Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ri.dor] | کوريدور

Definisi : laluan yg menghubungkan satu baha­gian dgn bahagian lain dlm sesebuah bangunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koridor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah kita menggunakan perkataan siarkaki itu bagi menggantikan perkataan koridor

Saudara,

Saudara,

Perkataan siar kaki ialah padanan bahasa Melayu bagi istilah 'pavement' dalam bahasa Inggeris yang bermaksud  sidewalk, laluan jalan kaki: he jumped onto the ~ to escape the van, dia melompat ke laluan jalan kaki utk mengelak dr dilanggar oleh van itu; 2. paved area, kawasan berturap, turapan: the students sat on the ~ around the monument and started sketching, pelajar-pelajar itu duduk di atas kawasan berturap di sekeliling tugu itu dan mulai melakar; 3. (US) hard surface of road, permukaan jalan yg berturap: the ~ is pitted with holes, permukaan jalan yg berturap itu berlubang-lubang. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan.

Perkataan koridor pula ialah padanan bahasa Melayu bagi istilah 'corridor' dalam bahasa Inggeris yang bermaksud : the ~s of the building, koridor bangunan itu; the Polish C~, Koridor Poland; Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan.

Oleh yang demikian berdasarkan kedua-dua makna ada  perbezaan makna dan konteks penggunaan kedua-dua perkataan ini.

Istilah05.01.2010
ingin mengetahui perkataan 'siarkaki' atau 'siar kaki'. dengan nama lain adalah laluan pejalan kaki / koridor.

Saudara,

Perkataan ini dieja sebagai dua perkataan, iaitu siar kaki.

Ejaan05.01.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya mempunyai pertanyaan bagi terjemahan perkataan Sectional hostel dan Corridor hostel

Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan Sectional hostel ialah hostel berbahagian dan Corridor hostel ialah hostel koridor. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks ayat yang bersesuaian.

Penyemakan dan penterjemahan18.01.2021
Apakah terjemahan bagi "chemical specialty"? Bolehkah saya menterjemahkannya sebagai 'kimia terkhusus'? Apakah pula terjemahan bagi "excludable" dan "excludable goods"? Adakah terjemahan berikut sesuai untuk setiap frasa berikut: utility lever : tuil penggerak nilai kebergunaan noncustomers : golongan bukan pelanggan price corridor for the mass : koridor harga untuk orang ramai strategic pricing : penentuan harga strategik target costing : penentuan kos sasaran professional lighting industry : industri pencahayaan profesional

Cadangan terjemahan bagi istilah "chemical speciality" ialah "pengkhususan dalam bidang kimia" atau "kimia khusus" bergantung pada konteks dan situasi.

Cadangan terjemahan bagi "excludable" ialah "boleh kecuali" dan "excludable goods" ialah  "barangan yang boleh dikecualikan". Walau bagaimanapun terjemahan ini hendaklah mengikut konteks dan situasi.

Bagi soalan berikutnya, sila susun dan senaraikan dengan betul untuk memudahkan pihak kami menjawabnya.

Istilah11.12.2009
Salam. Saya mengambil soalan ini dari ujian bulanan (Mac) anak saya yang berada di tahun 2. Lengkapkan perenggan di bawah ini dengan nilai murni yang sesuai. gotong-royong membantu bersungguh-sungguh bekerjasama membersihkan Sempena Minggu Alam Sekitar, Sekolah Kebangsaan Bandar Utama telah mengadakan aktiviti 1.__ membersihkan kawasan sekolah. Mereka 2.__ kantin, dewan, koridor......Semua murid 3.__ membersihkan kawasan sekolah. Mereka saling 4.__ dan bekerja dengan 5.__. Menjelang tengah hari aktiviti gotong-royong ini tamat. Jawapan yang diberi: 1) gotong-royong 2) membersihkan 3) bekerjasama 4) membantu 5) bersungguh-sungguh Pertanyaan saya: Sekiranya ramai murid yang menjawab 3) membantu 4) bekerjasama..... bolehkah dikira betul?

Jawapan 3) membantu 4) bekerjasama adalah betul penggunaanya tetapi jawapan yang lebih tepat ialah jawapan yang diberikan oleh pihak sekolah.  

Tatabahasa13.04.2010

Kembali ke atas