Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kor.ban] | قربان

Definisi : Ar 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~; 2. persembahan spt haiwan atau manusia kpd dewa dlm pemujaan; 3. pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sbg tanda kebaktian (kasih dll): kerana kasih, ia sanggup menderita, kerana erti kasih itu kepadanya ialah ~; 4. (orang) yg menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dll), mangsa: kau mahu kesenangan, mereka dijadikan ~; 5. = ~ jiwa = ~ manusia kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dll): nahas itu mengakibatkan banyak ~ jiwa; berkorban 1. (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yg disembah): penganut agama tersebut ~ kpd dewa-dewa dan melontar korban-korban ke laut; 2. menanggung penderitaan utk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dll, menyerahkan sesuatu utk tanda bakti (cinta dll): banyak ia ~ utk menawan hati gadis belasan tahun itu; kerana negara, mereka sanggup ~ apa saja; 3. dgn (disertai, berserta) korban: nahas jalan raya sering ~ jiwa; mengorbankan 1. mempersembahkan sbg korban: ada orang Cina yg ~ makanan kpd topekong; 2. menyerahkan sesuatu (spt wang dll) utk sesuatu tujuan (kepentingan dll): ~ nyawa utk mempertahankan negara; 3. menyebabkan menderita, memusnahkan (me­rosakkan): mereka sanggup ~ bangsa utk mencapai kemahuan mereka; terkorban terbunuh, termusnah (kepenti­ngan dll): sepuluh orang askar telah ~ dlm serangan hendap itu; pengorbanan perihal mengorbankan (ber­korban): tugu itulah tanda penghargaan negara terhadap ~ askar-askar yg terbunuh kerana menentang pengganas-pengganas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kor.ban] | قربان

Definisi : 1 ibadat sunat yg dilakukan dgn menyembelih binatang berkaki empat spt unta, kambing atau lembu utk “menghampirkan diri kpd Allah” (boleh dilakukan pd bila-bila masa antara waktu pagi 10 Zulhijah hingga terbenam matahari pd 13 Zulhijah). 2 kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sbg tanda kasih atau setia; pemberian: Inilah ~ku kpd nusa dan bangsa. 3 orang yg menanggung kesusahan atau kecelakaan akibat perbuatan jahat yg dilakukan oleh orang lain dll; mangsa: Banyaklah harta benda yg binasa dan orang yg menjadi ~ keganasan itu. berkorban 1 memberikan sesuatu sbg korban: Banyak orang yg ~ pd Hari Raya Haji. 2 memberikan sesuatu sbg tanda kasih; menanggung kesusahan atau penderitaan utk keselamatan orang lain: Utk bangsa dan negara, mereka sanggup ~ nyawa. mengorbankan 1 menjadikan sesuatu sbg korban: Ada yg ~ unta dan ada juga yg ~ kibas. 2 memberikan atau menyerahkan sesuatu utk sesuatu tujuan: Dia sanggup ~ nyawanya utk kepentingan negara. pengorbanan perbuatan atau hal mengorbankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
korban (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan penyembelihan: pemberian, penyerahan,

2. Bersinonim dengan sasaran: mangsa

3. Bersinonim dengan pujaan: persembahan kepada dewa

Kata Terbitan : berkorban, mengorbankan, terkorban, pengorbanan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
sacrificialadj korban: ~ rites, upacara korban.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sacrificevi membuat korban: he went to the temple to ~ to the gods, dia pergi ke kuil utk membuat korban kpd dewa-dewa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sacrifice2. object so offered, korban: he offered a cow as a ~, dia mempersembahkan seekor lembu sbg korban;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
war-widown balu korban perang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bringa war that brought nothing but death and destruction, peperangan yg hanya membawa korban jiwa dan kemusnahan; the monsoon brought floods to the area, musim tengkujuh membawa banjir ke kawasan itu; it is debatable that money always ~s happiness, anggapan bahawa wang selalu membawa kebahagiaan dapat diperdebatkan; their behaviour brought shame to the whole school, kelakuan mereka mendatangkan rasa malu kpd sekolah itu; the drug should ~ immediate relief, ubat itu seharusnya memberikan kelegaan segera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
oblationn (fml), (in Christianity) offering made to God, korban.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
propitiatoryadj (fml) intended to appease, a. (god, goddess, spirit, etc) semahan: a ~ sacrifice, upacara korban semahan; b. (person) menyejukkan hati: a ~ gift, hadiah utk menyejukkan hati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
propitiatevt (fml) appease, placate by some pleasing act,a. (god, goddess, spirit, etc) menyemah: they made sacrifices in an attempt to ~ their gods, mereka menyediakan korban sbg percubaan utk menyemah tuhan mereka; b. (person) menyejukkan hati: he bought a bunch of flowers to ~ his wife, dia membeli sejambak bunga utk menyejukkan hati isterinya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
casualtyn 1. person(s) injured or killed, (orang) yg terbunuh atau (ter)cedera; (attrib) kecederaan: there were 15 casualties in the train accident, 15 orang terbunuh atau cedera dlm kemalangan kereta api itu; ~ ward, wad kecederaan; 2. (in war) korban perang; ~ list, daftar korban perang; 3. loss in numerical strength, kerugian: both sides sustained heavy casualties, kedua-dua belah pihak menanggung kerugian besar; 4. accident, disaster, nahas: the typhoon was responsible for many casualties at sea, taufan itu menyebabkan beberapa banyak nahas di laut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
victimn 1. person, animal suffering injury, loss, etc, mangsa: help was given to the unfortunate ~s of the earthquake, bantuan telah diberikan kpd mangsa-mangsa gempa bumi yg malang; he was the ~ of his own carelessness, dia menjadi mangsa kelalaiannya sendiri; the spider traps its ~ in the web, labah-labah itu memerangkap mangsanya dlm sarang: he fell ~ to his own greed, dia menjadi mangsa rasa tamaknya sendiri; 2. animal or person ritually killed as a sacrifice, korban: a goat was offered as a sacrificial ~, seekor kambing dipersembahkan sbg korban.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas