Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kor] | کور

Definisi : 1. bahagian drpd angkatan tentera yg mem­punyai tugas tertentu: K~ Agama Angkatan Tentera Darat; 2. pasukan tentera yg terdiri drpd lebih kurang 30 000 hingga 45 000 orang anggota, biasanya terbahagi kpd tiga divisyen: setelah menamatkan latihan, rekrut akan dihantar ke ~ dlm tentera darat utk meneruskan perkhidmatan; 3. sekumpulan kecil orang yg terlatih khusus utk tujuan tertentu; ~ diplomatik kumpulan seluruh diplomat yg mewakili sesebuah negara yg berkhidmat di negara tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kor] | کور

Definisi : Kl atau: hendak pergi ~ tidak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kor] | کور

Definisi : Kl; tanah ~ tanah yg keras dan berketul­-ketul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kor] | کور

Definisi : 1 pasukan tentera yg terdiri drpd lebih kurang 30,000 hingga 45,000 anggota (lebih besar drpd divisyen): Setelah tamat latihan, dia dihantar ke ~ dlm tentera darat utk meneruskan perkhidmatan. 2 sekumpulan kecil orang yg terlatih khusus utk tujuan tertentu. ~ diplomatik sekumpulan diplomat yg mewakili sesebuah negara di negara tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kor


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
veneer corekor balak kupasanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahagian tengah balak kupasan yang berbentuk silinder yang tertinggal selepas selesainya proses pengupasan balak. Kor balak kupasan boleh digunakan untuk menghasilkan papan pembungkus, papan cantum, dan jaluran kayu kecil. Sin: kor venir
veneer corekor venirPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanLihat venir kor
block board corekor papan cantumPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanJaluran kayu kecil yang diperekat, kemudiannya divenir dan digunakan sebagai kor dalam papan cantum
care veneervenir korPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanLapiran venir tengah di dalam papan lapis. Venir ini biasanya lebih tebal daripada venir muka dan venir bawah, iaitu antara 1.5 mm hingga 3.5 mm. Banyak spesies kayu di Malaysia boleh digunakan sebagai venir kor sekiranya kayu tersebut mudah dikupas, dikeringkan, dan direkat.
piri (Kor)piriKesenianTiadaAlat tiup berlelidah kembar.
kayakeum (Kor)kayakeumKesenianTiadaZiter dua belas tali.
komungo (Kor)komungoKesenianTiadaZiter enam tali.
haekeum (Kor)haekeumKesenianTiadaAlat muzik gesek tradisional Korea.
changko (Kor)changkoKesenianTiadaGendang berbentuk hour glass berasal dari Korea.
tae keum (Kor)tae keumKesenianTiadaSerunai panjang.
12345

Kembali ke atas