Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.pa/] | کوڤق

Definisi : 1. pecah dan tanggal kerana sudah reput, diumpil dsb (bkn papan, dinding dsb): beberapa keping lantai dan dinding papan rumah itu telah ~; 2. patah dan jatuh atau terkulai (bkn dahan pokok dsb), sekah: banyak dahan pokok yg ~ akibat tiupan angin ribut yg kencang; 3. bp kehabisan wang kerana sangat banyak berbelanja dsb: ~lah aku nanti sekiranya majlis itu hendak diadakan secara besar-besaran; ~-kapik sangat buruk (kerana banyak bahagiannya yg rosak, pecah, kemik, dll): rumah di sawah itu banyak yg ~-kapik; mengopak 1. mengupas, mengobak, me­nguliti: ~ kelapa; 2. memecahkan, mengumpil hingga tercabut, merosakkan: ~ dinding rumah; terkopak terkupas, terkelopak, tercabut, ter­tanggal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.pa/] | کوڤق

Definisi : ark sj alat bunyi-bunyian; kopok I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.pa/] | کوڤق

Definisi : 1 pecah dan tanggal kerana sudah reput, diumpil dsb (bkn papan, dinding dsb): Beberapa keping lantai papan rumah buruk itu telah ~. 2 bp kehabisan wang, mis kerana telah banyak berbelanja atau berbelanja tidak mengikut kemampuan diri: Dia ~ kerana berbelanja mengikut nafsu. mengopak 1 mengumpil hingga tercabut atau tertanggal (pintu dll); memecahkan: ~ dinding rumah. 2 membuang atau menanggalkan kulit buah-buahan; mengupas; mengopek: ~ kelapa (durian). terkopak terkopek atau tertanggal kulitnya (bkn buah-buahan); terkupas. ~-kapik sangat buruk keadaannya (kerana banyak yg rosak, pecah, kemik dll): Rumah-rumah di kampung itu semuanya ~-kapik kerana lama terbiar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kopak


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
un- tuk penyakit tuberkulosis. (BIO) tight knot (buku ketat) Buku kayu yang terjadi bersama pertumbuhan kayu di sekelilingnya. Buku jenis ini terlekat teguh pada kedudukannya, tidak mudah tertanggal atau ter- kopak semasa penggergajian dan pengetaman. Buku ketat tidak mengurangi mutu dan sifat kekuatan kayu. (HUT) tight side (muka ketat) Muka sebelah luar kepingan venir semasa pengupasan kayu balak. Bahagian ini biasanya

Kembali ke atas