Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kos] | کوس

Definisi : harga yg perlu dibayar utk memperoleh, mengeluarkan, menyenggara, dsb sesuatu, biasanya berupa wang, masa dan tenaga, per­belanjaan; ~ faktor (Eko) kos yg digunakan utk membuat sesuatu komoditi, iaitu upah dan faedah sam­pingan yg dibayar kpd buruh, sewa hartanah, untung yg dibayar kpd usahawan dan kos bahan; ~ malar (Eko) kos tetap (tidak ber­ubah-ubah besarnya atau jumlahnya); ~ melepas (Eko) nilai faedah atau keuntungan yg sepatutnya boleh diperoleh drpd peng­gunaan alternatif sumber yg sama; ~ purata kos hitung panjang; ~ sara hidup (Eko) nilai wang yg diperlukan utk membeli barang keperluan asas spt makanan, pakaian, tempat tinggal dsb utk menikmati taraf hidup tertentu; ~ satuan kos bagi tiap-tiap satu unit (barang dll); ~ tak tetap (Eko) kos yg berubah-ubah menurut banyaknya pengeluaran; ~ tetap (Eko) kos yg mesti ditanggung dgn tidak berdasarkan banyaknya pengeluaran; berkos melibatkan atau memerlukan kos: pembiayaan jangka pendek dan ~ rendah; pengekosan anggaran semua kos yg terlibat dlm sesuatu urusan, mis perniagaan, projek: Jabatan Penerbitan akan mengkaji semula ~ pisah warna dan atur huruf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kos] | کوس

Definisi : singkatan bagi kosinus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kos] | کوس

Definisi : wang yg dikeluarkan atau yg dibelanjakan utk menghasilkan sesuatu barang, perkhidmatan dll. ~ sara hidup nilai wang yg diperlukan utk membeli barang keperluan asas spt makanan, pakaian, tempat tinggal utk menikmati taraf hidup tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kos (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan harga, belanja, biaya, nilai, ongkos, anggaran.,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kos membuatnya mahalNasir HassanBerita Harian02.10.1985
Kos terbit terjemahan di Indonesia semakin tinggiAli, MahfarBerita Harian25.09.1996
Kos perubatan di Australia lebih RM3000,000 - Ras AdibaAkhbar:  Utusan Malaysia26.09.2002
Kenaikan kos minyak jejas penerbitSalbiah AniBerita Harian26.06.2008
Lagi, rumah kos rendahJohan JaaffarMingguan Malaysia03.05.1998
Fauziah godam Mahsuri: kos pementasan teater RM400,000Firdaus SahatHarian Metro19.04.2009
Dasar dikaji kurangkan kos bukuHashnan AbdullahUtusan Malaysia19.05.2005
Angkasawan: penangguhan tidak jejas kosRasheffa Abdul RashidBerita Harian (Nasional)31.03.2004
Ilustrasi cantik tanpa kenaikan kos penerbitan (diwawancara oleh Hassan Omar)Akhbar:  Berita Harian04.09.2004
Tangguh ke angkasa tidak jejas kosAkhbar:  Utusan Malaysia31.03.2004
12

Kembali ke atas