Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kos.mé.tik] | کوسميتيک

Definisi : (kosmétik)1. alat solek (utk men­cantikkan rupa orang perempuan); 2. luaran sahaja (tidak melibatkan fungsi): model baru kereta nasional, Proton Saga, mempunyai perubahan ~ yg besar, terutama dr segi reka bentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kos.mé.tik] | کوسميتيک

Definisi : /kosmétik/alat solek atau bahan yg digunakan utk mencantikkan rupa seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kosmetik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMBEDAHAN KOSMETIK UMUM 
KOSMETIK

Kosmetik ialah bahan yang digunakan pada

tubuh seseorang untuk membersihkan, menambah

kecantikan, atau mengubah perawakan seseorang.

UMUM 
MINYAK ATAR

Minyak atar, juga dikenali sebagai otto, iaitu

minyak pati yang didapati dengan melalukan wap

pada kelopak bunga. Minyak pati memberi

kewangian kepada bunga tertentu. Minyak atar

digunakan untuk memberikan bau kepada minyak

wangi dan kosmetik. Kebanyakan minyak atar

didapati daripada bunga ros. Minyak atar daripada

bunga ros dihasilkan terutamanya di Bulgaria.

Sebanyak kira-kira 1800 kilogram kelopak bunga

ros menghasilkan 0.5 kilogram minyak atar

daripada bunga ros. Pembuat minyak wangi

menghargai minyak atar ros dari Bulgaria kerana

bau bunganya yang kuat dan harum.

UMUM 
MINYAK MINERAL

Minyak mineral ialah cecair yang jernih, tidak

berwarna, dan berminyak yang hampir tiada rasa

atau bau. Ia juga dinamakan parafin cecair,

petrolatum cecair, minyak mineral putih, dan

minyak parafin putih . Minyak mineral digunakan

dalam sediaan ubatan dan kosmetik seperti julap

dan tonik rambut. Ia juga digunakan sebagai pencair

(pelarut) dalam pembuatan plastik, dan sebagai

pelincir dalam operasi perindustrian. Minyak

mineral diperoleh apabila pecahan (bahagian yang

diasingkan) petroleum dididihkan pada 316C

hingga 399C.

UMUM 

Kembali ke atas