Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.pi] | کوڤي

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok dan bijinya yg digoreng dan dijadikan serbuk utk dibuat minuman), kahwa, Coffea spp.; ~ bubuk Id = serbuk ~ kopi yg berupa serbuk (sudah dihalus­kan); 2. = air ~ minuman drpd bancuhan kopi halus, gula dan air; ~ bujang hidangan air kopi sahaja (tidak disertai kuih-kuih); ~ espreso kopi pekat ala Itali yg disediakan dgn cara melalukan air mendidih atau wap pd biji kopi yg telah dikisar dan dihidangkan tanpa gula dan susu; ~ keras (pahit) air kopi yg pekat dan tidak bergula; ~ kosong = ~ O air kopi yg tidak bersusu; ~ O beng air kopi tidak bersusu yg dibubuhi ketul air batu; ~ segera kopi yg telah diproses dan tersedia utk dijadikan minuman dgn cepat; ~ susu air kopi bersusu; ~ tubruk Id bancuhan serbuk kopi dgn air panas sahaja; duit (wang) ~ upah (kerana pertolongan yg diberi); dapat ~ pahit (keras, tubruk) menerima teguran keras (drpd orang atasannya); mengopi bp minum kopi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.pi] | کوڤي

Definisi : ; ~ andelan sj tumbuhan (pokok), kacang kota, ketepeng hutan, Cassia occidentalis; ~ arab sj tumbuhan (herba, buahnya dijadikan sayur dan bijinya sbg pengganti kopi), kacang (sayur) bendi, kacang lendir, Hibiscus esculentus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), dada kura, kahwa hutan, lidah rusa, mempulih, mengkudu badak, pakan paya, Fagraea racemosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.pi] | کوڤي

Definisi : 1. bp salinan atau tiruan drpd yg asli atau yg pertama (bkn surat, gambar, dll): tuan dikehendaki mengirimkan ~ surat permohonan dahulu; 2. naskhah buku yg akan diterbitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.pi] | کوڤي

Definisi : 1 nama sj pokok atau buahnya (bijinya digoreng, ditumbuk dan dijadikan serbuk minuman); kahwa, Coffea spp.. 2 = air ~ minuman drpd campuran serbuk kopi, gula dan air. ~ keras (pahit) air kopi yg pekat dan tidak bergula. ~ O air kopi yg tidak bersusu. ~ segera kopi yg telah diproses dan tersedia utk dibancuh atau dijadikan minuman dgn cepat. ~ susu air kopi yg bercampur susu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kopi

Puisi
 

Minumlah kopi tidak bergula,
     Pahit-pahit diminum juga;
Jikalau sudah hati gila,
     Jahat dan baik kutolong juga.


Lihat selanjutnya...(14)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
betajah[b«.tA.dZAh]kata kerjamembuang masa dengan tidak tentu hala dan tujuan.Keje betajah kat kedai kopi memang tak de paedahnye.[k«.dZ« b«.tA.dZAh kAt k«.dAj ko.pi me.mAN tA/ d« Membuang masa duduk di kedai kopi memang tidak ada gunanya.
secoet[s«.tSo.et]kata adjektifterlalu sedikit, secubit (satu atau dua jari); setotet.Gule secoet mane nak cukop buat kopi seteko.[gu.l« s«.tSo.et mA.n« nA/ tSu.kop bu.wAt ko.pi s«.te.ko]Gula yang terlalu sedikit itu mana cukup untuk membuat seteko air kopi.
porak[po.ÄA/]kata adjektifriuh-rendah (ketawa).Kalau die dudok kat kedai, porakle orang ketawe.[kA.lAw di.j« du.do/ kAt k«.dAj po.ÄA/.l« o.ÄAN k«.tA.w«]Kalaulah dia ada di kedai kopi, riuh-rendah orang ketawa dibuatnya.

Kembali ke atas