Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.vo.ké.syen] | کونۏوکيشن

Definisi : (konvokésyen) perhimpunan di universiti utk upacara penyampaian ijazah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.vo.ké.syen] | کونۏوکيشن

Definisi : /konvokésyen/ perhimpunan atau majlis yg diadakan sempena upacara penyampaian ijazah di universiti dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konvokesyen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ayat yang sesuai bagi pembahagian hari Konvokesyen samada Bahagian atau Sidang? contoh : Bahagian 1, Konvokesyen UM - Canselor Bahagian 2, Konvokesyen UM - Pro Canselor atau Sidang 1, Konvokesyen UM - Canselor Sidang 2, Konvokesyen UM - Pro CanselorBahagian, Sesi dan Sidang, semuanya boleh digunakan namun lazimnya IPT menggunakan perkataan sidang.Tatabahasa30.04.2015
Bolehkah majlis untuk penyampaian sijil diploma atau yang setaraf dengannya dinamakan majlis konvokesyen atau majlis graduasi?Majlis penyampaian sijil diploma tidak boleh dinamakan sebagai majlis konvokesyen kerana konvokesyen untuk ijazah sahaja.Lain-lain14.06.2015
Kami ingin menerbitkan buku berkaitan alat-alat konvokesyen seperti jubah canselor, jubah graduan, cokmar dan lain-lain. Manakah tajuk yang sesuai, (1) Buku Peralatan Istiadat Konvokesyen atau (2) Buku Kelengkapan Istiadat Konvokesyen. Terima kasih.Judul yang lebih sesuai ialah "Buku Kelengkapan Istiadat Konvokesyen"Karya02.11.2016
Mohon semakan bahasa bagi tujuan pengiklanan di Media Digital Majlis Daerah Tanjong Malim bagi Istiadat Konvokesyen Politeknik Sultan Azlan Shah. Terima kasihTuan/Puan,

Visual yang dilampirkan telah disemakan dan terdapat beberapa kesilapan yang perlu dibaiki, iaitu:

1. Selaraskan penggunaan huruf kecil dan besar bagi perkataan Istiadat dan Konvokesyen, iaitu Istiadat Konvokesyen ISTIADAT KONVOKESYEN
2. Betulkan kedudukan KE-16 atau Ke-16
3. Pastikan setiap perkataan mempunyai jarak
4. Lampirkan visual yang jelas dan terang

NOTA: Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasawww.dbpsahbahasa.my. Selepas disahkan, tuan/puan boleh membawa visual tersebut kepada pihak PBT.
Lain-lain20.09.2018
Tajuk yang mana betul, 1. Istiadat Konvokesyen UiTM ke-81, atau 2. Istiadat Konvokesyen ke-81 UiTM Mohon pencerahan.Frasa yang betul ialah "Istiadat Konvokesyen UiTM ke-81".Ejaan24.10.2014
Mohon semak penggunaan sebutan yang betul: 1) ISTIADAT KONVOKESYEN KE-81 UiTM atau 2) ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-81Frasa yang betul ialah ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-81Tatabahasa27.10.2014
Bolehkah saya gunakan perkataan Konvokesyen untuk majlis tamat tadika?Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, konvokesyen ditakrifkan sebagai perhimpunan di universiti untuk upacara penyampaian ijazah.
Oleh yang demikian, perkataan konvokesyen tidak sesuai digunakan untuk majlis tamat tadika. Kami mencadangkan puan menggunakan frasa Majlis Penyampaian  Sijil.
Makna26.08.2013
Majlis Konvokesyen Kali Ke-IX. Adakah ungkapan ini mengandungi kesilapan?Betul.Tatabahasa16.10.2009
Majlis Konvokesyen Ke-6Majlis Konvokesyen Ke-6Tatabahasa20.06.2011
Mohon pengesahan mana yang betul. MAJLIS KONVOKESYEN IPG KAMPUS DARUL AMAN KALI KE-19 TAHUN 2010. Soalan: Perlu tak ada kali .MAJLIS KONVOKESYEN IPG KAMPUS DARUL AMAN  KE-19 TAHUN 2010 sudah memadai.Tatabahasa22.04.2010
1234

Kembali ke atas