Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.song] | کوسوڠ

Definisi : 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan­-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada yg mendudukinya, memegangnya, me­ngisinya, dll): Malaysia telah dilantik menjadi anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tempat yg dikosongkan oleh Czechoslovakia; Puan Curie telah ditawarkan jawatan profesor yg telah dikosongkan oleh suaminya itu; kekosongan 1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiada­an iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya; pengosongan perihal atau perbuatan mengo­songkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.song] | کوسوڠ

Definisi : 1 tidak berisi apa-apa: botol ~; gelas ~. 2 nombor O; sifar: Utk memanggil operator telefon, dail nombor ~. 3 tidak ada orang yg mendiaminya; tidak bertulis apa-apa; belum ada orang yg memegangnya (menyandangnya): rumah ~; kertas ~; jawatan (kerja) ~. mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada orang yg mendudukinya, menyandangnya dll): Beliau telah mengisi jawatan pengurus yg telah dikosongkan oleh rakannya itu. kekosongan keadaan kosong. pengosongan perihal atau perbuatan mengosongkan: ~ bilik itu adalah utk membolehkan kerja-kerja baik pulih dilakukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kosong (adjektif)
1. Dalam konteks bekas
bersinonim dengan tidak berisi
Berantonim dengan penuh

2. Dalam konteks angka
bersinonim dengan sifar, nol, nihil,

3. Dalam konteks ruang
bersinonim dengan tidak didiami, tidak dihuni, sunyi, sepi, lengang, hana,

4. Bersinonim dengan sambang: hampa, keropok, keropong, geroheng,
Berantonim dengan bernas

5. Bersinonim dengan hampagas: vakum

6. Bersinonim dengan berongga: lompang
Berantonim dengan padat

7. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hampa, kecewa, sia-sia, tidak bermakna,

Kata Terbitan : mengosongkan, kekosongan, pengosongan,

Puisi
 

Kalau ada kereta api,
     Pergi ke Panggor membeli benang;
Sudah suka hati,
     Perut kosong menjadi kenyang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Perut kosong,
     dibuat gulai.

Bermaksud :

Keinginan timbul bila dalam kekurangan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
blankadj 1. not written or printed on, kosong: a ~ sheet of paper, sehelai kertas kosong; a ~ page, muka surat yg kosong; come up against a ~ wall, menemui kebuntuan; 2. not filled in or for filling in, kosong: a ~ form, borang kosong; a ~ ballot paper, kertas undi yg kosong; a ~ space, ruang kosong; 3. showing no expression, kosong: a ~ look, pandangan kosong; 4. disconcerted, termangu-mangu, terpinga-pinga: she looked ~, dia kelihatan termangu-mangu; 5. utter, complete, a. (of refusal, rejection, etc) bulat-bulat; b. (of astonishment) betul-betul, benar-benar; 6. devoid of ideas, kosong: his mind suddenly went ~, fikirannya tiba-tiba menjadi kosong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
emptyadj 1. containing nothing, kosong: there are several ~ boxes outside, ada beberapa kotak kosong di luar; my purse is ~, beg duit saya kosong; 2. destitute of people or human activity, lengang: the street was ~ at night, jalan itu lengang pd waktu malam; 3. carrying no load, passengers, etc, kosong: an ~ wagon, gerabak kosong; 4. vacant, unoccupied, kosong: the house has been ~ for six months, rumah itu telah kosong selama enam bulan;5. without effect, force, significance, kosong; (of pleasure) tanpa /erti, makna/: ~ promises, janji-janji kosong; an ~ dream, impian kosong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vacantadj 1. free, unoccupied, kosong: a hotel with a ~ room, hotel yg mempunyai bilik kosong; there was not a ~ seat in the theatre, tdk ada tempat duduk yg kosong di panggung itu; 2. (of job, position) unfilled, kosong: the post has been ~ since his retirement, jawatan itu kosong sejak dia bersara; I got the job through a “situations ~” advertisement, saya mendapat pekerjaan melalui iklan “jawatan kosong”; 3. blank, expressionless, kosong: her ~ stare worried me, renungannya yg kosong itu menyebabkan saya bimbang; 4. (of the mind) superficial, kosong; 5. (of time) free from activity or work, lapang: to have a few ~ hours only, mempunyai beberapa jam saja waktu lapang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blankn 1. empty space, tempat kosong: fill in the ~s, isi tempat-tempat kosong; leave a ~ for the signature, tinggalkan tempat kosong utk tandatangan; 2. document, form with blank space(s), approp n + kosong; 3. (of o’s mind, memory) kosong: my mind was ~, fikiran saya kosong; 4. see BLANK CARTRIDGE;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unseeingadj [pandangan] kosong: she stared at him with ~ eyes, dia merenungnya dgn pandangan kosong; he looked, ~, at the view, dia melihat pemandangan dgn pandangan kosong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
empty-handedadv dgn tangan kosong: we came ~, kami datang dgn tangan kosong; the delegation returned from the talks ~, perwakilan itu pulang dr perundingan dgn tangan kosong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spare 2. free, additional, kosong; (of time) lapang: there’s not a ~ inch of space in the bookcase, tdk ada langsung ruang kosong dlm almari buku itu; there was not a ~ seat in the hall, tdk ada langsung tempat kosong dlm dewan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mirthlessadj kosong: a ~ laugh, ketawa kosong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unseeinglyadv kosong: he stared ~ out of the window, dia merenung kosong ke luar tingkap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
small-talk n berbual(-bual) kosong: he never engages in ~, dia tdk pernah berbual kosong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas