012Dewan Bahasa dan PustakaTiada2012 
Pelepasan Konvoi Kembara BahasaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Pelepasan Konvoi Kembara Bahasa BBSN 2007Pusat Dokumentasi MelayuTiada2007 
Perasmian dan Pelepasan Konvoi Kembara Bahasa Laluan Timur 2003Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah TimurTiada2003 

Kembali ke atas