Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kos.mé.tik] | کوسميتيک

Definisi : (kosmétik)1. alat solek (utk men­cantikkan rupa orang perempuan); 2. luaran sahaja (tidak melibatkan fungsi): model baru kereta nasional, Proton Saga, mempunyai perubahan ~ yg besar, terutama dr segi reka bentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kos.mé.tik] | کوسميتيک

Definisi : /kosmétik/alat solek atau bahan yg digunakan utk mencantikkan rupa seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kosmetik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KEDAI KOSMETIK KEDAI PRODUK PENJAGAAN KULIT DAN RAMBUTKEDAI KOSMETIK KEDAI PRODUK PENJAGAAN KULIT DAN RAMBUTLain-lain14.10.2010
Size : 14ft x 3ftPembetylan:
1. KEDAI BARANGAN KECANTIKAN
2. KOSMETIK DAN PAKAIAN
Sila buat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my.
Lain-lain10.07.2017
Apakah padanan sesuai untuk 'skin' ? Dalam dunia permainan komputer (pc game) dan mudah alih (mobile gaming), skin bermaksud kosmetik / peralatan yang dibeli untuk dipakaikan/dipasangkan pada karakter/hero dalam permainan tersebut.

Padanan bahasa Melayu untuk istilah  "skin " dalam bidang Sistem Maklumat ialah kekulit.

Istilah25.11.2022
Bagaimana pihak DBP hendak memperbetulkan penggunaan Bahasa Malaysia yang dipercayai salah oleh syarikat syarikat pengiklanan bagi pelanggan mereka, khasnya syarikat kosmetik, contohnya perkataan BARU yg telah diejakan sebagai "BAHARU", dan beberapa perkataan yang agak kerap digunakan dalam kehidupan harian kami.Melalui khidmat nasihat bahasa yang kami berikan setiap iklan yang hendak dikeluarkan perlu mendapat pengesahan terhadap bahasa yang digunakan dalam paparan tersebut. DBP akan menyemak dan membetulkan penggunaan bahasa yang kurang tepat dan bersesuaian dengan visual yang dipaparkan.Lain-lain27.01.2009
perbezaan antara cecair dan jellyBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cecair bermaksud bahan yg cair sifatnya dan dapat mengalir dgn bebas tanpa bentuk tertentu, mis air dan minyak, cairan: apabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~; manakala padanan istilah jelly dalam bahasa Melayu ialah jeli yang bermaksud sj bahan spt agar-agar; ~ petroleum campuran hidrokarbon yg separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubat-ubatan, kosmetik, dsb.Istilah03.02.2010

Kembali ke atas