Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.pi] | کوڤي

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok dan bijinya yg digoreng dan dijadikan serbuk utk dibuat minuman), kahwa, Coffea spp.; ~ bubuk Id = serbuk ~ kopi yg berupa serbuk (sudah dihalus­kan); 2. = air ~ minuman drpd bancuhan kopi halus, gula dan air; ~ bujang hidangan air kopi sahaja (tidak disertai kuih-kuih); ~ espreso kopi pekat ala Itali yg disediakan dgn cara melalukan air mendidih atau wap pd biji kopi yg telah dikisar dan dihidangkan tanpa gula dan susu; ~ keras (pahit) air kopi yg pekat dan tidak bergula; ~ kosong = ~ O air kopi yg tidak bersusu; ~ O beng air kopi tidak bersusu yg dibubuhi ketul air batu; ~ segera kopi yg telah diproses dan tersedia utk dijadikan minuman dgn cepat; ~ susu air kopi bersusu; ~ tubruk Id bancuhan serbuk kopi dgn air panas sahaja; duit (wang) ~ upah (kerana pertolongan yg diberi); dapat ~ pahit (keras, tubruk) menerima teguran keras (drpd orang atasannya); mengopi bp minum kopi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.pi] | کوڤي

Definisi : ; ~ andelan sj tumbuhan (pokok), kacang kota, ketepeng hutan, Cassia occidentalis; ~ arab sj tumbuhan (herba, buahnya dijadikan sayur dan bijinya sbg pengganti kopi), kacang (sayur) bendi, kacang lendir, Hibiscus esculentus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), dada kura, kahwa hutan, lidah rusa, mempulih, mengkudu badak, pakan paya, Fagraea racemosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.pi] | کوڤي

Definisi : 1. bp salinan atau tiruan drpd yg asli atau yg pertama (bkn surat, gambar, dll): tuan dikehendaki mengirimkan ~ surat permohonan dahulu; 2. naskhah buku yg akan diterbitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.pi] | کوڤي

Definisi : 1 nama sj pokok atau buahnya (bijinya digoreng, ditumbuk dan dijadikan serbuk minuman); kahwa, Coffea spp.. 2 = air ~ minuman drpd campuran serbuk kopi, gula dan air. ~ keras (pahit) air kopi yg pekat dan tidak bergula. ~ O air kopi yg tidak bersusu. ~ segera kopi yg telah diproses dan tersedia utk dibancuh atau dijadikan minuman dgn cepat. ~ susu air kopi yg bercampur susu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kopi

Puisi
 

Minumlah kopi tidak bergula,
     Pahit-pahit diminum juga;
Jikalau sudah hati gila,
     Jahat dan baik kutolong juga.


Lihat selanjutnya...(14)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOPI

Kopi minuman yang dibuat daripada biji kopi

yang dipanggang dan dikisar. Ia merupakan

minuman panas yang disukai hampir di seluruh

dunia.

UMUM 
MARACAIBO

Maracaibo (pend. 1 151 933) merupakan

pelabuhan pengeksport kopi yang utama dan juga

bandar raya kedua terbesar di Venezuela.

UMUM 
KAFEINA

Kafeina ialah pepejal yang tidak berbau, berasa

pahit sedikit. Ia ialah bahan perangsang, dan

didapati sedikit dalam kopi, teh, dan sesetengah

minuman ringan lain.

UMUM 
SANTA ANA

Santa Ana (pend. 135 186) ialah bandar kedua

terbesar di El Salvador. Bandar ini merupakan

pusat perdagangan yang penting, terutamanya

untuk pengeksportan kopi. Kegiatan perindustrian

lain yang penting di Santa Ana termasuk

pembuatan gula, pembuatan bir, dan pembuatan

tekstil kapas, alas kaki dan perabot. Santa Ana juga

mempunyai sebuah teater kebangsaan dan sebuah

sekolah kesenian. Untuk lokasi, lihat El Salvador

(peta politik).

UMUM 
MAKANAN NYAHHIDRAT

Makanan nyahhidrat ialah makanan yang

telah diawet dengan cara pengeringan.

Menambah air kepada makanan demikian

menjadikannya sedia untuk dimakan atau dimasak.

Susu kering dan keluaran tenusu, sup, kopi, teh,

rempah-ratus, gelatin, campuran pencuci mulut,

dan makaroni dijual di kedai. Makanan nyahhidrat

lain yang biasa didapati termasuk yis, keju, dan

keluaran telur.

UMUM 
MESIN LAYAN DIRI

Mesin layan diri ialah mesin yang

mengeluarkan produk atau perkhidmatan apabila

duit, token, kad, atau kunci dimasukkan ke

dalamnya. Mesin layan diri mendispens pelbagai

jenis barang jualan seperti gula-gula, rokok, kopi,

aiskrim, dan minuman ringan. Sesetengah mesin

layan diri boleh digunakan 24 jam sehari.

UMUM 
SANTIAGO DE CUBA

Santiago de Cuba (pend. 345 772) terletak di

kaki banjaran Sierra Maestra di pinggir laut

tenggara Cuba. Jauhnya 740 kilometer di tenggara

Havana. Untuk lokasi, lihat Cuba (peta politik).

Santiago ialah pusat industri perlombongan Cuba.

Ia juga pusat penghantaran besi, mangan, gula,

kopi dan tembakau. Kota Morro, salah sebuah

mercu tandanya, didirikan untuk mempertahankan

pelabuhannya daripada serangan lanun British, dan

Perancis. Pada tahun 1898, semasa Perang

Sepanyol-Amerika, angkatan laut Amerika Syarikat

telah memusnahkan sebahagian besar angkatan

laut Sepanyol berhampiran pelabuhan Santiago.

UMUM 
MALABO

Malabo (pend. 15 253) ialah ibu negara Equatorial

Guinea (Guinea Khatulistiwa). Bandar ini terletak di

Bioko, sebuah pulau di Teluk Guinea, Afrika Barat.

Untuk lokasi Malabo, lihat Equatorial Guinea

(peta). Malabo ialah pelabuhan penting yang

mengendalikan eksport pisang, kayu kabinet, koko,

kulit cinchona, kopi, kacang kola, dan minyak

kelapa sawit. Kebanyakan penduduk di bandar ini

bekerja dengan syarikat import eksport. Lapangan

terbang terletak berhampiran Malabo.

UMUM 
TERMOS

Termos ialah bekas penyimpan cecair panas atau

sejuk untuk beberapa jam. Ia juga dikenali sebagai

kelalang vakum atau kelalang Dewar . Botol termos

mempunyai beberapa saiz, berbeza mengikut

kapasiti, iaitu daripada 60 mililiter hingga 60 liter. Ia

juga mempunyai pelbagai kegunaan. Termos

lazimnya digunakan untuk membawa minuman

seperti kopi, jus, susu, ataupun sup. Termos juga

digunakan dalam kerja perubatan dan saintifik

untuk menyimpan ubat-ubatan dan bahan kimia,

memindahkan tisu dan organ dan untuk mengawet

plasma darah.

UMUM 
MESIN SLOT

Mesin slot ialah alat yang berfungsi apabila duit

syiling dimasukkan ke dalam slot khas. Duit syiling

itu seterusnya akan memulakan mekanisme mesin.

Terdapat banyak jenis mesin slot. Mesin layan diri

menjual pelbagai barangan termasuk makanan

seperti coklat dan makanan ringan. Sesetengah

mesin layan diri menjual cecair seperti kopi atau teh

panas. Peti muzik ialah mesin slot yang memainkan

muzik pada piring hitam.

UMUM 
12

Kembali ke atas