Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kor.po.rat] | کورڤورت

Definisi : berkaitan dgn syarikat atau per­badanan: yg meminta-minta potongan cukai ~ ialah firma-firma besar; hanya menerusi badan ~ spt LUTH, ASN, yg membolehkan perkembangan ekonomi umat Islam teguh; imej ~; matlamat ~; mengkorporatkan menukarkan sesebuah organisasi kerajaan menjadi perbadanan atau syarikat: proses ~ perniagaan bumiputera di bawah Dasar Pembangunan Nasional; pengkorporatan perihal (proses, tindakan dsb) mengkorporatkan sesebuah organisasi, institusi dsb: ~ beberapa agensi kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kor.po.rat] | کورڤورت

Definisi : berkaitan dgn syarikat (besar) atau perbadanan: imej ~. mengkorporatkan membentuk sesebuah syarikat (besar) atau perbadanan sbg badan korporat yg sah di sisi undang-undang: Proses utk ~ syarikat tsb masih dlm perancangan. pengkorporatan perihal atau proses mengkorporatkan: ~ beberapa agensi kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata korporat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corporate imageimej korporatKomunikasiKorporatLihat citra korporat.
corporate communicationkomunikasi korporatKomunikasiKorporat1. Bidang ilmu yang mengkaji tentang keadaan dan proses interaksi antara organisasi dengan khalayak yang berkepentingan. Bidang ini merangkumi antaranya komunikasi organisasi, perhubungan awam, perhubungan media, penulisan korporat, perhubungan kerajaan, pengurusan krisis komunikasi, komunikasi pengiklanan korporat, komunikasi perniagaan, audit komunikasi, komunikasi pemasaran bersepadu, dan pengurusan tanggungjawab sosial korporat. Kepentingan fungsi bidang ini adalah untuk menyediakan golongan pemikir serta perancang dan pelaksana organisasi sama ada swasta atau kerajaan, bagi memastikan wujudnya keseimbnagan pembangunan yang menguntungkan organisasi. Keuntungan ini bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi juga kebajikan khalayak yang berkepentingan dengan organisasi. Keterampilan organisasi dalam pengurusan komunikasi korporat boleh membantu meningkatkan kecekapan pengeluaran organisasi yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara. 2. Komponen perniagaan yang berteraskan pengurusan perkhidmatan. Fokus komponen perniagaan ini berkaitan dengan perancangan strategi pengurusan organisasi yang berteraskan komunikasi, sama ada pengurusan intra-organisasi, pengurusan khalayak, ataupun pengurusan antara organisasi. Antara aktiviti perniagaannya termasuklah pengurusan acara, perundingan perhubungan awam, pengiklanan, pengauditan komunikasi, penyelidikan dan pembangunan serta penerbitan korporat.
corporate statenegara korporatSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang dibentuk melalui tiga rangkaian hubungan iaitu kelompok pemerintah, korporat dan pemodal. Kelompok korporat memainkan peranan sebagai penghubung di antara pemerintah dengan pemodal. Dalam rangkaian hubungan ini, ketiga-tiga kelompok tersebut boleh terdiri daripada orang yang sama bagi mengisi jawatan pemerintah, korporat dan juga pemodal atau orang yang berbeza tetapi mempunyai hubungan yang sangat rapat khususnya dalam proses pembentukan dasar dan hala tuju program negara. Konsep negara korporat ini mula digunakan secara saintifik oleh Emile Durkheim pada awal abad ke-20 bagi merujuk kepada kesatuan yang berpengaruh dalam menentukan proses pembentukan dasar sesebuah negara. Contoh negara korporat ialah Itali sewaktu di bawah penguasaan golongan Fasis sekitar tahun 1930-an dan tahun 1940-an.
reputation or image managementpengurusan citra atau reputasiKomunikasiKorporatProses perancangan dan pelaksanaan dasar, prosedur, dan strategi yang menggambarkan penglibatan organisasi terhadap tanggungjawab awam dan tanggungjawab sosial, perlakuan beretika, identiti korporat, citra korporat, dan reputasi organisasi dengan khalayak dalaman atau luaran. Proses ini dirancang dan dilaksanakan melalui amalan komunikasi korporat, seperti perhubungan media, perhubungan kemasyarakatan, pengiklanan korporat, perhubungan pekerja, pengurusan isu, pengurusan krisis, dan penjenamaan. Matlamat utama pengurusan citra atau reputasi adalah untuk mewujudkan rasa hormat khalayak terhadap organisasi dan seterusnya mengekalkan kesetiaan khalayak untuk menyokong barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi.
corporate imagecitra korporatKomunikasiKorporatGambaran citra sesebuah organisasi atau syarikat. Gambaran ini wujud dalam dua keadaan. Pertama, citra yang diwujudkan dan dibina oleh organisasi atau syarikat itu sendiri. Kedua, citra yang dipersepsikan oleh khalayak luar organisasi atau syarikat berkenaan. Citra yang diwujudkan oleh organisasi terbentuk daripada falsafah dasar dan format operasi sesebuah organisasi berkenaan. Contohnya, Universiti Putra Malaysia mempunyai citra sebagai sebuah universiti pertanian, sementera Universiti Kebangsaan Malaysia pula mempunyai citra kebangsaan dan negara bangsa. Citra yang wujud daripada persepsi khalayak pula terbentuk hasil daripada prestasi yang ditonjolkan oleh organisasi itu sendiri. Contohnya, Universiti Putra Malaysia yang berusaha membentuk citra baharu melalui perubahan nama, namun persepsi khalayak masih melihatnya sebagai sebuah institusi yang berteraskan pertanian. Citra organisasi boleh dilambangkan melalui falsafah, visi dan misi, warna, simbol, slogan, atau reka bentuk bangunan. Pengamal komunikasi korporat dalam organisasi berkenaan bertanggungjawab untuk mengukuhkan, mengekalkan, dan mempertahankan citra korporat masing-masing. Antara kaedah yang digunakan untuk melaksanakan fungsi ini adalah menggunakan strategi media massa, penerbitan dalaman, risalah, aktiviti hubungan masyarakat dalaman dan luaran, serta penganjuran acara khas organisasi. Tujuan kewujudan citra korporat bagi sesebuah organisasi adalah untuk memudahkan perancangan identiti yang tersendiri dan berbeza dengan organisasi lain. Selain itu, kewujudan citra korporat juga bertujuan untuk menentukan fokus aktiviti dan mewujudkan rasa kekitaan dalam kalangan khalayak dalaman. Sinonim imej korporat.
corporate sponsorshiptajaan korporatKomunikasiKorporatUsaha menyokong sesuatu aktiviti berkepentingan awam yang diberikan oleh syarikat atau organisasi swasta. Sokongan boleh berbentuk kewangan, pembiayaan projek secara langsung seperti pemuliharaan alam sekitar, pembinaan kemudahan awam seperti perhentian bas dan pondok polis, serta penajaan majlis dan acara yang berkaitan dengan kepentingan awam. Tajaan korporat boleh dilakukan secara persendirian dan bersama. Contohnya, tajaan sesuatu acara mungkin dilakukan oleh syarikat A sahaja secara bersendirian atau gabungan syarikat A, B, dan C secara bersama. Bagi penerima tajaan, aktiviti ini boleh meringankan kos pengurusan sesuatu acara atau projek. Bati pemberi tajaan, penglibatan tersebut boleh meningkatkan citra korporat di samping boleh mengurangkan beban tanggungan cukai.
corporate identityidentiti korporatKomunikasiKorporatGambaran mengenai sesebuah syarikat atau organisasi yang diterima oleh khalayak. Gambaran ini bersumber daripada lambang dan pernyataan yang dipaparkan atau tercatat bagi mewakili sesebuah syarikat atau organisasi. Gambaran ini wujud dalam unsur yang digabungkan untuk membentuk identiti atau keperibadian sesebuah syarikat. Antaranya termasuklah logo, warna, nama, slogan, pakaian seragam, reka bentuk bangunan, piagam pelanggan, dan falsafah organisasi. Sebarang bentuk pengiklanan, publisiti, kempen, promosi atau pengendalian aktiviti yang dilakukan oleh syarikat yang perlu mengandungi unsur tersebut bagi memastikan sesuatu yang dilakukan itu mencerminkan keperibadian syarikat berkenaan. Syarikat tersebut tidak menyokong sebarang aktiviti, projek, atau kempen yang bertentangan dengan falsafah organisasi. Identiti korporat yang stabil dan baik akan dapat mewujudkan tanggapan dan kepercayaan positif dalam khalayak terhadap syarikat. Tanggapan dan kepercayaan yang baik akhirnya akan menghasilkan citra korporat yang positif.
corporat advertisingpengiklanan korporatKomunikasiKorporatPengiklanan yang memberikan kesan sosial dan promosi citra organisasi. Ciri utama pengiklanan ini adalah mempromosikan maklumat yang memberikan kepentingan awam (khalayak, organisasi, dan pemerintah) dan maklumat yang memberikan kepentingan kepada organisasi penaja. Contoh maklumat yang memberikan kepentingan kepada awam ialah mesej tentang perpaduan, kerjasama, sopan santun, dan pemanduan berhemah. Sementara pengiklanan yang membawa mesej yang memberikan kepentingan kepada organisasi biasanya memberikan fokus kepada penonjolan citra organisasi. Pendekatan yang selalu digunakan adalah dengan memaparkan identiti syarikat, seperti nama, logo, dan slogan. Maklumat ini ditonjolkan atau disebut di sebarang bahagian iklan berkenaan, sama ada dalam media cetak atau media elektronik. Sesebuah syarikat atau organisasi biasanya akan memilih, menyokong, atau menaja jenis aktiviti, kempen, atau projek yang sesuai dan sehaluan dengan dasar atau falsafah penubuhan syarikat penaja. Aktiviti mengeluarkan kos pengiklanan ini dikenali juga sebagai penajaan atau sumbangan awam. Bagi pihak pengiklan, faedah yang diperoleh ialah selain boleh meningkatkan jenama syarikat, pengiklanan korporat juga dapat meningkatkan citra korporat sekali gus dapat meningkatkan kewibawaan dan kepercayaan khalayak terhadap syarikat. Bagi pihak khalayak seperti organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, pendekatan ini boleh mengurangkan kos aktiviti kempen yang dijalankan kerana sebahagian besar atau semua pembiayaan ditanggung oleh pihak penaja atau pengiklan. Pengiklanan jenis ini dikenali juga sebagai pengiklanan citra atau pengiklanan perhubungan awam. Sinonim pengiklanan institusi, pengiklanan organisasi.
institutional advertisingpengiklanan institusiKomunikasiKorporatLihat pengiklanan korporat.
organizational advertisingpengiklanan organisasiKomunikasiKorporatLihat pengiklanan korporat.
12345678910...

Kembali ke atas