rank correlation | korelasi pangkat; korelasi taraf | Perubatan | Tiada | Tiada |
Cleasby correlation | korelasi Cleasby | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi yang memperbaik eksponen n dalam korelasi Richardson-Zaki bagi zarah yang berbentuk bukan sfera dengan menggunakan konsep faktor bentuk dinamik (DSF) sebagai np = ns DSFa, dengan np = eksponen n bagi zarah bentuk sembarangan, ns = eksponen n bagi zarah bentuk sfera. a ialah pemalar yang dikorelasikan dengan DSF dan nombor Reynolds sebagai a = -2,2715 DSF0.420 Re-0.441 Bagi 15 < Re < 200, n = (4.45 + 18d/D) Re-0.1 DSFa Bagi 200 < Re < 503, n = 4.45 Re-0.1 DSF dengan Re = nombor Reynolds, d = garis pusat zarah, D = garis pusat saluran atau bekas. |
generalized correlation of thermodynamics | korelasi umum termodinamik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi yang menjelaskan faktor kemampatan berfungsikan suhu dan tekanan terturun daripada data eksperimen. Korelasi ini berupaya meramalkan sifat molekul yang lain. |
Yuge correlation | korelasi Yuge | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi bagi pekali pemindahan haba secara olakan semula jadi untuk sfera yang diungkapkan dalam nombor Nusselt sebagai Nu = 2 + 0.43 Ra1/4, Dengan Nu = nombor Nusselt, Ra = nombor Rayleigh. Korelasi ini sesuai jika bendalir perantaraan ialah gas (iaitu nombor Prandtl lebih kurang satu) yang mengalir dalam rejim lamina dengan Ra <105. |
Scheibel correlation | korelasi Scheibel | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi Wilke-Chang yang dipermudah tanpa memerlukan parameter pengumpulan f yang dijelaskan sebagai dengan DAB = pekali resapan, mB = kelikatan, T = suhu, V = isi padu molar, subskrip A = bahan melarut, subskrip B = pelarut. Korelasi ini sesuai bagi cecair bukan elektrolit yang meresap ke dalam larutan organik. |
correlation coefficient | koefisien korelasi | Hidrologi | Tiada | SILA RUJUK RAJAH DI HLM. 25 Ukuran kesalingbersandaran linear dua variat, x dan y bermin x, y. Jika r = 1 ini menunjukkan secara umum yang korelasi itu adalah positif tepat, r = - 1 menunjukkan korelasi negatif tepat dan r = 0 menunjukkan tidak adanya korelasi. |
Linton-Sherwood correlation | korelasi Linton-Sherwood | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi Gilliland-Sherwood yang diperbaik bagi keadaan nombor Schmidt yang lebih tinggi menurut ungkapan berikut: Sh = 0.023 Re0.83 Sc1/3, dengan Sh = nombor Sherwood, Rei - nombor Reynolds, Sc = nombor Schnidt. Korelasi ini sesuai bagi 2 x 103 < re < 70 x 103 dan 1000 < Sc < 2260. |
Rackett correlation | korelasi Rackett | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi untuk menganggarkan isi padu molar cecair tepu yang diungkapkan sebagai Vs = Vc Zc (1 + T/Tc)0.2857, dengan Vs = isi padu molar tepu (cm3/mol), Z = faktor kemampatan, T = suhu (K), subskrip c = keadaan kritikal. Korelasi ini tepat dalam julat 1 � 2% daripada data eksperimen. |
Manning correlation | korelasi Manning | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi yang meramalkan halaju purata pengaliran air di dalam saluran terbuka yang diungkapkan sebagai u = 1.49 (DH/2)0.66 S0.5/e, dengan u = halaju purata (kaki/saat), DH = garis pusat hidraulik (kaki), S = cerun garisan tenaga (kaki/saat), e = faktor kekesatan permukaan. Korelasi ini sesuai bagi keadaan S < 0.10. |
Wilson-Geankoplis laminar regime correlation | korelasi rejim lamina Wilson-Geankoplis | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi Sherwood-Pigford-Wilke yang diperbaik untuk mengambil kira kesan keliangan yang diungkapkan sebagai eJD = 1.09 Re-1, dengan e = keliangan, Re = nombor Reynolds, JD = faktor J bagi pemindahan jisim. Korelasi ini sesuai jika 0.35 < e < 0.75, Re < 55, dan 165 < Sc < 70600. |