Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.pi] | کوڤي

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok dan bijinya yg digoreng dan dijadikan serbuk utk dibuat minuman), kahwa, Coffea spp.; ~ bubuk Id = serbuk ~ kopi yg berupa serbuk (sudah dihalus­kan); 2. = air ~ minuman drpd bancuhan kopi halus, gula dan air; ~ bujang hidangan air kopi sahaja (tidak disertai kuih-kuih); ~ espreso kopi pekat ala Itali yg disediakan dgn cara melalukan air mendidih atau wap pd biji kopi yg telah dikisar dan dihidangkan tanpa gula dan susu; ~ keras (pahit) air kopi yg pekat dan tidak bergula; ~ kosong = ~ O air kopi yg tidak bersusu; ~ O beng air kopi tidak bersusu yg dibubuhi ketul air batu; ~ segera kopi yg telah diproses dan tersedia utk dijadikan minuman dgn cepat; ~ susu air kopi bersusu; ~ tubruk Id bancuhan serbuk kopi dgn air panas sahaja; duit (wang) ~ upah (kerana pertolongan yg diberi); dapat ~ pahit (keras, tubruk) menerima teguran keras (drpd orang atasannya); mengopi bp minum kopi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.pi] | کوڤي

Definisi : ; ~ andelan sj tumbuhan (pokok), kacang kota, ketepeng hutan, Cassia occidentalis; ~ arab sj tumbuhan (herba, buahnya dijadikan sayur dan bijinya sbg pengganti kopi), kacang (sayur) bendi, kacang lendir, Hibiscus esculentus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), dada kura, kahwa hutan, lidah rusa, mempulih, mengkudu badak, pakan paya, Fagraea racemosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.pi] | کوڤي

Definisi : 1. bp salinan atau tiruan drpd yg asli atau yg pertama (bkn surat, gambar, dll): tuan dikehendaki mengirimkan ~ surat permohonan dahulu; 2. naskhah buku yg akan diterbitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.pi] | کوڤي

Definisi : 1 nama sj pokok atau buahnya (bijinya digoreng, ditumbuk dan dijadikan serbuk minuman); kahwa, Coffea spp.. 2 = air ~ minuman drpd campuran serbuk kopi, gula dan air. ~ keras (pahit) air kopi yg pekat dan tidak bergula. ~ O air kopi yg tidak bersusu. ~ segera kopi yg telah diproses dan tersedia utk dibancuh atau dijadikan minuman dgn cepat. ~ susu air kopi yg bercampur susu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kopi

Puisi
 

Minumlah kopi tidak bergula,
     Pahit-pahit diminum juga;
Jikalau sudah hati gila,
     Jahat dan baik kutolong juga.


Lihat selanjutnya...(14)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coffee housekedai kopi; warung kopiPentadbiran PerniagaanTiadaKedai kopi: Kedai tempat menjual makanan dan minuman.,Warung kopi: Kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman.
Turkish coffeekopi TurkiPentadbiran PerniagaanTiadaKopi daripada bijian kopi yang dibakar dan ditumbuk halus, disediakan di dalam teko perak dan dididihkan di atas api sederhana, dimasukkan gula ketika mendidih dan dibiarkan sejuk sehingga pati kopi turun ke bawah sebelum dihidang.
kopi haliakopi haliaPentadbiran PerniagaanTiadaKopi yang ditambah perasa halia.
kopi tarikkopi tarikPentadbiran PerniagaanTiadaSejenis kopi yang popular di Malaysia.
coffee housekedai kopi; warung kopiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
coffee millpengisar kopiSosiologiTiadaPengisar kopi: Alat untuk mengisar biji kopi yang telah dibakar sehingga halus.
raw coffeekopi mentahPentadbiran PerniagaanTiadaBiji-biji kopi yang belum diproses menjadi serbuk kopi.
mochamokaPentadbiran PerniagaanTiadaKopi yang berperasa kuat sebagai bahan perasa kopi dan coklat dalam campuran kopi, ais krim, frostengs, kek dan pai.
decaffeinated coffeekopi nyahkafeinSosiologiTiadaKopi yang tidak lagi mengandungi kafein
demitasse coffeekopi demitassePentadbiran PerniagaanTiadaKopi yang mempunyai rasa yang pahit.
12345678910...

Kembali ke atas