Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.or.di.nat] | کوءوردينت

Definisi : satu drpd dua magnitud atau lebih yg digunakan utk menentukan kedudukan sesuatu titik (garisan, kelok atau satah); pusat ~ pusat punca koordinat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.or.di.nat] | کوءوردينت

Definisi : ist pasangan nombor yg menentukan kedudukan sesuatu titik pd ruang yg ukurannya diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koordinat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan bahasa Melayu untuk konsep dan istilah tagging dan geotagging yang selalu digunakan dalam media sosial? Tagging merupakan perbuatan yang selalunya dilakukan di Facebook untuk membuat kenalan melihat kiriman yang dikongsikan dengan menulis nama mereka. Geotagging pula digunakan di Instagram untuk memadankan gambar yang dimuat naik dengan lokasi (koordinat GPS) di mana gambar itu diambil.Dalam Kamus Komputer, pengetagan titik semakan (checkpoint tagging) ialah proses menandakan tempat tertentu dalam atur cara sebagai titik semakan bagi tujuan penyemakan atur cara. Berpandukan ini, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk tagging ialah "pengetagan", manakala geotagging ialah pengetagan lokasi.Istilah01.11.2018
Salam, Mohon bantuan untuk menterjemahkan ayat seperti dilampiran. terdapat draf BM dilampirkan bersekali. Terima kasih

Persiaran Perdana terletak di lebuh berhias Putrajaya. Kami berkongsi jalan yang sama dengan bangunan mercu tanda seperti Palaceof Justice (POJ), Kementerian Kewangan (MOF) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ). Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya adalah terletak di hujung jalan berhias tersebut.

Laluan ke Presint3, Putrajaya
Nota: Koordinat GPS:2.916511, 101.683260

Laluan ke lobi/pintu masuk ke tempat letak kereta bawah tanah

Tatabahasa08.05.2012
Mohon penjelasan berkenaan penggunaan bahasa ini bagi mengklasifikasikan bangunan. 1. Bangunan 2. Wisma 3. Menara 4. Kompleks
  • bangunan

    sesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama;
  • wisma

    • 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin.

    menara

    • bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berbentuk menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya perlepasan dan pendaratan kapal terbang

    kompleks

    • (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum menjadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ `aku pengarang' dan `aku wartawan'; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh
    Makna30.09.2009

    Kembali ke atas