Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.or.di.nat] | کوءوردينت

Definisi : satu drpd dua magnitud atau lebih yg digunakan utk menentukan kedudukan sesuatu titik (garisan, kelok atau satah); pusat ~ pusat punca koordinat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.or.di.nat] | کوءوردينت

Definisi : ist pasangan nombor yg menentukan kedudukan sesuatu titik pd ruang yg ukurannya diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koordinat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
holonomic systemsistem holonomikFizikMekanikSistem yang kekangan-kekangannya dapat diungkapkan dengan persamaan yang menghubungkan koordinat-koordinat asal dalam sebutan koordinat-koordinat tak bersandar dan mungkin juga masa.
equation of motionpersamaan gerakanFizikMekanik1 (Mekanik) q) Persamaan yang menentukan koordinat-koordinat zarah sebagai fungsi masa. Sebagai contoh, persamaan gerakan suatu zarah yang bergerak linear dengan pecutan seragam adalah x = Vot + � at2 (x = kedudukan, Vo = halaju awal, a = pecutan, t masa). b) Persamaan pembezaan yang boleh memberikan koordinat-koordinat zarah sebagai fungsi masa sekiranya kedudukan dan halaju asal diketahui. 2 (Mekanik bendalir) Satu daripada suatu set persamaan hidrodinamik yang mewakili penggunaan hukum kedua gerakan Newton kepada sistem bendalir. Jumlah pecutan pada setiap individu zarah bendalir disamakan dengan jumlah daya yang bertindak pada zarah dalam bendalir tersebut.
Lorentz transformationtransformasi LorentzFizikMekanikPerkaitan yang menghubungkan koordinat-koordinat ruang dan masa bagi suatu peristiwa yang dicerap daripada dua rangka Lorentz. Jiks s1 bergerak relatif terhadap s dengan halaju ? dalam arah x, maka x1 = g (x- ?t) y1 = y, z1 = z, t1 = g(t-x/c2) (x, y, x, t = koordinat kedudukan dan masa yang diukurkan oleh s dan, x1, y1, z1, t1 = koordinat kedudukan dan masa yang diukurkan oleh s1, g = (1- ?2/c2) �, c = halaju cahaya). Perkaitan ini ditunjukkan oleh Einstein (1905) sebagai hasil daripada teori kerelatifan khas.
contact teransformationtransformasi sentuhFizikMekanikTransformasi yang berlaku ke atas koordinat-koordinat dan momentum-momentum yang memperihalkan keadaan suatu sistem dinamik klasik dan membiarkan bentuk persamaan-persamaan Hamilton bagi gerakan tersebut tidak berubah. transformasi berkanun
cylindrical coordinatekoordinat silinderMatematikTiadaKoordinat ruang yang menggunakan koordinat kutub pada satu satah koordinat, yang biasanya satah x, y, dan koordinat ketiga adalah koordinat segi empat tepat yang disukat dari satah ini.
nonholonomic systemsistem tak holonomikFizikMekanikSistem zarah yang dikenai pembatasan sehingga tidak lagi dapat dihuraikan oleh koordinat-koordinat tak bersandar.
plotplot; bidangKejuruteraanTiada1. Bidang: Sebidang tanah yang telah diukur.,3. Carta atau gambaran grafik yang lain.,dengan menggunakan koordinat-koordinat.
extrinsic coordinatekoordinat ekstrinsikMekanikGunaanPerihalan bagi kedudukan jasad yang dibuat secara tak bersandaran pada laluan jasad itu. Dalam kebanyakan sistem koordina, misalnya koordinat Cartesan dan koordinat silinder, sistem koordinat ekstrinsik digunakan. Koordinat ekstrinsik dapat menentukan kedudukan jasad walaupun laluan yang diikuti oleh jasad itu tidak diketahui. Lihat juga koordinat hakiki.
Lagrange equationspersamaan LagrangeFizikMekanikSuatu set persamaan pembezaan tertib kedua bagi suatu sistem zarah yang menghubungkan tenaga kinetik, T, sistem dengan koordinat-koordinat am qi, tenaga-tenaga Qi dan masa t. Hanya ada satu persamaan bagi setiap n darjah kebebasan yang dipunyai oleh sistem tersebut: (i = 1, 2, 3, ,, n)
heterogeneous strainterikan heterogenFizikMekanikTerikan komponen-komponen sesaran bagi suatu titik di dalam jasad tidak dapat dinyatakan sebagai fungsi linear daripada koordinat-koordinat asal.
12345678910...

Kembali ke atas