Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kos] | کوس

Definisi : harga yg perlu dibayar utk memperoleh, mengeluarkan, menyenggara, dsb sesuatu, biasanya berupa wang, masa dan tenaga, per­belanjaan; ~ faktor (Eko) kos yg digunakan utk membuat sesuatu komoditi, iaitu upah dan faedah sam­pingan yg dibayar kpd buruh, sewa hartanah, untung yg dibayar kpd usahawan dan kos bahan; ~ malar (Eko) kos tetap (tidak ber­ubah-ubah besarnya atau jumlahnya); ~ melepas (Eko) nilai faedah atau keuntungan yg sepatutnya boleh diperoleh drpd peng­gunaan alternatif sumber yg sama; ~ purata kos hitung panjang; ~ sara hidup (Eko) nilai wang yg diperlukan utk membeli barang keperluan asas spt makanan, pakaian, tempat tinggal dsb utk menikmati taraf hidup tertentu; ~ satuan kos bagi tiap-tiap satu unit (barang dll); ~ tak tetap (Eko) kos yg berubah-ubah menurut banyaknya pengeluaran; ~ tetap (Eko) kos yg mesti ditanggung dgn tidak berdasarkan banyaknya pengeluaran; berkos melibatkan atau memerlukan kos: pembiayaan jangka pendek dan ~ rendah; pengekosan anggaran semua kos yg terlibat dlm sesuatu urusan, mis perniagaan, projek: Jabatan Penerbitan akan mengkaji semula ~ pisah warna dan atur huruf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kos] | کوس

Definisi : singkatan bagi kosinus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kos] | کوس

Definisi : wang yg dikeluarkan atau yg dibelanjakan utk menghasilkan sesuatu barang, perkhidmatan dll. ~ sara hidup nilai wang yg diperlukan utk membeli barang keperluan asas spt makanan, pakaian, tempat tinggal utk menikmati taraf hidup tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kos (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan harga, belanja, biaya, nilai, ongkos, anggaran.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANALISIS KOS FAEDAH

Analisis kos faedah, sejenis kajian ekonomi,

yang menilai kos dan faedah sesuatu projek atau

rancangan yang sedia wujud, atau yang telah

dicadangkan untuk masyarakat. Perancang kerajaan

dan industri menggunakan analisis kos faedah untuk

membantu mereka membuat keputusan.

UMUM 
KOS

Kos lihat Harga.

UMUM 
KOS SARA HIDUP

Kos sara hidup ialah jumlah wang yang

diperlukan untuk membeli sejumlah barangan

pengguna dan perkhidmatan yang piawai.

UMUM 
KOS LEPAS

Kos lepas ialah faedah yang terpaksa dilepaskan kerana tidak memilih barang atau perkhidmatan yang kedua terbaik.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
GARIS KOS SAMA

Garis kos sama ialah garis yang menunjukkan pelbagai kombinasi input yang dapat dibeli dengan sejumlah wang yang ada pada pengeluar.

EKONOMI DAN PENGURUSANKaedah
RIDLEY, JOHN

Ridley, John (1806–1887) ialah pereka mesin

pemungut yang mengurangkan kos penuaian dan

merevolusikan industri gandum di Australia.

Dengan menggunakan mesin ini, peladang dapat

memungut gandum sehingga lima hektar sehari.

UMUM 
MESIN PEMERUSUAN

Mesin pemerusuan atau mesin pemerah susu

ialah alat untuk memerah susu lembu. Kebanyakan

ladang tenusu memerah susu lembu dengan mesin

ini, dan tidak dengan tangan. Mesin ini

mengurangkan kos, kerana ia mengurangkan

jumlah pekerja yang diperlukan untuk memerah

susu. Ia juga menjadikan susu sentiasa bersih.

UMUM 
SUSUT NILAI

Susut nilai ialah pengurangan nilai. Bangunan,

jentera, kenderaan dan harta-harta lain akan

susut nilai (nilai berkurangan) akibat penggunaan

ataupun kemalangan, kerana ia menjadi

bertambah usia, ataupun kerana adanya produk

baru yang lebih elok menggantikannya. Dalam

perakaunan, susut nilai dikira sebagai kos normal

yang berlaku dalam perniagaan. Istilah susut nilai

juga digunakan untuk menyatakan pengurangan

nilai atau kuasa beli yang disebabkan

peningkatan tahap harga domestik. Ini bererti

bahawa nilai mata wang sesebuah negara

menjadi lebih rendah secara relatif berbanding

dengan nilai mata wang negara-negara lain. Lihat

juga Pendapatan negara (Menentukan

pendapatan negara).

UMUM 
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

Reka bentuk perindustrian ialah proses

merancang serta mengembangkan keluaran dan

sistem. Pereka bentuk perindustrian mencipta

keluaran untuk membentuk sesuatu tugas khusus.

Keluaran mestilah menarik serta selamat, boleh

diharap, dan mudah diselenggara. Keluaran itu

hendaklah mudah dan tidak mahal untuk dibuat

atau dikeluarkan. Pereka bentuk perindustrian

mestilah menggabungkan kebolehan seni dengan

pengetahuan tentang ilmu kejuruteraan, kos,

bahan, proses pembuatan, dan keadaan pasaran.

UMUM 
PERUNTUKAN DIRAJA

Peruntukan Diraja ialah akaun kewangan

negara yang membiayai perbelanjaan

pemerintahan beraja dan keluarga diraja di United

Kingdom. Jumlahnya telah ditetapkan oleh

Parlimen pada setiap permulaan raja memerintah.

Sebagai balasan, exchequer menerima bayaran

cukai tahunan daripada sebahagian tanah yang

dimiliki oleh raja tersebut. Di bawah Akta

Peruntukan Diraja 1975, perbendaharaan boleh

menambahkan jumlah pembiayaan setiap tahun

untuk menampung kos yang semakin meningkat.

UMUM 
12

Kembali ke atas